Friday, October 16, 2015

Tips Penjagaan Kucing Beranak

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Subhanallah, semalam kucing jalanan yang datang berteduh di rumah kami dah pun selamat "bersalin" pada 1 Muharram 1437H. Kucing hitam yang saya panggil "Cik Tam" ni datang ke rumah kami sejak dua tiga hari menjelang raya Aidilfitri lepas. Sejak dari hari tu, kami bagi makan dan minum... Dan ia bebas berlindung di garaj rumah kami dari hujan dan panas... :p

Ada juga beberapa cubaan untuk Cik Tam masuk ke dalam rumah, tapi memang kami tak bagi masuklah... maklum la... Adam Faris alah pada bulu kucing. Lama jugalah pintu rumah kami tak boleh buka... sebab Cik Tam cari peluang je nak masuk... Dua minggu lepas baru saya dan Faris pasang jaring pada grill pintu utama... barulah dapat buka pintu seluasnya.

Berbalik pada cerita Cik Tam "bersalin" tu. Itulah first time saya tengok kucing beranak. Serious ia sangat menggerunkan/menakutkan/mengujakan... hahaha nampak tak?! Saya tak dapat nak gambarkan perasaan tu macam mana... Menggigil pun ye juga!

Inilah anak-anak kucing Hijrah kami... (^_^)
Banyak-banyak tempat, bawah rak kasut jadi pilihan Cik Tam.

Disebabkan saya tak biasa dan tak pernah menjaga kucing, orang pertama yang saya teringat nak tanya adalah Eiyta kawan sekerja saya dulu. Eiyta dah biasa dengan kucing-kucing ni... Maka berWhatsapp lah saya dengan Eiyta, bertanyakan apa yang perlu dibuat dan tips-tips berkaitan bila kucing beranak.

So, apa yang boleh saya simpulkan, jika anda berdepan dengan situasi seperti ini (kucing beranak), bolehkan lakukan seperti apa yang Eiyta cadangkan pada saya:

1. Sediakan kotak dan alaskan kotak tersebut dengan kain - letakkan kotak yang bersesuaian berhampiran dengan "tempat bersalin" ibu kucing tersebut. Alaskan dengan kain agar anak-anak kucing tidak kesejukan.

2. Sediakan minuman dan sedikit makanan untuk ibu kucing berhampiran dengan kotak tersebut.

3. Berikan masa untuk ibu kucing, "membersihkan diri" setelah beranak - selepas beranak, ibu kucing, dan anak-anak kucing akan kelihatan seperti basah kuyup. Tapi ibu kucing akan membersihkannya.

4. Biarkan ibu kucing membersihkan dan memasukkan anak-anaknya sendiri ke dalam kotak - ibu kucing akan membersihkan anak-anaknya satu persatu. Maka anda tak perlu risau jika masih ada seekor dua yang ditinggalkan di luar kotak.

5. Pastikan ibu kucing dan anak-anaknya tidak terdedah dengan kucing jantan - bak kata Eiyta, kucing jantan akan makan anak kucing... Haih, gerun pula saya dengar. Jika ibu kucing merasakan tempat yang didudukinya selamat, maka ia akan terus tinggal di situ dan jika sebaliknya, ia akan memindahkan sendiri anak-anaknya.

6. Nyalakan ubat nyamuk beberapa jarak dari kotak anak-anak kucing tersebut - saya dapati banyak nyamuk yang mengerumuni anak-anak kucing tu (mungkin sebab ada bau darah lagi kot?!), maka saya pun nyalakan ubat nyamuk. Teringat, Eiyta pun nyalakan ubat nyamuk di luar rumah. So, kira salah satu tips la juga tu.

Anak kucing ni ada 6 semuanya, 4 hitam dan dua lagi
ada tompok putih...

Sebenarnya kotak yang saya letak pada mulanya ni agak kecil, saya dah pun sediakan satu lagi kotak besar untuk ibu kucing dan anak-anaknya. Tapi ibu kucing masih belum mahu alihkan anak-anaknya ke kotak baru (kotak besar). Mudah-mudahan nanti ia akan alihkan, baru nampak selesa sikit.

Sebenarnya tak perlu dijaga pun anak-anak kucing ni, sebab ibu kucing yang akan menjaganya. Kita cuma sediakan makan dan minum serta kotak buat ibu dan anak-anak kucing tersebut untuk berehat...

Oh reaksi Alisya dan Faris? Dah tentu mereka seronok. Bangun pagi, tengok kucing, pergi sekolah tengok kucing, balik sekolah tengok kucing, nak tidur jenguk kucing dan macam biasa soalan tak pernah habis. Kadang pening juga nak jawab. Kena cari ensiklopedia kucing la gamaknya?! Haih!

17 comments:

  1. ehehe sepesen semua.. dulu tengok Sabrina.. ingat semua kucing itam macam Salem boleh cakap ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ini kelakar! Tapi akak pun macam CT. Nampak kucing hitam automatik ingat Salem tu :)

      Delete
  2. tips yang baik....pernah amalkan tips ini a long time ago...masa bela kucing
    sekarang tak bela dah...sebab tak mahu berpisah lagi dengan kucing kesayangan

    ReplyDelete
  3. nora, ramai anak hijrah ye... kat rumah kak ana asal ada tiga, dua dah mati tinggal satu, maknya tam-tam, anak-anak tam-teh hihi :)

    ReplyDelete
  4. Dulu masa akak baru pindah camtu gak....ada kucing dtg bawak perut last2 beranak pinak dah kat rumah akak skng ni....kalau nak jalan mana2 akak upah anak jiran kasi makan....anak2 kucing tu bila beso skit best buat main2 mesti comel lincah terlompat2....hehehe

    ReplyDelete
  5. banyak anak kucing tu.. semoga membesar dgn sihat. hhehehe

    ReplyDelete
  6. haaaaaaa...kalau dia nak naik rumah tuh,konfem dia nak cri port sesuai nak letak anak2 dia..huuhuu......kalau bab kucing jantan makan anak kucing tuh saya setuju sgt..ada org org tua kata,kucing jantan tuh jeles kat anak kucing tuh sebab anak kucing tuh baka lebih baik dr dia...huuhuu..dah macam drama dah jeles jeles ^^

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan dari group HS :)
    http://akudiadangarage.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Wow pengalaman pertama ye jadi bidan terjun.hehe..memang tips yg bagus..sy pun tak tahu cmna cara.betbah juga ilmu pengetahuan dengan entry ni.hehe..

    Anak kucing baru lahir memang comel..pautlah pun faris alisha geram.

    ReplyDelete
  9. Alolololo... tomey tomey nye anak tucing ni...

    ReplyDelete
  10. chumel je sume nanti boleh lah kacukkan dgn kucing spesis lain

    Jom Terjah : Fesyen Lelaki Popular yang.. Perlu ke?

    ReplyDelete
  11. Tahniah NK sebab dah jadi nenek segera hihi....
    Banyak anak dia ek....sampai 6. Banyak ikut baka mak rupanya. Dah bagi nama lum?

    ReplyDelete
  12. tak sampai hati tengok kucing beranak..rasa kesian..

    ReplyDelete
  13. so sweet alisya dan faris tu...hari2 pagi petang siang malam ngan kucing je eh...mesti dorang suka sgt kucing tu

    ReplyDelete
  14. baca entry akak teringat situasi saya masa mula pindah masuk rumah ni thn 2012.
    mmg x pernah bela kucing, bila ddk sendiri.

    kebetulan kucing tu beranak 4, tumpang brteduh di tempat ampaian saya. sudahnya call tnya adik ank buat mcm mna.
    sama mcm akak kongsi di atas.
    dia suruh cr kotak, selimut anak kucing, letak mknn
    saya punya kelam kabit cri brg.. tup tuo esok pagi ibu kucing dah bawa anak anak dia larik. hukhuk sedih sungguh saya masa..

    sbb saya pikir, Allah hantar kucing2 tu utk teman kami suami isteri bolehlah kami bela. tapi hujan di tengah hri..

    ReplyDelete