Friday, September 04, 2015

Jom Amal: Pengasingan Sampah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mesti ramai yang dah tahu tentang bermulanya pengasingan sampah bermula 1 September lalu. Tapi bukanlah di semua negeri, hanya tujuh buah negeri terlibat iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. 

Walaupun Selangor tiada dalam senarai, tapi saya tetap teruja! Sejak saya duduk di Melaka dulu (4 tahun lalu) saya dah mula mengasingkan sampah, atas pembacaan dan kesedaran betapa pentingnya usaha mengasingkan sampah dalam menyelamatkan bumi. 

Lagipun di Melaka, memang dah amalkan pengasingan sampah ni. Sampah-sampah yang boleh dikitar semula memang akan di ambil pada satu hari khas di kawasan rumah saya dulu, iaitu setiap hari Khamis.

Melalui pemerhatian saya di Facebook SWCorp Malaysia, ramai yang menyambut baik, tak kurang juga ada yang memperkecilkan usaha ini. Rasanya tak salah kalau kita mencuba dulu. Kalau belum buat tapi dah complain macam-macam, tak best la kan... Sekurang-kurangnya kita usaha untuk menyelamatkan bumi.

So, apa sebenarnya yang nak diasingkan? Bagaimana pula perlaksanaanya?! Seperti yang dikeluarkan oleh SWCorp Malaysia berikut adalah kategori pengasingan sampah.
1. Sisa baki - apa saja yang datangnya dari dapur rumah kita, kotor dan tidak boleh dikitar semula, maka bungkus dan buang DI DALAM TONG SAMPAH.
2. Sisa Kertas - apa saja yang berkaitan dengan kertas termasuk sekecil-kecil bil/resit, dibungkus kemas dan DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.
3. Sisa Plastik - yang berkaitan dengan plastik, mestilah diasingkan dan dibungkus, juga DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.
4. Sisa Lain-lain - termasuklah kaca, aluminium, barangan elektrik, kain dan penyembur racun diasingkan dan juga DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.

Kalau ikutkan, setiap kategori sampah ini perlu diasingkan dan dimasukkan ke dalam plastik yang berlainan warna (anda boleh rujuk gambarajah di atas), tetapi disebabkan nak memudahkan kita yang baru nak belajar ni, maka pihak SWCorp Malaysia, melonggarkan syarat warna plastik sampah tersebut. Pun begitu, penggunaan warna plastik berbeza amat digalakkan.

Kalau di Jepun, mereka mengasingkan sampah bermula dari rumah dengan lebih dari dua tong sampah. Ada yang sampai LIMA TONG satu rumah. Bayangkan, rumah di Jepun, bukanlah luas macam kita di sini, tapi mereka tetap boleh lakukan pengasingan sampah. Bukan itu saja, mereka pun ada plastik khas untuk mengasingkan sampah. Siap ada ruangan nama dan alamat pemilik sampah. So, kalau anda salah mengasingkan sampah, anda akan dikenakan denda!

Jangan tak tahu, Jepun ada satu buku teks khas, yang bercerita tentang pengasingkan sampah sahaja! Apa hasilnya? Hasilnya, anda dapat lihat betapa bersihnya persekitaran di Jepun, udaranya segar, malah air di parit dan longkang pun jernih, macam air sungai! Kan seronok macam tu?!

So, negeri-negeri yang terlibat, bolehlah menyambut positif usaha ini. Buat perlahan-lahan, biasakan... Negeri yang tak tersenarai pun boleh mula mengasingkan sampah yang boleh di kitar semula dan tak boleh di kitar semula... InsyaAllah nanti anda akan rasa seronok! Lebih-lebih lagi jika anda kumpul dan jual pada "lori paper lama". Untung!!!  :p


Nota kaki: InsyaAllah nanti saya kongsi versi saya asingkan sampah masa di Melaka dulu. Jom mula sekarang, untuk kesejahteraan generasi akan datang.

25 comments:

  1. akak dah lama amalkan amalan kitar semula ni...ada yg akak jual dan ada gak akak just kasi pada lori pemunggut sampah...tapi mulai skng nak buat dgn lebih bersungguh2 ....jom kite sama2 selamatkan bumi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... saya pun sejak pindah ke gombak ni, jarang sangat buat. Kena buat bersungguh juga ni...

      Delete
  2. aida dah mula dah :)
    aida guna plastik warna-warni aje, mana yg ada kat umah.
    asingkan plastik (botol, sampul makanan, mainan anak), kertas, tin & kaca.
    anak2 pun da aware.
    in shaa Allah.
    ni adalah sesuatu yg baik. elok la kita ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguskan bg pendedahan awal pada anak2... kalau kita ajar mereka dr kecik, boleh je dorang apply...

      Delete
  3. Baguslah NK.....tp leceh gak ek nak asing asingkan...nak kena beli plastik kalerful lak tu....sekarang ni main belasah jer plastik Tesco hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang leceh okje... nak2 bila dah byk... semak mata nengoknya... tapi tu la... bumi kita ni dah makin tenat... sampah banyak sangat... kalau kita tak bertindak sekarang... kesian kat anak cucu kita nanti...

      Delete
  4. Waalaikumussalam wbt..salam perkenalan dari geng GMBM. Kalau semua amalkan pengasingan sampah..mudah kerja banyak pihak .. NK, Jom singgah ke blog saya. saya dah add NK dalam blog http://aenoyou.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ida... mudahkan kerja byk pihak dan selamatkan bumi kita... insyaAllah saya akan menyusul ke blog ida... thanks singgah sini... salam kenal...

      Delete
  5. Tu yang malasnya Nora... nak kena sediakan 4 tong sampah. Pasni berderetlah pulak tong sampah kat tepi pintu dapur... heheheh. Negara2 maju seperti Jepun mmg dah lama mengamalkan pengasingan sampah ni... di UK pun sama malah lori yang memungut sampah2 tu tiba pada hari2 yg berlainan... ada jadual memasing. Dan sampah2 ini akan di kitar semula untuk menghasilkan tenaga dan di salurkan semula kepada penduduk. Teknologi ni belum sampai lagi rasa di M'sia sebab kosnya mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... memang leceh... tang yg tak tahan tu bila dah banyak brg kitar semula tu kat rumah, disebabkan lori paper lama tak lalu dpn rumah... hahahahahha

      Delete
  6. saya suka bile kerajaan enforce suruh asingkan sampah.. at least untuk menyelamatkan bumi kite... saya dari dulu lagi memang asingkan antara barang untuk recycle dan sampah.. dan saya akan hantar barang recycle kat pusat kitar semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. betul.. betul... kalau pusat kitar semula dekat mmg bagus angkut sekali arung je...

      Delete
  7. tapi , pasal kaedah pengasingan ikut warna plastic tu, ada ke kat kedai jual plastic sampah macam2 warna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DP, plastik sampah yang saya pernah nampak di pasaraya ada warna hitam, biru, hijau, dan transparent.... (^_^)

      Delete
  8. Benda yg baik mg perlu bagi sokongan..tp biasalah org malaysia ni nak berubah buk1an sehari dua..makan taun pun belum tentu kan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu PK... sebab kita tak pernah dididik untuk buat benda2 tu dr kecil... mmg susah nak sebati.... kena cekalkan diri, buat untuk kemudahan anak2 di masa depan...

      Delete
  9. saya belajar ilmu baru hari ni
    ingat sisa makanan tu sama dengan sisa dapur
    saya buat juga...tapi belum begitu in details
    biasa botol plastik dengan kaca aje

    we will get there, cuma ambil masa nak mendidik org malaysia ni
    apapun nice sharing kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha dah tau ni boleh la sama2 kita amalkan yana.... (^_^)

      Delete
  10. xsemua negeri yea...rietta mmg asingkan yang bleh recylce, tpi men asingkan aje, xikut kategori pown...lpas ni bleh la cuba buat yang lebih baek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah tak semua negeri pun rietta... negeri2 tertentu je... saya pn mmg asingkan brg recycle... cuma tak la beria sangat :p

      Delete
  11. Bagus kerajaan buat macam ni. Nak kena beli tong sampah lebih ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus... tapi patutnya seragamkan semua negeri kan?! :)

      Delete
  12. Saya suka perlaksanaan asing2 sampah ni. Memanglah agak merumitkan, tapi mula2 je. Sekurang-kurangnya ada usaha kita utk pelihara bumi & alam sekitar.

    ReplyDelete
  13. suppose seluruh negara. br selaras!

    ReplyDelete