Thursday, May 25, 2017

Beza Perwatakan Anak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Isnin lepas, balik dari mengaji Faris beritahu saya bulan puasa nanti nak pergi masjid hari-hari.



Saya: InsyaAllah, cuti sekolah panjang bolehlah solat Terawih dekat masjid. Faris dengan Alisya pun dah besar. Sebelum ni Mama Terawih dekat rumah je.

Faris: Er... kawan Ayies cakap, bulan puasa dekat masjid ada BANYAK MAKANAN! Boleh makan banyak-banyak. Sampai kenyang!

😱😱😱

Saya: La... Mama ingat nak solat Terawih berjemaah. Makan yang difikirnya?

😂😂😂

Sebelum ni saya pernah tanya, "mana best?! Mengaji dengan Mama ke mengaji dengan Ustazah?"

Faris jawab, "mestilah mengaji dengan Ustazah, sebab ada MAKANAN"

Saya tak tahu pula dekat kelas mengaji tu ada makanan. Patutlah bila saya suruh makan dulu sebelum pergi mengaji dia tak nak. Rupanya ada kudap-kudapan. Balik dari mengaji baru dia makan nasi.

Tapi ok jugalah, kalau mengaji dengan saya tak boleh marah sikit, berjurai-jurai air mata. Lepas tu cuti berminggu-minggu sebab kena marah!

😅😅😅


Perwatakan Faris dan Alisya sangat berbeza. Betullah cakap orang, ramai mana pun anak, bukan semuanya serupa, biarpun keluarnya dari rahim yang sama.

Faris orangnya lembut, jiwanya sensitif.

Alisya orangnya garang, jiwanya tegas.

Faris jenis yang sempoi, lurus, dia malas fikir yang rumit.

Alisya jenis yang berwawasan, rajin fikir (mungkin sebab dia suka baca buku).

Kalau nak fahamkan Faris, kena lukis... sebab dia jenis visualize.

Kalau nak fahamkan Alisya, boleh cakap je sebab dia pendengar yang baik.

Faris kalau borak dengan dia, jangan fikir akan sampai matlamat cerita. Sebab dia kurang fokus, sebaliknya banyak soalan-soalan yang tak berkenaan dia akan tanya.

Sebaliknya kalau borak dengan Alisya, matlamat cerita tu InsyaAllah sampai. Sebab dia fokus. Dia tanya soalan, tapi soalan tu memang berkaitan.

Bagi Faris terapi untuknya adalah makanan, origami, Lego (atau apa-apa mainan yang boleh dibina/dipasang) dan komik.

Terapi untuk Alisya pula adalah buku cerita, buku nota dan pen/pensil sebab dia suka melukis dan menulis nota, selain minat utamanya membaca.

Nampak tak? Sangat berbezakan? Anak-anak anda bagaimana? Disebabkan perbezaan sifat dan perwatakan inilah yang menjadikan ibu bapa perlu peka dalam memastikan emosi anak-anak terjaga. Jangan sampai ada yang rasa seperti disisihkan.

Nora Karim
Seorang yang pemalu. Siapa percaya? 

* Faris 10 tahun : Alisya 7 tahun *



https://goo.gl/JzYaNV

9 comments:

  1. Ok juga tu ,asalkan dia rajin ke masjid ,dah terbaik tu.
    Biasalah lain anak lain perangainya.Akak ni ada 5 anak semua berbeza perangai apatah lagi anak perempuan dan lelaki .Yang lebihkurang sama perangai nya 3 dari mereka sama pendiam.

    ReplyDelete
  2. Anak makchaq 5 orang, semua berbeza watak dan perangai, tapi ada la jugak persamaannya...
    Tapi yg sulung paling manja.. walaupun lelaki..

    ReplyDelete
  3. agk nyer anak sulung mmg begitu sifatnya kan... sm mcm sy... hehehe

    ReplyDelete
  4. ooo g masjid sbb mknn yaaa hahaha

    ReplyDelete
  5. betul lah tu, mana ada adik badik yg sama perangainya.. klu ada pun mungkin skit je, yg lain2 tuh lain jgk...

    pandai si faris... nk pi terawih sbb banyak makanan heheheh

    ReplyDelete
  6. Memang betul tu, Nora. Walaupun dua aje anak, perwatakannya berbeza. Macam saya juga, dua-dua anak lelaki tapi sikap mereka memang macam langit dan bumi. Yang sulung tu more sensitive tapi si kecil lebih lasak. Abang suka terperuk, si adik suka aktiviti luar. Itu yang menceriakan hari kita sebagai ibukan!

    ReplyDelete
  7. setiap orang x sama.. hehee.. biasa la tuh.. bila dah mula nak nampak perwatakan melalui character develop..

    ReplyDelete
  8. Samalah dengan Sha.. walaupun kedua-duanya perempuan tapi perangai dan karekter mereka berbeza sangat.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Apa apapun makanan dulu...hahaha

    Haah betul betul berbeza dua dua ni..layanan pon kenalah sesuai dengan sikap masing masing kan =)

    ReplyDelete