Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Balik dari sekolah semalam berkali-kali Faris ingatkan saya tentang hadiah untuk Hari Guru. Setiap kali dia cakap perkara yang sama, saya jawab "Iye mama tau... Nanti mama buat." Maklumlah, selagi dia tak nampak hadiah yang nak diberikan pada cikgu-cikgunya tu, selagi itulah ditanyanya...

Balik dari mengaji pun dia tanya lagi sama ada saya dah siapkan atau belum. Terus saya bawa dia ke Family Store dan beli biskut Chipsmore saiz kecil. 

Faris: Kenapa bagi biskut je? Apa ni mama?! Faris nak bagi hadiah kat cikgu, bukan biskut...

Saya: Iye, mama tau... Ni belum siap lagi... Nanti mama buat...

Sungguh Faris tak puas hati dengan saya. Masam mencuka mukanya... Lebih-lebih lagi di Family Store tu ada jual hadiah sempena Hari Guru. Ada mugs, keychain, pen merah... macam-macam lagilah! Bila dia suruh saya beli, saya kata "tak payah!"

Sampai je rumah terus la saya buat apa yang saya dah plan. Alisya pun nak bagi hadiah juga pada cikgu-cikgunya, bila dengar Faris asyik sebut tentang hadiah Hari Guru...

Tokey Tupperware bagi Tupperware la kan?!
Ambil je yang ada dalam stok, :p hehe...
Bila dah diberitahu apa yang saya nak buat, baru la excited...
Siap tolong masukkan biskut dalam plastik...
Alisya pun nak tolong masukkan biskut untuk cikgu dia... Layan je la...
Ok, tolongnya sekejap je... lepas tu dia sibuk makan biskut tu...
Biskut ni memang favorite Alisya...
Ok, dah siap packing biskut... dan akan masukkan dalam
Tupperware: Caribbean Petit Bowl.
Tadaa... Ni la yg saya nak buat... So semua petit bowl tu akan
dibalut dengan pembalut hamper.


Bila dah siap Adam Faris dengan Alisya suka sangat... Alisya siap praktis macam mana nak beri dan cakap pada cikgu...

Alisya: Mama jadi cikgu... Alisya nak bagi hadiah... (sambil malu-malu nak praktis bagi hadiah...)

Saya: Ok boleh...

Alisya: Cikgu... Selamat Hari Guru... Terima kasih ajar Alisya... (sambil hulur hadiah tu... Alololo comeinya... (✿◠‿◠)

Tapi tak de maknanya... Praktis je lebih... depan cikgu malu sampai tak keluar suara... hahaha ヽ(*⌒∇⌒*)οΎ‰
Buat para guru, terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami (saya, suami dan anak-anak...) Moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat semua guru kami untuk berbakti... Moga sentiasa dimurahkan rezeki, moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha para guru... Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang bergelar pendidik baik dari peringkat Tadika, sehinggalah peringkat yang tertinggi (termasuklah pada blogger yang bergelar guru!). Tanpa anda, siapalah kami!


Nota kaki:  
1) Seingat saya, masa saya sekolah dulu tak de la beri hadiah macam ni... kalau ada pun masa Sekolah Menengah... Itu pun kami kongsi satu kelas... 

2) Terima kasih juga buat bekas pelajar-pelajar saya yang seawal pagi dah SMS, Whatsapp dan call, untuk ucapkan Selamat Hari Guru... Tak sangka, masih ada yang ingat... (Saya pernah mengajar di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan selama 3 tahun; 2008-2011)

#Sekolah Rendah Convent Sentul, #Sekolah Menengah Convent Sentul, #Pusat Tuisyen Kasturi, #Cosmopoint, #Pusat Kemahiran Bahasa Seri Gombak, #Matrikulasi UITM, #UiTM (Masscom), #Tadika Ilmu Murni Bukit Katil, #Sekolah Rendah Seri Duyong, #Sekolah Rendah Agama JAIM Seri Duyong.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


15 comments:

  1. kalau camtu selamat hari guru tuk akak jugalah! =)
    best sungguh jadi taukeh tupperware ye
    saya plan pun nak buat side income jual tupperware =)

    meraban dah saya ni...hehe
    once again, selamat hari guru kepada semua guru =)

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru untuk mama jugak :)

    ReplyDelete
  3. aaah..mesti tersengih lebar guru Faris dan Alisya..
    selamat hari guru nora:-))

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru..
    sedap sambil susun cipsmore sambil suap mulut.
    tumpang menabung nuffnang downy kat sini

    ReplyDelete
  5. Hahah sweetnya anak murid cikgu.. selamat hari guru utk semua..

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Guru madam... lupa nak wish semalam tapi saya tak lupa jasa madam.. ;)

    ReplyDelete
  7. Salam, anda ditag, kalau ada masa dan kerajinan yg lebih mari lah jawab xD
    http://thekreatifketayap.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award_17.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... akan diusahakan untuk menjawab... huhuhu tq tag

      Delete
  8. Hehe... camtula budak2 kan...
    x puas hati selagi x nampak apa yang diinginkan... betul juga tu, seingat nrl pun, nrl x pernah bagi hadiah kat cikgu personal... selalu kongsi ngan kawan2 sekelas... :)

    ReplyDelete
  9. Chipsmore mini tu favorite saya jugak… Tapi takde pula dijual kat sini…
    Eh, betul la.. Saya dulu pun kongsi duit satu kelas utk beli hadiah kat cikgu… Skrang dah macam jadi trend, cikgu2 dapat hadiah personally dari pelajar2...

    ReplyDelete
  10. byk jugak niesa tgk org update hadiah utk hari guru ni..untung cikgu2 dorg dpt hadiah comel2..hehe

    ReplyDelete
  11. rindu pula kt cikgu2 sekolah.. selamat hari guru buat akak :)

    ReplyDelete