Thursday, May 21, 2015

Tip-tip Berkaitan TIDUR

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Rancangan TV9: Hadis
Panel: Ustaz Umar Mohammad Noor

Tidur adalah "mati kecil". Di mana kita merehatkan diri dari kepenatan dan kelelahan bekerja di siang hari. Tidur adakalanya "diserikan" dengan mimpi. Ada mimpi yang bila dilihat akan membuatkan kita tersenyum keesokkannya. Ada juga mimpi yang bila dilihat, akan menyebabkan kita terbeban, resah, takut dan dalam kesedihan. 

Apa yang perlu dilakukan apabila melihat mimpi buruk. Berdasarkan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari menyebutkan beberapa perkara yang boleh dilakukan ketika dilanda mimpi buruk.

1. Bertaawuz kepada Allah (menyebut a'uzubillah)

2. Meludah ke kiri sebanyak 3 kali (bukan meludah sehingga mengeluarkan air liur, tapi sekadar syarat) - ini sebagai isyarat bahawa mimpi itu tidak bermakna dan supaya kita tidak termasuk dalam jerat mimpi yang direka syaitan.

3. Berwuduk, bertahajud, berdoa dan bermunajat kepada Allah - adalah baik jika kita dapat melakukan solat sunat, sekurang-kurangnya dua rakaat apabila terjaga disebabkan mimpi di tengah malam.

4. Jika mahu tidur semula, pindah atau beralih dari tempat asal - ini kerana syaitan duduk di tempat-tempat tertentu, maka kita dianjurkan untuk berubah tempat tidur.

5. Apabila mendapat mimpi buruk, jangan diceritakan kepada orang lain - dikhuatiri orang tersebut akan menilik mimpi kita (sedangkan dia tidak mempunyai ilmu tersebut) dan menyebabkan kita terus-terusan berasa sedih dan ketakutan.

* Ulama berpesan agar jangan sebarang menafsirkan mimpi tanpa ilmu.

* Apabila seseorang didatangi rakan yang menceritakan tentang mimpi buruknya, maka tenangkanlah dia, dan yakinkan bahawa mimpi buruk itu tiada makna serta banyakkan berdoa kepada Allah.

Apabila seseorang itu ingin tidur, maka Malaikat dan syaitan akan mendatanginya. Seperti dalam maksud hadis berikut:

"Apabila seorang hamba hendak tidur, maka Malaikat dan syaitan akan menghampirinya, lalu syaitan membisikkan agar orang itu menutup harinya dengan amalan yang buruk, lalu malaikat berkata tutuplah hari mu dengan amalan kebaikan. Barangsiapa mengikut malaikat, maka malaikat akan menjaganya (sepanjang tidurnya)." 

Rasulullah SAW berpesan kepada Syaidina Barakh:

"Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah dengan sempurna seperti kamu akan menunaikan solat." 


Berikut adalah amalan sebelum tidur. Sama-sama praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak agar mereka tidak diganggu oleh syaitan:

1. Berwuduklah sebelum tidur dengan sempurna.

2. Maka perbanyakkan berzikir, sebelum tidur.

3. Memaafkan orang lain sebelum tidur, maka kita akan berasa lebih tenang. 

4. Tidur dengan mengiring ke kanan.

5. Bacalah doa sebelum tidur.


InsyaAllah dengan mengamalkan tip-tip ini, malaikat akan menjaga kita sepanjang malam. Jadikan tidur kita juga sebahagian dari ibadah.

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=5835

6 comments: