Wednesday, August 27, 2014

Mini Giveaway #9

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 29 Syawal,

Dah 29 Syawal dah yea... Sekejap betul masa berlalu! Rasa macam baru semalam masak rendang, rebus nasi impit... Tup tup dah nak masuk bulan baru, Zulkaedah... Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, juga anda yang membaca blog saya ni... Sesungguhnya kita selalu leka dan lalai dalam menunaikan hak Allah.

http://pts.com.my/buku/creative-parenting-today/Apapun, hari ni saya nak umumkan Mini Giveaway #9. Tajuk buku yang saya nak berikan kepada pembaca bertuah blog saya adalah Creative Parenting Today, karya Andi Yudha Asfandiyar,terbitan PTS Millennia Sdn Bhd.

Buku ini sangat menarik! Hanya 125 muka surat, tapi di dalamnya terdapat banyak tips yang dikongsikan oleh penulis serta cerita ringkas yang membuatkan kita tersentak dan berfikir kebenarannya.

Setiap ibu bapa, merasakan bahawa cara didikan kita adalah yang terbaik. Namun sebenarnya, masih banyak yang perlu kita perbaiki. Kerana ada ketikanya kita bersikap negatif pada anak-anak tanpa kita sedari.

Buku ini boleh dijadikan panduan dalam kita memperbaiki cara mendidik anak-anak. 

Sinopsis buku:

Creative Parenting Today adalah kaedah mengasuh dan mendidik anak-anak secara kreatif yang dapat menjadikan anak-anak selangkah lebih maju daripada zaman mereka. Anak-anak lebih berani mencerap idea malah inovatif dalam melakukan perubahan positif. Asuhan ibu bapa yang berkreativiti menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih menarik, tidak bosan, malah mewujudkan suasana yang bahagia. 

Jadi kepada yang berminat untuk memiliki buku ini, boleh tinggalkan link blog anda di bawah entri ini sebagai tanda penyertaan... (kalau tak de blog, tinggalkan email address/Facebook atau apa-apa la agar saya mudah hubungi jika anda terpilih sebagai pemenang). 

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 27 Ogos 2014, Rabu jam 11.45 malam.

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


17 comments:

  1. bismillahirrahmanirrahim =)
    http://iamaproudmama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ana join ya..
    email:adna2029@gmail.com
    http://adna2029.blogspot.com/2014/08/mini-giveaway-9.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks join ana :D... tak perlu pun buat entry.. just masukkan link blog je kat sini (^_^)

      Delete
  3. hi salam kenal...
    http://eirza.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. http://eurukaseven.blogspot.com

    eda masuk sekali yer..

    ReplyDelete
  5. As-salam....
    Revisit & joint
    http://mrsablogstori.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. harap sgt dapat hadiah buku lg drpd nora .. sy join ..

    http://masyaamiraaimie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Menarik juga sinopsisnya... kalau saya berjaya memilikinya sekadar ingin membaca untuk memenuhi masa lapang... sebab anak-anak dah besar-besar... mungkin berguna untuk mendidik cucu pulak nanti kot...

    http://sweetygirlmemory.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Good luck kepada siapa yang join! Hadiahnya bermanfaat kepada para ibu bapa :)

    ReplyDelete
  9. Nak join jugak la.. =D
    http://farahwahyda.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. joined:

    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete