Saturday, May 07, 2016

Buku Kanak-kanak: 40 Tokoh Islam

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika semalam saya dah kongsikan buku kegemaran Alisya, hari ni saya nak kongsikan buku kegemaran Adam Faris.

Buku 40 Tokoh Islam ni adalah antara buku yang Faris suka baca... https://goo.gl/OGdY2f

Penyebab Faris suka baca buku ni adalah kerana dia sangat familiar dengan nama Ibnu Sina. Nama Ibnu Sina ni dulu adalah nama kelas sekolah agamanya di Melaka dulu.

Dia jadi excited bila baca tentang kepakaran Ibnu Sina. 
 
Faris: Alisya tau kenapa Ayies masuk kelas 1 Ibnu Sina dekat sekolah Melaka dulu?

Alisya: Tak tau. Kenapa?

Faris: Sebab Ayies pandai Matematik. Orang yang pandai Matematik je boleh masuk kelas 1 Ibnu Sina.

Alisya: Iye ke?! Bukan tu sebab nama sekolah agama ke?!

Faris: Iye, betul. Kalau 1 Khawarizmi sebab orang tu pandai pasal Matematik dengan mata sekali. Ayies mata tak pandai la.. tapi Matematik pandai. (Ceh... confident level memang tinggi ni... saya rasa nak pecah perut tahan gelak)



Alisya: Iye ke?! Kalau macam tu Alisya pun pandai Matematik la... sebab Alisya sekolah Pasti Ibnu Sina. Tapi Alisya baru pandai tambah dengan tolak je... (Aduh saya memang rasa nak guling-guling dah gelak)

Faris: Eh betul la tu... Alisya pandai tambah dengan tolak je, sebab tu Alisya sekolah Pasti Ibnu Sina je. Ayies lebih sikit.. pandai darab... (Abang dia memang kelentong habis adik dia..)

Saya: Itu nama kelas dengan nama Pasti je lah, sempena nama orang hebat zaman Nabi SAW. Kalau belum pandai Matematik pun akan masuk kelas atau Pasti tu.. sebab nama je... Ibnu Sina bukan takat pandai tambah, tolak dengan darab je, tapi lebih daripada tu. Tau tak injection yang cucuk kat tangan tu? Tu Ibnu Sina la kenalkan... Peta tau peta? Ha... peta pun Ibnu Sina yang lukis...

Krik.... krikkk... krikkk...

Tak lama lepas tu Alisya jerit:
ABANG NI MENIPU JE TAU KAN?!

Guling-guling saya dengan Faris gelak...

Anak-anak saya bukanlah suka membaca sangat... Tapi disebabkan mereka tengok saya suka baca, dan ada pula buku warna-warni yang menarik macam ni, mereka pun suka. Dan kadang-kadang bila mereka dapat debat something yang macam ni memang seronok melayan...

Pendek kata, buku ni pun menarik untuk anak-anak belajar tentang Tokoh-tokoh Islam.

40 Tokoh Islam
Harga asal: RM28.00
Diskaun 50% hingga 9 Mei: RM14.00 saja!
Klik https://goo.gl/OGdY2f
Rugi tak beli...

Labur duit untuk ilmu, insyaAllah takkan rugi... :D

Sharing with love,
Nora Karim :*

Friday, May 06, 2016

Buku Kanak-Kanak: Seronoknya Mengenal Rasulullah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 


Sesi membaca macam ni memang selalunya dalam kereta, masa tunggu abang Faris keluar dari sekolah.

Hari ni ulang balik buku Seronoknya Mengenal Rasulullah SAW. Buku ni antara yang Alisya suka. 
 
Bila baca info no.46, "Rasulullah SAW lebih pemalu daripada seorang gadis." 
  Terus Alisya cakap, "Alisya nak jadi pemalu jugalah... nak jalan tunduk je.. lepas tu cakap pun 'slow-slow' je macam Nabi."

"Habis yang selalu jerit-jerit dengan abang tu apa?" saja saya provok.

"Itu masa main je... kalau tak main cakap perlahan-perlahan la..." jawab Alisya.

"Rasulullah SAW, cakap perlahan tak kira masa tau... Baginda kalau marah pun tak dengar macam marah... sebab Baginda selalu cakap perlahan. Walaupun muka Baginda merah menahan marah, Baginda tetap cakap perlahan tau! Tak tinggi suara pun," kengkonon cuba nak explain lah.

"Mama cuba tengok dalam tu ada tulis Nabi banyak cakap tak?!" soal Alisya.

Eh eh eh.. nak cakap Mama dia banyak cakap la tu!


Apa pun saya just nak beritahu, buku ni bagus untuk kenalkan anak-anak dengan sejarah hidup Rasulullah SAW... ada aktiviti juga di belakang buku ini tau!

Harga diskaun 50% buku ini sekarang hanyalah RM4.75. Berminat boleh klik link ini https://goo.gl/LhGxVu. Diskaun hanya sehingga 9 Mei 2016 ini sahaja...


Banyak lagi pilihan buku yang menarik,
klik di sini https://goo.gl/H5dAsm

Labur duit untuk ilmu, insyaAllah takkan rugi...

Sharing with love,
Nora Karim :*

Sunday, May 01, 2016

Kisah "Abang Kawasan Mekah" - Khalid Al-Walid

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya menonton semula rancangan Al-Kulliyyah tentang Panglima Perang Nombor 1 Islam di Mekah (atau bahasa zaman sekarang, "Abang Kawasan Mekah"), iaitu Khalid Al-Walid. 
 
Allahuakbar, garapan dan penceritaan semula oleh Ustaz Wadi Annuar sangat menusuk hati. Bagaimana seorang HERO Islam yang kekal tenang dan yakin pada kebergantungan dan pertolongan dari Allah dalam setiap peperangan, walaupun jumlah tenteranya jauh lebih sedikit berbanding dengan jumlah tentera musuh. Pun begitu, Khalid Al-Walid tidak pernah sekalipun kalah dalam perang yang dipimpinnya. 
 
Khalid Al-Walid adalah anak kepada seorang jutawan Mekah, ayahnya juga adalah salah seorang Menteri di Mekah. Tetapi Khalid Al-Walid tidak berminat dengan kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya lebih cenderung kepada bidang kepahlawanan. 
 
Khalid Al-Walid adalah seorang Panglima Perang yang paling berani dan paling berkemahiran, yang tidak pernah meninggalkan kuda dan pedangnya selama 30 tahun. Khalid Al-Walid berjaya menundukkan tentera terkuat dunia ketika itu, iaitu tentera Rom, sehinggakan Rasulullah SAW menggelarkan Khalid Al-Walid sebagai "Pedang Allah".

Kata Khalid Al-Walid ketika nazaknya, "seandainya diberikan pilihan kepadaku, untuk bersama dengan pengantin wanita pada malam yang pertama di dalam bilik yang selesa dengan berada di dalam medan pertempuran yang keras pada malam gelap gelita dan sangat sejuk, aku memilih untuk berada bersama pasukan tentera Islam."

Anda boleh tonton Al-Kulliyyah tentang Khalid Al-Walid di sini:

1. Bahagian 1


2.Bahagian 2

Tak sabar saya nak dapatkan Novel Sejarah Islam, Khalid Al-Walid yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Jika anda juga ingin mendapatkan buku tentang Khalid Al-Walid ini,boleh klik pada gambar...

https://goo.gl/wF6Ckf

https://goo.gl/87v2dz

Nota kaki: Ustaz pesan, "jika mahu rasa cinta dan kasih yang dalam pada Rasulullah SAW, kenalilah sahabat-sahabat Baginda..."