Monday, September 28, 2015

Muzium Negeri Terengganu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kami ni kan, kalau sampai di Marang, memang tak tahu apa nak dibuat. Encik hubby tak de kawan di Marang... Kalau kami balik ke Cerul, memang dari pagi sampai ke petang encik hubby bawa jumpa kawan-kawan dia. So, bila tak de nak jumpa siapa-siapa, kami pergi la melawat tempat-tempat menarik berhampiran.

Sehari sebelum Raya Aidiladha, encik hubby bawa kami pergi Muzium Negeri Terengganu... Faris dan Alisya la seronok sangat... Alisya walaupun demam layankan juga pergi berjalan-jalan. Cuma kadang-kadang dia minta didukung sebab dah penat berjalan.

Sebenarnya masa cuti macam nilah ramai orang ambil peluang untuk "Cuti-cuti Malaysia". Maklumlah hari biasa-biasa susah juga nak cutikan... Nak-nak kerja macam encik hubby saya yang kadang-kadang cuti kena beku disebabkan ada event besar melibatkan menteri.

Oh ya... kalau dah nama pun melawat muzium, mestilah tengok hasil-hasil tinggalan sejarah. Yang tak boleh nak layan tu bila Faris asyik la tanya macam-macam soalan pelik. Mama dia ni kalau tak sakit gigi, boleh la melayan. Ni nak layankan sakit gigi, layan soalan cepu mas lagi.. Aduhai! Mencabar betul rasanya... (T_T)


Saya: Faris ni la Batu Bersurat...

Faris: Batu Bersurat tu apa?!

Saya: Ni tengok... tulisan Jawi paling awal ni... Orang dulu tulis atas batu...

Faris: Kenapa susah-susah tulis atas batu?! Kertaskan ada mama... 

Saya: Dulu mana ada kertas... (*tepuk dahi*)

* * * * *

Faris: Macam mana pedang Jepun boleh ada kat kampung abah...?

Saya: Ye la dulu kita ni DIJAJAH orang Jepun... orang dulu-dulu mana ada pakai senapang hebat-hebat... pakai pedang je...

Faris: Kenapa Jepun GAJAHKAN kita?!

Saya: GAJAH apa pulak... JAJAHLAH... Jajah tu orang Jepun nak perintah tempat kita... (saya elak guna perkataan "takluk", kang lagi macam-macam dia tanya...)

Faris: MAJALAH?! Ooo, ambil gambar semua pedang ni masuk majalah... (T_T) Aduhai Faris... mama ni sakit gigi tau! Soalan-soalan lepas tu saya diamkan aja... Makin banyak di jawab, makin banyak soalannya... Kalau tak sakit gigi saya layankan je... Ni sebab sakit pun tak dapat nak tahan...

* * * * *

Bila tanya Faris dan Alisya apa yang paling best dekat muzium tu, kata mereka... Tempat yang paling best adalah di bahagian luar muzium. Di bahagian luar tu ada kolam ikan koi. Punyalah banyak ikan koi dalam tu... Ada pula jual makanan ikan... kami pun pakat beli dan bagi ikan makan... Seronoknya la Faris dan Alisya bila tengok ikan-ikan melompat dan berebut makanan. 

Anak-anakkan, aktiviti macam ni la mereka suka buat... kalau baca dan tengok barang-barang lama dalam muzium tu bukannya mereka faham pun...


Kepada mereka yang ingin melawat Muzium Negeri Terengganu, ini sedikit info tentangnya:

TIKET:
Kanak-kanak (7-15 tahun) - RM 2.00 (bawah 7 tahun percuma)
Dewasa (16 tahun ke atas) - RM 5.00

WAKTU OPERASI:
Sabtu - Khamis - 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat - 9.00 pagi - 12.00 tengah hari, dibuka semula jam 3.00 - 5.00 petang


Nota kaki: Lepas ke Muzium dan bagi ikan makan, kami terus ke Pantai Batu Buruk... Nanti saya buat entri lain...

22 comments:

  1. adui Faris.. lawak sgt.. kenapa tak tulis kat kertas.. hahah

    tp btol gak tu.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. pernah pegi muzium ni dulu. kagum gila sebab besar mcm istana. haha

    ReplyDelete
  3. Amboi macam2 soalan faris..budak bijak camtu la..yelah kan benda tinggalan sejarah camni bukan semua org suka..budak2 bg makan fish jugak yg best dipilihnya.hehe

    ReplyDelete
  4. anak2 yg bijak mmg suka bertanya...

    ReplyDelete
  5. bagus bawak anak pi muzium nie...mereka belajar tentang zaman dahulu....asek2 pi mall jek kan sesekali kene bawak pi tempat2 gini....tu lieya plan nak bawak mia pi muzuim negara...die pun dah belajar subjek sejarah so nak bagi die tgk live peninggalan2 sejarah yg ade....

    ReplyDelete
  6. Anak yg cerdik camtu la dik sume pon dia nak tau....tapi lawak la pulak bila baca soalan2 dia....kikiki

    ReplyDelete
  7. memang destinasi yang cantik dan menarik untuk dikunjungi kan Nora, kak ana sampai dah ke sini dua tahun yang lalu :)

    ReplyDelete
  8. asalam..terima kasih datang ke laman Etuza ya..akan datang lagi ke sini..inshaAllah

    ReplyDelete
  9. ehehe pening mama nak explain ya eheh.. bagus la anak2 banyak tanya..
    sel sel otak berkembang ehe.. bagusnya bawak p muzium.. ayah ckp dr kecil CT bukan pencinta sjarah.. asal p muzium je tidoq..

    ReplyDelete
  10. bestnya.
    masuk dalam list.. hihi
    sbb dlm perancangan nk ke ganu.. entah bila nk sampai, belum tahu..
    thanks akak berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ciksu.... best la juga singgah sini.. dapat gak tgk barang2 lama.. and melayan soalan anak yg macam2! haih!

      Delete
  11. Hahaha, Faris faris... bikin aunty pun gelihati baca telatah awak...
    kami kat Terengganu pun belum pernah pergi Muzeum kat sana... Menarik entry ni, boleh letak dalam list jalan2 nanti...

    ReplyDelete
  12. Budak2 sebaya ni memang banyak perkara dia ingin bertanya dan ingin tahu...
    Nasibaik adik dia pun tak soal jawab sama....kalu tak tentu mama dia lagi fening lah...hehehe

    ReplyDelete
  13. Oooo melawat muzium jugak ke...(saya pun melawat muzium jugak...)

    Hehehe... budak-budak macam tulah... selagi tak dapat jawapan yang memuaskan hati mereka... selagi itulah bertanya... bertanya... dan bertanya...

    Rasanya bukan Faris dan Alisya saja kot yang suka suasana di luar muzium tu... ramai termasuk saya.. hehehhe... seronok tengok ikan-ikan banyak2 macam tu.

    ReplyDelete
  14. dah lama tak pi muzium, menarik juga ni

    ReplyDelete
  15. Bdk2 mmg rajin b'tanye,kdng2 smpi sakit hati nk melayannye.... Cikna xprnh lg ke sini....;-(

    ReplyDelete
  16. Muzium lah tempat paling tak suka okje pergi NK...maklumlah bukan ahli sejarah haha....
    Suami dan anak anak punya pasal, sakit pun sanggup layankan mereka kan NK....

    ReplyDelete
  17. Sejarah ni sebenarnya menarik, tapi budak2 cepat bosan.. anak bijak memang tanya pun banyak.. :)

    ReplyDelete
  18. Comelnya budak2 tu. Macam2 diorang tanya kan,.. :)

    ReplyDelete
  19. Memanglah kena bersedia dengan macam-macam jawapan kalau ada anak sebaya Faris ni. Lepas satu, satu ditanyanya. Masuk muzium, ikan koi juga yang jadi perhatian ya, anak-anak ^_^

    ReplyDelete
  20. jauh bebenor bunyi gajah dan dijajah faris oiiii ;-)

    ReplyDelete