Friday, May 06, 2016

Buku Kanak-Kanak: Seronoknya Mengenal Rasulullah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 


Sesi membaca macam ni memang selalunya dalam kereta, masa tunggu abang Faris keluar dari sekolah.

Hari ni ulang balik buku Seronoknya Mengenal Rasulullah SAW. Buku ni antara yang Alisya suka. 
 
Bila baca info no.46, "Rasulullah SAW lebih pemalu daripada seorang gadis." 
  Terus Alisya cakap, "Alisya nak jadi pemalu jugalah... nak jalan tunduk je.. lepas tu cakap pun 'slow-slow' je macam Nabi."

"Habis yang selalu jerit-jerit dengan abang tu apa?" saja saya provok.

"Itu masa main je... kalau tak main cakap perlahan-perlahan la..." jawab Alisya.

"Rasulullah SAW, cakap perlahan tak kira masa tau... Baginda kalau marah pun tak dengar macam marah... sebab Baginda selalu cakap perlahan. Walaupun muka Baginda merah menahan marah, Baginda tetap cakap perlahan tau! Tak tinggi suara pun," kengkonon cuba nak explain lah.

"Mama cuba tengok dalam tu ada tulis Nabi banyak cakap tak?!" soal Alisya.

Eh eh eh.. nak cakap Mama dia banyak cakap la tu!


Apa pun saya just nak beritahu, buku ni bagus untuk kenalkan anak-anak dengan sejarah hidup Rasulullah SAW... ada aktiviti juga di belakang buku ini tau!

Harga diskaun 50% buku ini sekarang hanyalah RM4.75. Berminat boleh klik link ini https://goo.gl/LhGxVu. Diskaun hanya sehingga 9 Mei 2016 ini sahaja...


Banyak lagi pilihan buku yang menarik,
klik di sini https://goo.gl/H5dAsm

Labur duit untuk ilmu, insyaAllah takkan rugi...

Sharing with love,
Nora Karim :*

4 comments:

  1. saya pun ada beli buku macam ni 5 buah, seronok nak membeli lagi untuk anak2

    ReplyDelete
  2. Dah beli buku ni masa gi pesta buku haritu. Kita pon bley baca skali ☺☺

    ReplyDelete
  3. Aduhai! Pandai dia nak mengenakan emaknya semula ya!

    ReplyDelete