Friday, January 15, 2016

Buku: Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Penulis: Zamri Mohamad & Imran Yusof
Penerbit: PTS
Harga Buku: RM26.00

Hari ini saya ingin kongsikan sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh semua pasangan yang telah berkahwin, juga ilmu baru bagi mereka yang akan mendirikan rumah tangga. Hidup berumahtangga banyak pancarobanya. Moga dengan perkongsian ilmu oleh penulis Zamri Mohamad dan Imran Yusof akan lebih membuka minda kita tentang pahit manis dalam perkahwinan itu sendiri serta cara untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331

"Diceraikan kerana kerepek."
"Diceraikan kerana sabun cuci."
"Baru masuk 30 tahun sudah menjadi janda."

Mana janji sehingga hari tua?

Ini berita di KOSMO muka hadapan pada hari ini. 

Ada rasa yang hairan, "Eh, benda kecil pun boleh jadi begini?"

"Sepatutnya mereka jaga iman...." dan macam-macam lagilah judgemental skrip ke atas mereka.

Penulis Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah berkata, "Apa yang dilihat kecil oleh orang perempuan dan lelaki berbeza. Misalnya, 'mendengar' itu kecil pada orang lelaki berbanding 'didengari'. Manakala orang perempuan pula melihat 'mendengar' lebih besar berbanding 'didengari'."

Ejaan sama, tapi maksud 'dengar' itu berbeza ya.

Ketika majlis nikah, kita nampak kesempurnaan usaha membina keluarga, mahukah kita kuatkan akarnya? 

Ramai mengucapkan tahniah kepada pengantin baru. Tetapi tidak sampai satu peratus memberitahu pengantin baru apakah itu 'adjustment period.'

Orang yang mahu berkahwin dan sudah berkahwin sudah ada ciri-ciri kemuliaan kerana menjaga yang halal. Tetapi yang halal itu memerlukan satu ilmu lagi, 'memanjangkan tempoh halal'. Apa pengisianya.

Setakat ini lebih 14,000 wanita sedang membaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah bagi mempelajari kemahiran 'memanjangkan' halal dalam perkahwinan.

Penulis ini pun apabila 'gaduh-gaduh' comel dengan isteri pun buka buku sendiri, katanya, "Apa yang saya tulis ini sebagai manual ke atas diri dan membantu orang lain."

Saya ada beberapa naskhah Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah jika ada yang mahu. Boleh digunakan oleh pembaca dan dihadiahkan kepada kawan-kawan kita sayang.

Nota Kaki: Ikhtiar kita memanjangkan yang halal, menyuburkan cinta.

11 comments:

  1. kak ana memang cari buku ni nora, belum berkesempatan nak beli lagi.. in shaa allah kena beli juga ni .

    ReplyDelete
  2. Nama tajuk nya pun dah cantik dah...

    ReplyDelete
  3. Kagum dengan kawan kawan yg rajin membaca ni NK, lebih lagi buku agama dan buku ilmu mcm ni. Saya ni jenis kurang suka membaca... Asyik sebok ngan blong ngan whatapp jer. Camana tu NK?

    ReplyDelete
  4. menarik buku ni kena pergi la nanti

    ReplyDelete
  5. Menarik dan tertarik.. insyallah nak cari lah buku ni :D

    ReplyDelete
  6. betullah kan kak nora
    kes perceraian hari ni sangat membimbang
    entah sape yang harus dipersalahkan
    membina rumah tangga bukan semudah di atas tilam aje
    ada banyak perlu diselami

    menarik buku tu. tapi saya ni bab membaca buku tak tahulah
    teruk sangat perangai

    ReplyDelete
  7. Moga hubungan yang ada ini berkekalan hendakNYA.

    ReplyDelete
  8. Nak mengekalkan tu yang susah. Kadang-kadang bila kita dengar cerita, kita pun pelik. Perkara yang kecil pun boleh jadi gaduh suami isteri. Tapi bila dah melaluinya sendiri, barulah tahu. Kecil-kecil perkara yang tak disukai, kalau dibiarkan akan jadi nanah dalam hati. Itulah nanti jadi pergaduhan besar suami isteri.

    ReplyDelete