Tuesday, February 09, 2016

Lima Sumber Makanan Lambatkan Penuaan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Bila dah semakin berumur ni, mulalah mencari apa yang boleh diamalkan agar taklah nampak tua sangat dari umur... Macam Nassier Wahab tu... Muda remaja je nampakkan? (^_^)

Info berikut saya rujuk dari Majalah Mingguan Wanita. Dikatakan bahawa lima jenis makanan berikut boleh melambatkan penuaan.

http://www.medicalnewstoday.com/articles/266258.php
Olive Oil: Health Benefits
1. Minyak zaitun

  • membantu menurunkan risiko serangan jantung dan kanser. Selain mengandungi polifenol, minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksida yang boleh mencegah penyakit terutamanya bagi mereka yang semakin lanjut usianya. 
  • dulu masa saya sakit batu hempedu, saya amalkan minum secawan air suam + setengah sudu kecil minyak zaitun + satu sudu besar madu. Minum setiap pagi. Dah lama saya tinggalkan sebab "konon rasa" dah sihat. :p
  • Nassier Wahab juga pernah kongsikan dalam media petua mukanya yang tidak nampak kedutan, iaitu dengan cara mengoles dan meratakan minyak zaitun di muka pada setiap malam sebelum tidur. Sesiapa yang tiada masalah kulit muka berminyak bolehlah amalkan. (^_^)

http://juicing-for-health.com/yogurt-health-benefits.html
Yogurt Health Benefits
2. Yogurt

  • kaya dengan kalsium yang membantu mencegah osteoporosis. Maklumlah bila semakin berusia, masalah tulang adalah masalah utama. 
  • jika tidak boleh mengambil yogurt, maka tukarlah dengan susu, yang penting kalsium perlu cukup dalam badan kita.

http://www.vertihealth.com/the-best-sources-of-pure-omega-3/
The source of pure Omega 3
3. Ikan

  • ia merupakan sumber lemak Omega 3 yang membantu mencegah kolestrol pada pembuluh darah serta mencegah rentak jantung yang tidak normal.
  • pelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan setiap hari.


http://io9.gizmodo.com/5897902/eat-chocolate-lose-weight-yeah-right
Chocolate to lose weight
4. Coklat

  • kaya dengan flavanol yang membantu melancarkan peredaran darah selain membantu menghindari diabetes tahap 2, darah tinggi, ginjal dan sebagainya.
  • ramai yang beranggapan coklat akan menyebabkan kegemukkan, sebenarnya coklat yang diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan akan menjadi sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan.

http://www.curejoy.com/content/health-benefits-of-eating-nuts/
Benefits of Eating Nuts
5. Kacang 

  • penggemar kacang dikatakan dapat hidup dua tahun lebih lama. Ini kerana kacang kaya dengan lemak tidak tepu yang memiliki khasiat serupa dengan minyak zaitun. Selain itu, kacang juga kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida.
  • pun begitu jangan diambil berlebihan kerana akan menyebabkan kandungan asid urik tinggi. Hal ini boleh mengakibatkan seseorang itu terkena gaut. Penting untuk diambil dalam jumlah yang memadai.

11 comments:

  1. wah bagus perkongsiannya tu... makanan yg sedap semuanya patut diamalkan dlm diet.

    ReplyDelete
  2. mujur semua tu selalu digunakan dalam masakan :)

    ReplyDelete
  3. betul tu, nassir wahab memang nampak muda, oh itu petuanya tak pernah tahu pun,boleh juga dicuba

    ReplyDelete
  4. kena makan ni..maklumlah usia dah semakin lanjut ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Kena buat sebagai amalan harian.. ;)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan Olive oil gitu jer....rasa nak try jugaklah, tak rugi pun kan, benda byk khasiat katanya

    ReplyDelete
  7. Semua pun saya suka, macamana ni? Nak kata nampak muda berbanding usia, tak pulak ^_^ Mak mertua saya suka oles minyak zaitun kat muka. Sebab itulah agaknya kulitnya putih cantik dan nampak muda walaupun usia dah melebihi 60 tahun!

    ReplyDelete
  8. betul ke ni..nmpk yg paling sedap coklat..nk awet muda kena makan coklat byk2 la nmpknya.haha

    ReplyDelete
  9. Saya makan 4 je makanan tu, yg last skali sy tak makan. Huhu

    ReplyDelete