Monday, June 30, 2014

Resipi Mudah: Nasi Tomato

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Ramadhan, 

Semalam encik hubby saya request Nasi Tomato untuk buka puasa... Aaa sudah...!! Saya kalau resipi yang jarang-jarang masak ni susah sikit nak masak time puasa... maklum la... takut ada yang tak cukup rasa... Tapi dah direquest, saya buat la juga... Tawakal, agar semuanya cukup rasa... Alhamdulillah menjadi... (biasa masak nasi tomato ni masa Hari Raya je... jarang la masak nasi tomato kalau bukan Hari Raya... )

Bahan-bahan:
3 pot beras
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 sudu besar minyak sapi (kalau takde minyak sapi, mentega pun boleh)
2-3 sudu besar tomato puree (kalau takde tomato puree, pakai sos tomato pun boleh... masukkan ikut citarasa masing-masing)
1 pot susu cair/sejat (pakai pot beras tu... senang sikit nak agak airnya :p )
3 pot air (air bergantung pada jenis beras)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dengan minyak sapi hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan/layu.
4. Masukkan tomato puree/sos tomato, biarkan sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan susu cair/sejat dan air serta garam dan kacau sebati.
7. Perlahankan api dan tutup pemanggang ajaib. Biarkan ia masak sepenuhnya selama 15-20 minit (15 minit yang pertama boleh buka dan tengok sama ada cukup air atau tak... kalau tak cukup boleh tambah air sikit)
8. Bila dah masak bolehlah dihidang dengan bawang goreng (rumah saya tak de stok bawang goreng... hehe)


* kalau masak dalam periuk nasi pun boleh... atau nak tumis dulu dalam kuali lepas tu pindahkan dalam periuk nasi pun boleh... Mana-mana la... saya sebab pakai pemanggang ajaib... Senang sikit... 

Saya buat nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar timun/carrot.

Selamat mencuba! (^_^)Y

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


14 comments:

  1. baru je google cara nak buat nasi hujan panas.. sekali terjumpa plak nasik tomato.. bila tgk recipe ni senang je nak buat lebih kurang nasik hujan panas jg..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah lebih kurang je zaza... kalau nasi minyak masuk serbuk kunyit sikit tuk warna kuning... lps dah masak, titikkan pewarna merah n hijau... tambah gajus n kismis... siap! Hehehe

      Delete
  2. owhhh mudah rupanyer wat nasi tomato... selalunyer beli jer hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli lagi mudah lia... hehehe tapi kalau buat sendiri namanya resipi kasih sayang... hehehe

      Delete
  3. jujurnya saya tak reti nak masak nasi tomato.. tapi cara ni macam senang jer.. nanti bolehlah saya cuba.. kalau pakai tomato blander jer boleh x?? huhuhuhu ... sesekali masak mcm ni mcm special sikitkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah pula buat pakai tomato blander... rasanya kalau pakai tomato biji tu... warna nasi mesti pucat je...

      Delete
  4. nasi tomato salah satu favourite iolss kak...he he he... tapi belum tiba turn lagi nak buat bulan puasa ni... tengok kot bila rajin nak buat... thanks for sharing kak...

    ReplyDelete
  5. semalam kami masak nasi himpit sahaja ...

    ReplyDelete
  6. sedapnya akak.
    suka ni nasi berset2 bagai .hihi.
    saya bln puasa ni, selang seli nasi dgn bihun, spaghetii, mee, koteow.

    nway thanks akak berkongsi :)

    ReplyDelete
  7. eh senang aje rupanya
    ingat susah sangat =)
    tapi entah bila boleh mencuba

    eh kak, selamat berpuasa ye =)

    ReplyDelete