Sunday, May 07, 2017

PBAKL, Hari Ni 'Last Day'!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam, dalam keadaan encik suami dan Faris demam, (saya pun dah mula rasa nak demam) gagah ajak semua pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC.

Hari ni, 'last day' PBAKL. Saya takut kalau tangguh lagi maknanya tak merasalah saya pergi PBAKL tahun ni. Sepatutnya saya pergi Khamis lepas, tapi sebab encik suami demam, maka tertangguhlah...

Kenapa beriya sangat nak pergi PBAKL?
1. Sebab harga yang ditawarkan benar-benar harga runtuh! Bagi peminat buku macam saya, inilah peluang nak beli banyak buku dengan harga tak masuk akal!

2. Siapa yang nak jumpa penulis buku, nak dapatkan autograf dan berswafoto pun boleh dapatkan ketika di PBAKL.

3. Masa ni juga kita boleh lihat semakin banyak penerbit buku baru yang muncul, secara tak langsung banyak buku baru dengan gaya penulisan baru dipromosikan. Jadi bolehlah kita pelbagaikan bahan bacaankan?

Kali ni, saya dah senaraikan buku yang saya nak beli dan dapat beli hampir semua buku yang saya nak. Kalau kira harga asalnya, buku yang saya nak beli harganya dalam RM300 lebih. (Gigih simpan duit nak beli buku dari bulan lepas)

Tapi disebabkan harga tak masuk akal tu saya dapat beli 12 buah buku dengan harga RM184.50 sahaja. Harga asal bagi 12 buku ni lebih kurang RM270. Banyakkan saya jimat?!

12 buah buku saya dapat beli
dari 15 buah yang saya senaraikan.
Alisya beli ni je, sebab dia kata dah dapat
banyak buku yang saya beli dari PK Bundle.
Ini buku encik suami saya. Dia memang suka
baca buku biografi macam ni... 

'Last call' untuk peminat buku... hari ni hari akhir PBAKL. Jangan lepaskan peluang beli buku banyak-banyak dengan harga murah tau!

Melabur duit untuk buku, InsyaAllah tak rugi...


Nora Karim
Peminat buku

13 comments:

  1. tahun ni saya xdpt pegi..sedihnya..

    ReplyDelete
  2. Buku jack ma beli dekat bahagian mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo peminat buku biografi juga yea? Buku Jack Ma ada di reruai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Tingkat 1 kalau tak silap.

      Delete
  3. Cakar ayam seorang doktor dah ada yang versi 3 rupanya.. bestnyaaa pergi pesta buku. Siqah memang kena tunggu buku pilihan ada kat kedai buku jela nampaknya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah tu la... Saya yang nombor 2 belum habis baca. Saya kalau nak beli di kedai buku pun beli yang ada member diskaun... hehehe

      Delete
  4. Nak pergi tapi tuhlah x sanggup nak bersesak..ramai org..hehe..tapi memang jimat betul..dapat 12 buku dengan hrga 184 ringgit jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesak la... saya pergi hujung-hujung pula tu. Memang mendapat la. Huhuhu

      Delete
  5. puas hati dpt memborong buku yek kak...

    untung dpt pegi, thn ni mmg tak kesempatan betul nk pg... huhuhu jadual penuah aje

    ReplyDelete
  6. Saya tahu tentang pesta buku ni tapi dek kerana dah lama tak membaca buku, memang takdalah nak mengumpul koleksi baru. Banyak untungnya kalau beli buku waktu ni. Memang dapat harga murah,murah sungguh. Sesuai sangat untuk pengumpul buku dan penggemar buku novel untuk tambah koleksi.

    ReplyDelete
  7. Dalam banyak2 buku akak tu, saya ada Selembut Hati Rasulullah je. Tu pun bukan beli masa kat PBAKL haritu beli online je. Dpt harga murah jgk masa beli tu. Hehe :D

    ReplyDelete
  8. lebih banyak membaca lebih banyak ilmu yang kita dapat

    ReplyDelete
  9. tp thn ni sy rs krg meriah laa kak... kwn2 pn ckp mcm tu...

    ReplyDelete