Tuesday, September 15, 2015

Petua: Hilangkan Lendir Bendi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

http://www.theayurveda.org/ayurveda/herbal-medicine/10-health-benefits-of-green-vegetable-lady-finger/
Sejak duduk dengan adik beradik ni, saya rajin la juga beli dan masak pelbagai jenis sayur. 

Sebab kami adik beradik jenis makan sayur dan ulam. Encik hubby saya memang tak makan sayur. Kalau makan pun hanya sayur kobis.

Semenjak dua menjak ni, saya memang kemaruk makan bendi, terung dan sawi... Bendi tu kalau masuk dalam kari atau asam pedas, mak aihh sedapnya! 

Kari ayam ni saya bungkus dan beri
pada jiran-jiran masa bulan puasa hari tu...
Tapikan macam yang semua tahu, bendi ni... bila di potong ia akan mengeluarkan lendir kan?! Ni saya nak share petua untuk menghilangkan lendir bendi tu...

Macam biasa potong dan bersihkan dulu bendi tu. Bila dah bersih, rebuskan bendi di dalam periuk dengan air secukupnya. Kemudian masukkan sekeping asam keping. Biarkan mendidih seketika. Angkat dan toskan. (Atau kalau anda tiada stok asam keping di rumah, gantikan dengan sedikit minyak masak.)

Kemudian boleh la anda masukkan bendi yang dah di rebus tu ke dalam kari atau asam pedas yang anda masak. InsyaAllah, masakan anda tidak la berlendir di sebabkan bendi tadi...

Selamat mencuba! (^_^)

10 comments:

  1. oo..cmtu rupanya..sy pun suke klu msk asam pedas ke kari letak bendi..sedappppp..

    ReplyDelete
  2. Okje pun suka gak makan sayur NK. Tp jarang sangat beli bendi dan mmg jarang buh dalam asam pedas. Selalu kalau buat asam pedas mmg togel gitu jerlah hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ye la okje...saya dah lama "puasa" mkn sayur, sebab encik hubby saya tak makan sayur... kalau saya beli mmg membazir je sebab saya sorang je mkn. ni dah duduk dengan adik beradik harus la saya mkn puas2.. hahahha tapi petai mmg saya tak makan aaa... hahahha

      Delete
  3. bagos petuanye dik selalu akak campak je bendi dalam kuah masakan lai kali bole try buat cam adik ni....

    ReplyDelete
  4. wahhh, bagus petua ni. Lepas ni boleh cuba :)

    ReplyDelete
  5. mak ai...sedapnya kari tu kak!
    biasa kalau kari ayam saya letak kentang
    kalau ikan baru letak bendi
    biasa kalau tumislah dia berlendir...cam geli kan?
    boleh cuba petua akak ni nanti

    ReplyDelete
  6. sy suka lendirnya tu... lagi byk lg best hehehehe

    ReplyDelete