Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Jika anda tidak menetap di Selangor, tetapi bercadang untuk bercuti dan membeli-belah di Selangor, pastikan ada membawa woven bag atau recycle bag sendiri. Peniaga dan peruncit di Selangor tidak lagi menyediakan beg plastik untuk barangan yang dibeli. Caj 20 sen akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang digunakan.
Jika sebelum ini, kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' hanya dilakukan pada hari Sabtu, kini ia dilaksanakan SETIAP HARI bermula 1 Januari 2017 di Selangor. Selain beg plastik, bekas makanan polisterin juga tidak dibenarkan.
Woven bag macam ni, masa kerja wartawan dulu banyak dapat... So, saya dah pesan pada encik hubby, "sila bawa balik woven bag yang dapat masa assignment". 😝 |
Apa kelebihan kempen #bebasplastik ini?
- Bijak berbelanja - ajaib rasanya bila kita nak membeli-belah, tapi kita memikirkan recycle bag yang dibawa tak cukup... 😂😂😂 Eh, betul tau, semalam saya membeli-belah di Giant, tapi disebabkan saya hanya membawa tiga recycle bag bersaiz sederhana, maka saya berkira-kira untuk membeli banyak barang. Maklumlah, dalam masa yang sama terfikir juga, baik saya masukkan duit 20 sen tu dalam tabung anak-anak daripada beli beg plastik kan. 😜 Bukan kedekut, tapi iyelah 20 sen tu satu beg plastik, kalau 5 beg plastik kan dah RM1? Tapi Giant ni bijak juga, dia tak jual beg plastik, dia jual recycle bag, berharga RM4.50 ke atas. Nampak tak pandai dia meniagakan?! So, kita sebagai pengguna ni kenalah sentiasa bijak.
- Memupuk rasa tanggungjawab pengguna dan peniaga - kempen ini sebenarnya memerlukan lebih rasa tanggungjawab dari pengguna dan peniaga. Kenapa? Sikap sambil lewa sesetengah pihak yang merasakan kempen ini menyusahkan atau tidak rasa bersalah untuk membayar 20 sen untuk satu beg plastik akan menyebabkan tujuan kempen ini sedikit sebanyak tidak tercapai. Begitu juga jika ada segelintir peniaga yang takut kehilangan pembeli, berikutan perlaksanaan kempen ini. Bak kata orang, mula-mula memang rasa susah... tapi kalau kita dah jadikan amalan, InsyaAllah tak la susah mana pun. Cuma perlu tingkatkan rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap kebersihan bumi.
- Tanpa plastik, jimat minyak - Beg plastik diperbuat daripada bahan petroleum, ia memerlukan berjuta-juta gelen minyak. Sedangkan bahan itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti tujuan pengangkutan dan penghasilan tenaga elektrik.
- Kesedaran untuk menyelamatkan bumi - basically ini adalah sebab utama kempen bebas beg plastik ini dilancarkan. Pengunaan beg plastik yang tidak terkawal sebenarnya memberi 'tekanan' kepada bumi sendiri. Plastik mengambil masa yang lama untuk dilupuskan. Maka jika penggunaannya tidak terkawal, bumi akan menjadi semakin tenat. Selamatkan bumi sekarang untuk menjamin keselesaan generasi akan datang.
Terima dengan positif. 😍 Kempen ini adalah sebahagian dari usaha kita untuk menyelamatkan bumi. Kita mula sekarang, InsyaAllah bumi akan lebih baik untuk generasi akan datang. Jom berikrar!
Ikrar #bebasplastik di laman sesawang http://www.bebasplastik.my/# |
Moga kita menjadi pengguna yang bertanggungjawab pada alam sekitar. Masih ingat cerita penyu yang mati akibat tercekik plastik (kerana menyangka plastik itu obor-obor)? Kesian... 😭 Kita boleh elak dari perkara seperti itu berulangkan?
SALAM JUMAAT NORA..BAGUS KEMPEN NI MENYEDARKAN KITA MENJAGA ALAM SEKITAR DRPD PENCEMARAN BEG PLASTIK YG DIBUANG MERATA...SELANGOR TAMBAH BERSIH DRPD SAMPAH SARAP
ReplyDeletebetul kak... kena positiflah kan... semua benda sepatutnya mula dari kita sendiri...
Deleteye betul, saya pun sentiasa standby recycle bag dalam handbag :D
ReplyDeletekenalah kan... rata-rata tak bagi beg plastik dah...
DeleteTerbaik.
ReplyDeleteMelaka da buat ni.
Tahniaj Selangor...
Masa saya duduk Melaka dulu belum start lagi kan...
Deletesuka sgt kempen ni. harap lepas ni satu negara buat jugak
ReplyDeletekan?! Fikir positif... InsyaAllah Malaysia boleh.. :D
DeleteBagusnya Selangor & Melaka dh buat kempen ni, nanti negeri2 lain bolehla tiru, benda baik apa salahnya kan...hihi
ReplyDeleteBetul tu... kita kenalah berubah untuk membentuk negara yang bersih dan sihatkan...
DeletePoyo.. Kalau dh mata plastik x boleh sediakan la kotak yg berlambak dibuang kt belakang. Nk ikut negara maju tapi benda kemudahan hampeh..
ReplyDeleteAde baik dan ade buruknya. Yg penting rakyat jgk yg terkene. 😭😭
Ada betulnya juga... tapi memang ada sesetengah pasaraya yang menyediakan satu kaunter perkhidmatan kotak bagi mereka yang tak bawa recycle bag. Pengguna boleh ambil kotak tersebut dan masukkan barangan yang telah dibeli. 😄
Deletekempen ni memang bagus tapi satu je tak bagus
ReplyDeletenak plastik kena bayar..tau la dua posen je tapi macam nk niaga plastik je..kata nak kempen tanpa plastik buat la betul2..bayar 50 pun takkan bg plastik..haa cenggitu
dekat kolej hsna ritu pun macm tu jugak..ko offer la nek beli plastik mahal mana pun dia takkan bg..usung la barabng2 tuh..thumb ups lah..tu baru betul nak capai objektif tanpa plastik
eh terbebel plak dah..ampun!
Mula-mula ramai yang belum biasa... lama-lama orang akan alert. 😁
Deletehee~ beli plastik 20 sen JEK-- cane kempen nak berjaya ? tah pape..
ReplyDeleteMula-mula je tu... macam Melaka dulu sama juga... nak plastik kena bayar 2o sen. Tapi lepas dijalankan secara rasmi, tiada lagi plastik dijual. Yang penting kita sendiri la yang kena ada kesedaran tu... 😄
Deletesaya sokong kempen ni walau ada yang mengatakan poyo atau sebagainya...haha
ReplyDeleteini sebenarnya untuk masa depan
kalau rasa nak berbelanja, bawalah beg
bukan diornag tak bagitau. dah berzaman diorang bagitau
kalau dulu sabtu, sekarang hari2
so latih diri sendiri tu dulu sebelum menunding jari
just my 2 cents
Betul Yana... akak setuju. Fikir positif... sebenarnya secara tak langsung, kita boleh kawal perbelanjaan kita, berdasarkan beg yang kita bawa... 😅
DeleteNiatnya murni tapi kena precise kan pelaksanaannya. Hehehe. Tapi saya setuju sahaja. Cuna didik diri untuk tidak gunakan plastik. Dan tidak beli plastik yang dijual. Setuju juga dengan pendapat diatas untuk sediakan beg kertas atau kotak. Yang penting, jangan guna plastik bukan jika hendak guna plastik kena bayar.
ReplyDeleteSebab baru lagi dilaksanakan.. so, memang perlu ada plastik berbayar. Macam di Melaka dulu. Tapi once orang dah biasa, tiada lagi plastik dibekalkan...
DeleteKempen yang bagus... Latih diri lebih berdisiplin...
ReplyDeleteBetul... setuju.
Deletedi Sabah belum bermula..masih lagi ada penggunaan plastik bag
ReplyDeleteInsyaAllah one day... 😀
DeleteWalaupun dah tau sekarang ni supermarket tak sediakan beg plastik tp asyik lupa je nak bawak beg dari rumah. Dah sampai kaunter cashier baru teringat.
ReplyDeleteSamalah kita Okje... la ni memang letak dalam kereta, so kalau nak beli barang capai je...
Deletesetuju..demi kesejahteraan bumi kita untuk anak2 kita nnti..kecian bumi kita..:'(
ReplyDeletebetul sangat tu... demi masa depan anak-anak...
Deletenak tambah komen.
ReplyDeletemcm melaka, da tak jual beg plastik.
da setahun kan tanpa plastik di melaka.
da ada paper bag provided.
ada plastik biodgradebel (ejaan salah tu).
kalau jual plastik jugak 20sen, takkan ke mana.
org duit byk dia beli aje plastik tu.
camne kempen nak berjaya.
so, mcm melaka, now da ok.
so sesuatu tu pada awal mesti susah dan menyusahkan.
da merasa tau !
but now. ok.
betul aida... mulamula je kita rasa macam susah.. tapi bila kita dah set mind, semuanya jadi mudah... nak dengan tak nak je...
Deleteapa-apa pun, mulalah dengan diri kita...
mula-mula mmg ssh sikit nk ikut..tp lama kelamaan akn mjdi biasa..lg pon utk kbaikan msa depan jga kan..
ReplyDeleteBetul tu Lya...
DeleteSejak 1hb tu, saya dah letakkan recycle bag kat dlm semua bag (handbeg) or beg laptop dan dlm kereta sy dan kereta en.suami.. in case kalau tetiba nak gi beli brg, senang recycle bag dah siap tersedia sepanjang masa...
ReplyDeleteBetul... saya pun sama... semua handbag dan kereta dah standby woven bag... 😅
DeleteSaya suka sgt bila kerajaan selangor haramkan plastik bag, kalau nak plastik kene bayar 20 sen.. betul ckp akak, benda ni blh ajar kite utk berjimat.. 20 sen tu sikit tapi kalau banyak2 20 sen dah diguna, banyak tu....
ReplyDeleteSemuanya bermula dengan kita... kalau nak generasi berikutnya rasa apa yangkita rasa sekarang, maka kita yang kena berubah... kan?!
Delete