Tuesday, December 16, 2014

Tips Agar Anak Mudah Berkomunikasi/Peramah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada publish entry tentang Khalisya yang sangat peramah. Ada pula orang yang tanya saya, elok ke jika anak kita sangat peramah? Pada saya tiada salahnya jika anak kita peramah. Positifnya adalah anak-anak seusia 4 tahun ke atas boleh explore kosa kata yang mereka tahu.

Bila anak-anak berkomunikasi dengan orang lain, cara susunan ayat dan perkataan yang digunakan tidak akan sama ketika berkomunikasi dengan ibu bapa serta adik beradik. Maka mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.

Saya bereksperimen sendiri dengan kedua-dua anak saya Faris dan Alisya. Dari segi penyusunan ayat, penggunaan perkataan, bilangan kosa kata... Alisya nampak lebih baik berbanding Faris. Faris sehingga kini masih sedikit pelat dan penyusunan perkataannya seolah-olah terbatas. 

Silapnya kami ketika Faris berusia 2 tahun, kami telah dedahkan Faris dengan PS2. Maka kuranglah kami berkomunikasi. Seingat saya, Faris betul-betul belajar bercakap ketika usianya 5 tahun. Berbanding Alisya, seawal usia 2 tahun telah menunjukkan minat dengan bahan bacaan dan minat bercerita tentang apa yang dilihat dan dibuat.

Ok, ada pula yang tanya... Macam mana pula nak pupuk komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak-anak? Dan secara tidak langsung menjadikan anak-anak kita seorang yang peramah.

Berborak sambil makan/minum pun syok juga! :)

Tips agar anak mudah berkomunikasi/peramah:
1. Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi dua hala adalah komunikasi yang sangat berkesan agar anak rasa lebih yakin apabila soalan-soalannya di jawab.

2. Jangan abai soalan yang ditanya oleh anak-anak. Jika ini berlaku, anak-anak akan rasa terpinggir. Layanlah soalan-soalan mereka agar mereka rasa lebih yakin menyusun ayat dan dengan cara ini juga kosa kata mereka akan berkembang.

3. Jangan takut untuk katakan kita "tidak tahu" kepada soalan yang ditanyakan oleh anak-anak, (contoh, mana matahari pergi bila waktu malam?! atau Allah ada dimana?!). Katakan pada mereka, yang kita akan berikan jawapan kemudian. Maka berusahalah untuk mendapatkan jawapan. Jangan hampakan mereka.

4. Berikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika berkomunikasi. Pandang mata mereka dan sebut perkataan sejelasnya, agar anak benar-benar fokus kepada perbualan tersebut.

5. Bila bertemu dengan kawan-kawan kita, kenalkan anak-anak kepada rakan-rakan kita. Galakan anak-anak untuk salam dan tanyakan khabar pada kawan-kawan kita. Ini juga salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri anak-anak dalam berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

6. Ibu bapa harus elak menggunakan perkataan-perkataan pelat seperti "cucu" (susu), "cini" (sini), bila berkomunikasi dengan anak-anak kecil. Sebut perkataan dengan jelas (tanpa pelat) dengan itu anak akan lebih cepat berkomunikasi dengan baik.

7. Sekali sekala, sebut perkataan Inggeris bagi satu-satu objek/benda yang boleh dilihat oleh anak-anak. Contoh, "tengok car depan tu. Cantikkan?!" "Seronok tak pergi school?!" Ini pun salah satu cara tingkatkan self-confident anak-anak serta kosa kata bahasa Inggerisnya.


Nota kaki: Saya bukanlah pakar, tapi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman. Moga tips ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang bertanya dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bagi memupuk anak-anak untuk berkongsi cerita, selain hanya bersoal jawab.

Jangan nanti bila anak-anak dah meningkat remaja, baru kita nak ajar mereka tentang komunikasi. Sebab masa tu anak-anak dah mula ada kawan dan merasakan bahawa kita (ibu bapa) tidak penting bagi mereka.

So, good luck parents! (^_^)¥

21 comments:

  1. tips no 6 tu, sy penah dgr. katanya, antara sbb anak2 celaru komunikasi krn ibu bapa bertutur secara pelat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul anies... sbb dkt rumah mak ayah ajar ckp pelat.. anak masuk sekolah kompius dgr cikgu sebut perkataan dgn betul... mmg nmpk comel bila anak2 ckp pelat, tapi kena ajar juga sebut dgn betul...

      Delete
  2. ehhh saya suka lah tips2 ni... saya tak boleh berbohong bahwa saya kurang komunikasi dengan bapa sekarang disebabkan bapak kurang berkomunikasi dengan kami adik beradik masa kecil, bapa lebih banyak berkomunikasi dengan rakan2 sebaya nya dan ibu sendiri... bagi saya ini satu kekurangan... tips tips ni memang bagus untuk tumbesaran anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 bila xdpt perhatian ibu bapa sejak kecik mmg lbh cenderung memilih kawan2... kalau berdepan dgn ibu bapa rasa macam berlaga angin... huhuhu kesian bila tgk kawan2 yg anak2 jadi gitu...

      Delete
  3. bgs la tips ni... ank still baby.. memang kina praktik kan ni.. seronok ngk budak kecik bila petah berkata-kata..
    memang tak ajar sebut yang pelat-pelat pon.. hehehee.. thx for the tips.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks zafairMAS... moga kita sama2 dpt mendidik anak dengan sebaik2nya... amin...

      Delete
  4. kak ana setuju dengan tips2 Nora, sangat berkesan, In Shaa Allah :)

    ReplyDelete
  5. Betul.. saya setuju...jangan biasa sebeut perkataan pelat..biasakan perkataan yg kita bahasakan... dan anak2 mudah ikut apa yg kita bualkan dan buat...macam dorang ni..copy save n action...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. betul... betul... setuju dengan apa yg CHL tulis ni... :D

      Delete
  6. bagus tips ni,aiman sy bed time storykan dia so secara tak langsung dpt tambah kosa kata.dia mmg petah bercakap sejak umur dua tahun lebih lagi..cakap pun bahasa buku.sbb byk sgt bacakan buku cerita kt dia kot.hehe..lg pulak dia mmg peramah.sejak baby dibesarkan campak kesana kesini..klu sy kursus hantar balik kmpg kadang smp sebulan.dia mmg sentiasa komunikasi dengan org besar..sbb tu petah cakap kot..afia ni tak tau la..skang ni pun tak byk lagi perkataan dia pandai sebut..asyik guna bahasa isyarat je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... bedtime story mmg bagus untuk penambahan kosa kata anak-anak. Lagi banyak buku yg kita bacakan, lagi luas kosa katanya...

      Delete
  7. Tak pakar tp tips tips tu cukup berilmiah tau NK... okje kena amalkan untuk peramahkan cucu ni nampaknya hehe....anak dah tak sempat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂 cucu pun boleh okje...

      Delete
  8. Azfar mmg x blh diam. Bercaakp je kerjanya. Pnt dgr sbb mulut dia mmg x blh ttp kecuali dia tdo je. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂 kadang-kadang saya pun tak terlayan... Faris biasanya suka sangat cakap tak berhenti.

      Delete
  9. nice tips kak
    tips akak tu memang kebanyakkan saya gunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... orang kata benda asas komunikasi dengan anak. Tinggal kita nak tak nak buat je...

      Delete
  10. tips yang baik saya juga amalkan

    ReplyDelete