Monday, April 04, 2016

Educational Toys: ''Lacing Set" Untuk Anak-anak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Antara 'gajet' yang dapat senyapkan anak-anak saya ketika berada di luar rumah adalah lacing set. Biasanya kalau di luar terutamanya ketika makan, Faris dan Alisya memang tak boleh duduk diam. Mereka akan lari sana sini, sementara tunggu makanan sampai. 

Sejak saya beli lacing set ni, memang saya bawa merata-rata. Ini adalah antara 'gajet' yang berjaya membuat Faris dan Alisya duduk diam di tempat masing-masing. :p Selain lacing set ni, kadang-kadang Faris akan bawa buku conteng untuk melukis atau komik untuk dibaca dan Alisya bawa majalah Ana Muslim atau Aulad. 

Masa mula-mula perkenalkan lacing set ni pada Faris dan Alisya, mereka cakap, "eh sama la macam Mama jahit baju tu! Cuma yang ni tak de yang tajam tu (jarum), tapi yang ni sama (merujuk pada tali yang dikatakan seperti benang)". 

Melihat anak-anak boleh duduk diam dengan melakukan sesuatu aktiviti (bukan kerana leka dengan handphone atau tab), memang satu kelegaan bagi saya. Dulu masa saya bekerja, saya tidak punya banyak waktu untuk bermain dan mengajar Faris, solusinya adalah dengan membiarkannya bermain PS2 (ketika itu usianya 2-4 tahun). 

Akibatnya Faris pelat dan lambat bercakap, sukar bersosial dengan rakan-rakan sebayanya, kurang tumpuan dan selalu memberontak. Sekurang-kurangnya saya dapat mengubah ketagihan gajet itu kepada sesuatu yang lebih berfaedahkan? Bak kata orang putih, "better late than never" kan? 

Saya mula perkenalkan Faris dengan aktiviti sebegini, setelah saya berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah, tidak terlewat untuk Faris. 

Jom tengok apa yang dikatakan aktiviti lacing ni...


Nampak tak betapa fokusnya Alisya?
Faris pun sangat fokus... (^_^)
Happy dapat "menjahit" :p
Yang kiri hasil kerja Faris, yang kanan hasil kerja Alisya...
Oklah ni kan... (^_^)

Apa kelebihan lacing set ini?


  • meningkatkan kemahiran motor halus (fine motor skills) - apa yang saya perasan, Alisya menggunakan kedua-dua belah tangan dan jari jemarinya untuk memegang dan memusingkan objek yang hendak di"jahit". Walaupun nampak kekok, namun dia tetap cuba untuk menyelesaikan aktiviti itu.
  • meningkatkan daya tumpuan - Faris dan Alisya, kedua-duanya sangat fokus ketika memasukkan tali ke dalam lubang yang ada. Kadang-kadang makanan dah sampai pun mereka tetap khusyuk "menjahit". :p
  • meningkatkan kreativiti dan imaginasi - sebenarnya, tiada salah dah betul dalam memasukkan tali ke dalam lubang yang ada, kadang-kadang Faris akan "jahit jelujur" atau kadang-kadang "jahit sembat". Yang penting misinya adalah memasukkan tali ke dalam semua lubang yang ada.
  • sabar - lacing activity ini memang menguji kesabaran anak-anak. Saya perasan, Faris memang sangat tekun dan sabar. Alisya pula jenis yang nak cepat siap, tapi bila selalu buat aktiviti ini, Alisya boleh sabar untuk siapkan (walaupun ada banyak rehat). (^_^)

Jika anda berminat untuk dapatkan pelbagai jenis lacing set seperti ini, sila ke fan page Moms & Tots Shoppe atau terus ke kedai mereka:



3A-2, Jalan PPS1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
TEL: 03-6734 4343 / 019-230 3549
Dibuka setiap hari kecuali hari RABU dari 10 pagi - 7 petang.




* Anda berada di luar kawasan? Jangan risau, mereka boleh pos kepada anda. So, PILIH, BELI dan TUNGGU barang sampai! Senangkan? (^_^) * 

11 comments:

  1. first time dengar pasal lacing set. menarik! dan bagus pendekatan akak untuk tidak beri anak fokus pada gadget phone semata. rindu rasa zaman kanak-kanak kita yang bermain dan tidak pedulikan gadget..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah merasa nak sulung yang agak ketagihan gajet, sebab tu bila dah pindah dan tidak lagi bekerja... saya berusaha agar anak sulung boleh lupakan gajet... tapikan sebenarnya, education toys macam ni memang menarik tau!

      Delete
  2. Nak carikan juga la untuk anak dara saya yang 2 orang ni, mesti diam ckit mulut yang suka potpet tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha memang pun, anak-anak saya pun jenis yang tanya soalan tak pernah habis... sekali bagi lacing set ni terus senyap... sebab fokus... hahahha

      Delete
  3. wow! a great sharing ni.
    aida x tau menahu pasal lacing set ni.
    tumpuan dia ke situ kan.
    tak le kelain especially ke gajet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... anak2 lebih kreatif bila kita kenalkan dengan educational toys ni... kita pun syok join sekali... heheh

      Delete
  4. bgs ada edu toys mcm ni...1 perkara yg sgt2 sy bimbang ttg perkembangan minda knk2 hari ini adalah, kecenderungan mereka terhadap gajet. sy sgt bimbang bla mrk bsr nnt akan menjadi golongan anti sosial

    ReplyDelete
  5. Bestnya benda ni.teruja kite...hihi...untuk umur berapa ya

    ReplyDelete
  6. Bestnya benda ni.teruja kite...hihi...untuk umur berapa ya

    ReplyDelete