Sunday, May 31, 2015

Sweet Escape

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah selesai sudah semua tempahan tasbih mini untuk bulan Mei... Lepas balik dari bercuti nanti, baru fokus semula pada tempahan bulan 7 , 8 dan 12... 

Doakan saya dan keluarga selamat pergi dan balik dari Negara Matahari Terbit... Pengalaman pertama buat anak-anak dan saya dalam perjalanan jauh... Moga Allah permudahkan semuanya. InsyaAllah... Amin...


Jepun, kami datang.... InsyaAllah... (^_^)y

Saturday, May 23, 2015

Memori: Sengkuang Calit

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Memang mengamit kenangan betul bila makan sengkuang calit ni. Last makan masa sekolah menengah dulu. Sekarang ni memang susah nak jumpa.

Beberapa minggu lepas saya ada juga berborak dengan adik beradik saya pasal sengkuang calit ni. Masing-masing tertanya-tanya, mana nak dapat. Maklum la, dulu masa sekolah memang ada orang jual depan sekolah. Sekarang ni dah bertahun tak sekolah, memang tak tahu mana nak cari la...

Nak dijadikan cerita, Alisya asyik tuntut untuk di bawa ke taman permainan di Tasik Titiwangsa ni. (Pernah pergi sekali hari tu, tapi parking penuh. Akhirnya balik je. Lepas tu tak sampai-sampai lagi sebab encik hubby jarang cuti weekend.)

Jadi saya bawalah anak-anak ke Tasik Titiwangsa petang tadi, rezeki... Anak dapat main di taman permainan, mak budak pula layan sengkuang calit! Memang asyik sangatlah makan sengkuang calit ni... tak pandang kiri kanan dah. :p

Apa yang saya perasan, yang dok membeli sengkuang calit ni bukan anak-anak, tapi mak-mak dan ayah-ayah... Masing-masing dok asyik je mengunyah sengkuang. Hehe...

Saya offer pada Faris sengkuang calit ni... terus mencebik je mukanya... Pelik sangat dia tengok sengkuang tu... Cuba kalau offer nasi, dua kali tambah dibuatnya! Bila offer pada Alisya pula, anak bertuah ni tanya apa biji-biji atas tu... Saya jawab la, "kacang... sedap ni"

"Mama ni asyik makan kacang je... sebab tu tumbuh merah-merah kat muka (jerawat). Tengok Alisya, mana ada merah-merah kat muka, sebab Alisya tak makan kacang."

Haih, tak pasal-pasal je kena 'sound' dengan budak ni... Apa-apalah nak... Yang penting, lama dah mama cari sengkuang calit ni... Hahahah...  

So, sesiapa kebetulan bawa anak-anak ke taman permainan, Tasik Titiwangsa ni, boleh la singgah di salah satu gerai berdekatan taman permainan tu, ada satu gerai yang jual buah-buahan termasuk sengkuang calit. (^_^)y

* * *

Like fanpage TasbihMini33
Untuk dapatkan Tasbih Mini sebagai doorgift
Majlis Pertunangan/Perkahwinan/Aqiqah/Doa Selamat dan lain-lain majlis.

Thursday, May 21, 2015

Tip-tip Berkaitan TIDUR

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Rancangan TV9: Hadis
Panel: Ustaz Umar Mohammad Noor

Tidur adalah "mati kecil". Di mana kita merehatkan diri dari kepenatan dan kelelahan bekerja di siang hari. Tidur adakalanya "diserikan" dengan mimpi. Ada mimpi yang bila dilihat akan membuatkan kita tersenyum keesokkannya. Ada juga mimpi yang bila dilihat, akan menyebabkan kita terbeban, resah, takut dan dalam kesedihan. 

Apa yang perlu dilakukan apabila melihat mimpi buruk. Berdasarkan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari menyebutkan beberapa perkara yang boleh dilakukan ketika dilanda mimpi buruk.

1. Bertaawuz kepada Allah (menyebut a'uzubillah)

2. Meludah ke kiri sebanyak 3 kali (bukan meludah sehingga mengeluarkan air liur, tapi sekadar syarat) - ini sebagai isyarat bahawa mimpi itu tidak bermakna dan supaya kita tidak termasuk dalam jerat mimpi yang direka syaitan.

3. Berwuduk, bertahajud, berdoa dan bermunajat kepada Allah - adalah baik jika kita dapat melakukan solat sunat, sekurang-kurangnya dua rakaat apabila terjaga disebabkan mimpi di tengah malam.

4. Jika mahu tidur semula, pindah atau beralih dari tempat asal - ini kerana syaitan duduk di tempat-tempat tertentu, maka kita dianjurkan untuk berubah tempat tidur.

5. Apabila mendapat mimpi buruk, jangan diceritakan kepada orang lain - dikhuatiri orang tersebut akan menilik mimpi kita (sedangkan dia tidak mempunyai ilmu tersebut) dan menyebabkan kita terus-terusan berasa sedih dan ketakutan.

* Ulama berpesan agar jangan sebarang menafsirkan mimpi tanpa ilmu.

* Apabila seseorang didatangi rakan yang menceritakan tentang mimpi buruknya, maka tenangkanlah dia, dan yakinkan bahawa mimpi buruk itu tiada makna serta banyakkan berdoa kepada Allah.

Apabila seseorang itu ingin tidur, maka Malaikat dan syaitan akan mendatanginya. Seperti dalam maksud hadis berikut:

"Apabila seorang hamba hendak tidur, maka Malaikat dan syaitan akan menghampirinya, lalu syaitan membisikkan agar orang itu menutup harinya dengan amalan yang buruk, lalu malaikat berkata tutuplah hari mu dengan amalan kebaikan. Barangsiapa mengikut malaikat, maka malaikat akan menjaganya (sepanjang tidurnya)." 

Rasulullah SAW berpesan kepada Syaidina Barakh:

"Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah dengan sempurna seperti kamu akan menunaikan solat." 


Berikut adalah amalan sebelum tidur. Sama-sama praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak agar mereka tidak diganggu oleh syaitan:

1. Berwuduklah sebelum tidur dengan sempurna.

2. Maka perbanyakkan berzikir, sebelum tidur.

3. Memaafkan orang lain sebelum tidur, maka kita akan berasa lebih tenang. 

4. Tidur dengan mengiring ke kanan.

5. Bacalah doa sebelum tidur.


InsyaAllah dengan mengamalkan tip-tip ini, malaikat akan menjaga kita sepanjang malam. Jadikan tidur kita juga sebahagian dari ibadah.

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=5835

Friday, May 01, 2015

Dah Ada Nama Penuh Pulak!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam dua beradik ni berborak sambil pegang anak-anak patung kesayangan Alisya, Ayumi dan Pidori. Tiba-tiba si abang cakap:

Abang: Nama penuh Faris, Adam Faris bin Kamarul Irwan. Nama Alisya pulak Alisya Farha binti Kamarul Irwan. Kenapa sama eh nama kita Kamarul Irwan?

Alisya: Memang la sama... Tu nama abahkan... 

Abang: Tapi nama kawan Faris bin dia lain... Ha... bukan Kamarul Irwan!

Alisya: Memang la... nama kawan Alisya pun lain jugak! 

Abang: Ha ah, peliknya! Nama penuh Ayumi apa?!

Alisya: Ayumi je...

Abang: Mestilah ada bin apa... eh Ayumi ni girlkan... kalau girl binti la...

Alisya: Tak de binti apa-apa...
Ayumi yang warna biru, Pidori yang warna putih... :D

Abang: Kalau macam tu kita letak Ayumi binti Muhammad Zulkhairi.

Alisya: (Tak jawab... sambil tu dia berfikir...) Oklah! (Sambil peluk dan cium Ayumi)

Abang: Pidori pulak! Pidori binti Muhammad Yusof. 

Alisya: Kenapa nama abah dia tak sama?!

Abang: Ye la, yang ni (Ayumi) kita beli dekat Melaka. Yang ni (Pidori) beli dekat KL! Memang la tak sama.

Lepas tu dua-dua bantai gelak terkekek-kekek. Saya yang mendengar pun sakit perut dibuatnya.

Malam sebelum tidur, saya explain kenapa nama mereka bin/binti yang sama. Macam biasa, soalan Faris punyalah banyak, sampai semua tertidur dibuatnya!

* * *