Monday, June 19, 2017

Bicara Dengan Anak: Kaabah Ada Dua

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Bagaimana agaknya puasa kita selama 24 hari ni. Moga puasa dan amalan-amalan kita sepanjang Ramadan diterima Allah. InsyaAllah, Amin... Sedih pula bila Ramadan semakin meninggalkan kita.

Ni saya nak kongsikan perbualan saya dengan Adam Faris tentang Kaabah. Satu pagi selepas sahur, Faris tanya saya...



Faris: Mama, Kaabah ada satu je kan?

Saya: Kaabah ada dua.

Faris: Aik, satu je la Mama... Yang ni kan. Yang Abah pergi hari tu... (sambil tunjuk gambar Kaabah yang ada di ruang tamu, rumah pusaka arwah Mak dan Ayah saya)

Saya: Ada dua. Satu dekat bumi. Dekat Mekah. Yang nilah (tunjuk gambar yang sama) Satu lagi dekat langit.



Faris: (hahahahaha) Kelakar la Mama ni. Macam mana orang nak pergi Kaabah yang dekat langit tu?!? Kena naik pakai baju angkasawan agaknya...

Bersungguh dia gelak, ingat saya buat lawak. Saya sengih je...

Saya: Siapa kata Kaabah dekat langit tu untuk manusia?

Faris: Dah, habis tu untuk siapa?

Saya: Kaabah dekat langit tu untuk Malaikat. Namanya Baitul Makmur. Yang ni dipanggil Baitullah.

Faris: Malaikat pun kena pusing-pusing? (baca sebagai Tawaf).

Saya: Ha ah. Sama je macam kita Tawaf tu.

Faris: Kenapa Malaikat pun kena pusing-pusing? 

Saya: Selagi belum Kiamat, selagi tu la Malaikat akan Tawaf. Sama je macam kita.

Faris: Ramai ke Malaikat pusing-pusing?


Masa sekolah Tadika di Melaka dulu Faris pernah buat lakonan Tawaf Kaabah. Dia ingat sampai sekarang.

Saya: Yang Mama baca, sehari ada 70,000 Malaikat akan Tawaf dekat Baitul Makmur dalam SEHARI.

Faris: SEHARI? Betul ke Mama ni? Ramai betul!

Saya: Ye sehari 70,000 Malaikat. 70,000 Malaikat yang dah Tawaf hari ni, takkan datang dah esok. Esoknya 70,000 Malaikat lain. Esok lagi 70,000 lagi Malaikat lain. Subhanallah... Hebat Allah!

Faris: Biar betul! Takkan ramai macam tu?

Saya: Wallahua'lam... tapi itulah yang Mama baca. Kalau ikut ceramah Ustaz Wadi Annuar pula, contohlah kalau ada orang meninggal dunia, nanti turun Malaikat dengan pasukan dia yang ramai untuk uruskan jenazah tu... kalau orang yang meninggal tu baik, Malaikat dengan pasukan tu akan bawa wangian dari Syurga. Kalau orang yang meninggal tu tak baik Malaikat akan bawa bau busuk dari Neraka... Na'uzubillahi min zalik...

Faris: Takkanlah, biasa kalau orang meninggal, oranglah yang uruskan. Ada ke Malaikat?

Saya: Manusia uruskan jasad... itulah yang kita nampak bila orang meninggal, kita mandikan, kita kafankan, kita solatkan, kita kebumikan. Tapi Malaikat yang ramai turun tu, uruskan roh orang yang meninggal tu...

Faris: Ooo patutlah dalam cerita Ultraman tu... bla... bla... bla... bla...

Mama dia tak sanggup nak dengar. Ada ke dia kaitkan dengan Ultraman! Allah! Dan soalan terus-menerus dari Faris... sampai ke sudah... yang pasti semuanya pasal imaginasi dia. Sampai masuk macam-macam superhero bagai. Saya pula yang pening. Sabar je lah! 

Saya: Ok... dah la tu. Pergi Subuh, lepas tu tidur! 


Faris kalau tanya soalan memang tak boleh fokus, sampai Mamanya pun jadi tak fokus.

5 comments:

  1. saya baru tau pasal ni..kena research ni :)

    ReplyDelete
  2. Haha....bijak Faris ni.
    Terima kasih NK atas infonya. Faris, aunty pun baru tau yg kaabah sebenarnya ada dua haha...mmg tak senonoh sungguh aunty ni kan.... Tulah rajin sangat membaca!

    Nasiblah Faris dpt mama yg suka membaca, bolehlah jugak menjawab soklan soklan cepumas dia...


    ReplyDelete
  3. makin bijak faris ni.. jenuh nk menjawab hehe

    ReplyDelete
  4. Sama la...saya pun baru tahu...teruja pulak bila baca entry ni...new knowledge for me =)

    ReplyDelete
  5. hehehe apahal ada ultraman plak tu aduhhh faris faris ;-)

    ReplyDelete