Sunday, January 28, 2018

Ibubapa, Jom Jadi Pendengar Yang Baik

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

27 Januari. Jam 6.55 petang.

Belum pun sempat saya masuk ke dalam rumah...

"Mama ada beli minyak Asmak tak? Ayies dah batuk makin teruk ni..." kata Faris. Sekali-sekala terdengar batuknya.

"Ma, tadi seronok Ma kelas tarian Alisya. Tengok ni, cikgu ajar macam ni," sambil tunjukkan step tarian Inang dan Zapin, yang baru diajar oleh gurunya di sekolah.

Bukan main seronok, jadi antara yang terpilih.

Allahuakbar, berebut-rebut Faris dan Alisya nak cerita apa yang berlaku pada mereka hari ini.

Kepala saya sakit. Barangkali banyak input yang saya terima dari bengkel penulisan yang saya sertai.

Dah nama bengkel penulisan, kenalah menulis 😅

Atau mungkin juga kerana menghadap kesesakan lalu lintas di MRR2 dalam perjalanan balik tadi.

Faris dah ambil tempat di hadapan TV. Menyambung tontonannya yang tergendala, kerana menyambut saya yang baru pulang.

Alisya terus membontoti saya. Saya ke dapur, ikut. Saya ke bilik, ikut. Saya masuk bilik air, dia siap pesan jangan lama-lama sebab hendak sambung tunjuk step tariannya.


Saya solat Maghrib, dia tunggu. Elok saya beri salam, terus menderu-deru cerita sehariannya di sekolah diceritakan kepada saya.

Menghadiri bengkel dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang cukup memenatkan.

Otak letih.

Badan lesu.

Kalau boleh rasa nak berkurung dalam bilik. Kunci. Rehat.

Tapi...

Sedaya upaya saya mendengar dengan tekun cerita anak-anak. Menunjukkan rasa teruja dan simpati. Memuji dan memujuk mana yang perlu.

Tuan Speaker, Zamri Mohamad.

Selesai semua cerita, Alisya tanya...

"Kelas Mama tadi best ke?"

Saya senyum.

Angguk.

Sambil sapu minyak angin di dahi.

"Mesti Mama penatkan? Kenapa Mama tak rehat dulu baru cakap dengan Alisya. Alisya turun bawahlah," katanya setelah selesai ceritakan semua aktivitinya di sekolah tadi.

Lalu, adalah sedikit ruang saya memicit kepala.


Luang masa dengar cerita anak, biarpun penat. Cerita mereka umpama berita terkini. Jika disuruh cerita 'nanti'. Cerita itu sudah pun basi...

12 comments:

  1. Cute Alysha, sangat memahami ibunyer.. Faris pun dah besar yer..

    ReplyDelete
  2. walaupun teruja nak bercerita tapi dia peka jugak situasi ibunya... anak yg bijak.

    ReplyDelete
  3. hehehehe
    betul lah tu
    nanti kalau xdengar diorang ingat diorang tak disayangi pula
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Dengarlah cerita mereka kan...
    Saya salute kakak dan ibu - ibu lain yang sentiasa prihatin mendengar kisah anak - anak begini. Dan Alisya adi prihatin juga atas didikan ayah dan mamanya. Tak begitu?
    Moga baik - baik sahaja buat kak Nora sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Betul yg ni paling betul..anak2 suka bercerita..tambah2 kalau perempuan semua benda dia nk bagitau kita tak tahu kita ni penat ke apa..tp klu anak lelaki makin besar macam kurang cerita..anak2 sy la.haha..

    ReplyDelete
  6. gitewlah ragam anak2... bila kita balik keje semua nak bercerita, walaupun penat kita kena dengar jugak.. Wajib!

    ReplyDelete
  7. betul tu... tu laa cara mereka melepaskan rs hati atau bahasa lain, minta perhatian

    ReplyDelete
  8. Hana yg dah remaja ni pun still terasa hati bila parents macam tk nak dengar celoteh Hana.. apatah lagi budak2 ^^ heheh :3

    ReplyDelete
  9. bagus nya anak anak bercerita..berkongsi cerita

    ReplyDelete
  10. ya betul tu, nak galakkan anak.banyak bercerita kita yang kene umpan dengan mulakan bercerita, tumpukan perhatian sepenuhnya pada mereka

    ReplyDelete