Saturday, May 27, 2017

5 Menu Sahur Pembuka Selera

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 1 Ramadan,

Siapa yang ada masalah nak makan sahur? Rasa susah nak makan sebab awal pagikan. Tapi kalau tak sahur pun tak boleh juga. Karang masuk tengah hari perut dah mula keroncong.  

Saya nak share, lima resipi mudah pembangkit selera ketika sahur kegemaran saya. Paling saya suka tempoyak goreng tu... Resipi arwah Mak saya. Kalau ada lauk simple macam ni, InsyaAllah berselera la juga untuk makan sahur. Buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara.


Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Bahan-bahannya:
4 genggam ikan bilis - tumbuk
4 biji bawang besar - tumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
5 sudu besar pes cili padi
Sedikit minyak untuk memasak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan ikan bilis, bawang besar, bawang putih dan pes cili padi ke dalam kuali. Pastikan bahan-bahan tersebut sedikit acup atau tenggelam dalam minyak.
3. Gaul dan kacau sehingga sebati.
4. Masak sehingga berbuih. Ikan bilis telah masak atau garing dengan sempurna jika mula berbuih.
5. Bila dah berbuih kacau lagi dalam 5 -10 minit.
6. Tutup api dan toskan minyak yang berlebihan.
7. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dimakan.


Sambal Tempoyak Goreng


Bahan-bahannya:
10 sudu besar tempoyak
2 biji bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput ikan bilis - tumbuk
3 sudu besar pes cili padi
1 batang serai – dititik

Cara memasak:
1. Gaulkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis bersama tempoyak serta pes cili padi, hingga sebati.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang digaul tadi bersama serai.
3. Masak sehingga tempoyak bertukar warna seperti dalam gambar.
4. Sedia untuk dihidang.


Sambal Belimbing Kicap

Bahan-bahannya:
4 genggam ikan bilis - tumbuk
4 genggam belimbing buluh – rebus dan tumbuk
3 biji bawang besar - tumbuk
4 sudu besar pes cili padi
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Rebus belimbing buluh dalam 5 minit. Biarkan sejuk sedikit. Kemudian kisar atau tumbuk.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana.
3. Masukkan belimbing buluh, ikan bilis, bawang besar dan pes cili padi. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan kicap manis (ikut selera masing-masing banyak mana). Masukkan juga garam dan gula jika perlu. Kacau lagi.
5. Masak sehingga agak kering. Angkat dan tos. Sedia untuk dihidang.


Kentang dan Ikan Bilis Sira


Bahan-bahannya:
5 biji kentang
1 genggam ikan bilis
2 sudu besar pes cili kering
3 sudu kecil gula melaka/gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Buang kulit kentang dan hiris nipis (pakai pengupas kulit buah tu). Rendam dalam air garam sekejap, cuci dan tos.
2. Goreng kentang dan ikan bilis berasingan. Ketepikan.
3. Tumis pes cili kering dan gula melaka sehingga naik minyak.
4. Dah naik minyak, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
5. Dah sejuk, gaulkan kentang dan ikan bilis goreng tadi sehingga sebati. Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.


Tempe Sira

Bahan-bahannya:
2 bungkus tempe
Sedikit ikan bilis
2 sudu besar pes cili kering
3 sudu kecil gula melaka/gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

1. Goreng tempe dan ikan bilis berasingan dan ketepikan.
2. Tumis pes cili kering dan gula melaka sehingga naik minyak.
3. Dah naik minyak, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
4. Dah sejuk masukkan tempe dan ikan bilis. Gaul sebati.
5. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dimakan.
 
Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua. Moga Allah berkati setiap amalan kita di bulan yang mulia ini.

Suka masak simple-simple je.


https://goo.gl/BHKvi5
Harga Buku: RM22.00
Klik untuk menempah

17 comments:

  1. Replies
    1. Memang sedap makan dengan nasi panas-panas... hehehe

      Delete
  2. omaigad semua sedap2..semua feveret kuuu

    ReplyDelete
  3. Masyallah, terima kasih bagi idea siap kongsi resepi sekali! Lima2 tu kesukaan sy. Boleh la try buat nanti. Tq.

    ReplyDelete
  4. sedapnya.... mmg pembuka selera... tp dana nih sejak dh makin tua, takmo pedas2 time sahur... prt jns tak tahan...

    tp yg kentang kicap tu menggodanya

    ReplyDelete
  5. kelima-limanya sedap.. memang mampu membangkitkan selera diwaktu pagi..

    ReplyDelete
  6. Memang betul2 pembuka selera ni. Boleh segar mata di buatnya. Bau je pun dah tak tahan.

    ReplyDelete
  7. Selamat berpuasa... Sambal ikan bilis tumbuk tu memang membuka selera Ros masa bulan Ramadhan ni.

    ReplyDelete
  8. sedap2 tu..tempoyak masal camtu tak pernah try lg tu..cam menarik je... :)

    ReplyDelete
  9. menggoda sungguh tengok gambar2 tu masa tgh posa..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah setakat ni sahur tade lagi malas-malas nak bangun..masih konsisten untuk kutip pahala sahur jugak..hihi

    ReplyDelete
  11. Yang simple macam ni memang pembuka selera sangat. Cuma my anak-anak especially si kakak, kena ada kuah. Kalau masak sambal kena letak gak air. Kalau tak nanti die korek la sampau ke dasar pinggan/mangkuk sebab semata-mata nak kan kuah. Agaknya tak leh telan kot. Sangkut kat tekak..kalau takde kuah. HAHAH!

    ReplyDelete
  12. Sahur tak makan nasilah NK. Makan apa yg ada je kekdahnya. Ini pun berat mcm maintain, tak taulah kalau sahur dgn lauk lauk camtu, harus jadi tambah berat haha....

    Mcm okje boleh je makan sambal pagi pagi ni, tp roomate tak boleh, sakit perut penyudahnya makan kurma jerlah haha...

    ReplyDelete
  13. perrghhh semua sedap kak kn plak ngan nasi panasssss

    ReplyDelete