Friday, August 22, 2014

MH17: #MalaysiaBerkabung

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 26 Syawal,

Seawal tengah malam tadi hati dah mula terasa sayu... Pagi ni, bila menonton tv yang memaparkan kisah #MH17, makin sedih jadinya... Lebih-lebih lagi apabila para wartawan juga dalam keadaan sebak menyampaikan berita ketika siaran langsung. Sesekali ditontonkan video bersama waris mangsa... Mengalir air mata...

#SelamatPulang ke Tanah Air buat semua mangsa #MH17... Syukur alhamdulillah mereka dapat disemadikan di bumi Malaysia setelah 37 hari di bumi Belanda. 20 jenazah akan pulang hari ini.

Pelaksanaan tafakur pada hari ini, 22 Ogos 2014, Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah seperti berikut:

1. Tafakur selama 1 minit antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.
2. Bendera dikibarkan separuh tiang.
3. Memakai baju yang berwarna hitam/suram.
4. Pengumuman mula bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen TV dan radio.
5. Kenderaan di atas jalan raya diminta menyalakan lampu kecemasan dan berhenti di bahu jalan untuk bertafakur selama 1 minit.
6. Bertafakurlah mengikut agama masing-masing. Bagi yang beragama Islam bacakanlah Al-Fatihah.

Moga Allah merahmati roh mangsa #MH17 yang beragama Islam serta meletakkan mereka di kalangan para solihin. Moga Allah juga permudahkan segala urusan pengkebumian mangsa di kampung halaman masing-masing... Buat ahli keluarga mangsa...  moga Allah berikan ketabahan dan kekuatan buat mereka... Allah... Allah... Allah... :'(

Nota kaki: Apa khabar #MH370? 

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


15 comments:

  1. Takziah buat semua ahli keluarga mangsa...suram je hari ini...

    انا لله وانا اليه راجعون

    ReplyDelete
  2. #WelcomeHomeMH17...Salam Takziah buat semua ahli keluarga manga...dan Al-Fatihah buat mangsa yg beragama Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :'( apa pun syukur mereka dpt disemadikan di tanah air sendiri...

      Delete
  3. saya mengikuti siaran langsung juga
    sedih, moga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. saya respect pada yg memberhentikan kereta utk bagi laluan pada jenazah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... tgk van jenazah tu atas jln raya pun rasa sgt sebak... :'(

      Delete
  5. Memang sayu,..lebih2 lagi tgk gambar budak yg peluk keranda mak nya tu

    ReplyDelete
  6. Memang sedih.. namun hikmah kejadian, antaranya ramai mendoakan mereka yabg terkorban ni. Moga roh kesemuanya dirahmati oleh Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan hikmah kedua... kita rakyat Malaysia, semua bersatu tak kira agama dan bangsa...

      Delete