Thursday, May 08, 2014

Resipi Mudah: Pulut Kuning

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam terasa sangat nak makan pulut kuning. Dekat Melaka ni kalau nak makan pulut kuning yang sedap... nun jauh di Ujong Pasir... (jauh la dari rumah saya...) Selama ni memang beli je... Dulu saya seorang je yang suka makan pulut kuning ni... Sejak Faris dah besar ni, dia pun suka... Dia pun dah pandai suggest makan "nasi kuning" dekat balai polis. (tempat makan tu dekat dengan balai polis... :p)

Ni kira first time saya buat sendiri pulut kuning... Memang cuak juga la... takut tak jadi... tapi bak kata orang... masak dengan Pemanggang Ajaib, semua masakan pasti menjadi! Ini percubaan saya masak pulut kuning dengan Pemanggang Ajaib... (^_^)

Bahan-bahan
5 pot/cawan beras pulut (untuk empat beranak makan cukup 3 pot kot, saya terlebih buat 5 pot... 5 pot ni boleh makan dalam 4-6 orang dewasa)
1 kotak santan segera 
3 cawan air
1 sudu minyak masak
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1-2 sudu besar gula
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna


Cara membuatnya:
1. Cuci beras pulut, toskan sekejap.
2. Panaskan pemanggang ajaib, masukkan beras pulut, santan, air, minyak masak, daun pandan, garam, gula dan serbuk kunyit.
3. Tutup pemanggang ajaib dan biarkan selama 30 minit dengan api perlahan. (setiap 10 minit, buka dan kacau sebati beras pulut tu... Kalau dah 30 minit, nampak belum masak, tambah sedikit air dan biarkan lagi 10 minit)
4. Angkat dan boleh la dimakan dengan rendang ayam. (^_^)

Selamat mencuba!

Pulut saya cukup kuning sebenarnya... tapi sebab ada backlight...
nampak tak kuning pula...! Maklum la, snap pakai handphone je...

Nota kaki: Saya ingat bila masak dengan pemanggang ajaib ni, pulut akan jadi sangat lembab dan melekit atau terlalu kering... tapikan ia dimasak dengan elok sekali! Makan pun sedap je teksturnya... (✿◠‿◠) Memang ajaib la pemanggang ni!

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


18 comments:

  1. SENANG GILER NI KAKAK...BOLEH TRY NI

    ReplyDelete
  2. senang giler ngan pemanggang ajaib..
    pulut kuning pun boleh menjadi.. syabas kak

    ReplyDelete
  3. alamak..sedap tuh..makan pulak dengan ayam sambal..:)nyam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah la, sedapnya sambal ayam... kena buat semula la pulut kuning ni gamaknya... heheh

      Delete
  4. ajaib sungguh pemanggang ajaib ni..macam2 boleh buat...noe x pernah lg masak pulut kuning ni...hehe..biasanya tolong makan jer...

    ReplyDelete
  5. kena beli jugak nampaknya pemanggang ajaib ni yek, baru masak jadi awesome kan?

    ReplyDelete
  6. pulut kuning pemanggang ajaib la ni… blh juga ye? aritu ros guna periuk ajaib, senang gak. heheh!!!!mmg ajaib belaka skrg ni antara rajin & malas je

    ReplyDelete
  7. wah, segalanya mudah kan dengan pemanggang ajaib ni... :)

    ReplyDelete
  8. Mmg betul2 ajaib la pemanggang ajaib ni… kena cari jugak ni nampak gayanya :)

    ReplyDelete
  9. suka makan pulut kuning dgn kari telor... nyummehhhhh

    ReplyDelete
  10. saya masak tak letak santan pun...hehe
    wah, saya pun nak beli juga pemanggang ajaib ni

    ReplyDelete