Thursday, July 12, 2018

Jaga Lidah, Jaga Hati

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Allah...

Sungguh, diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

Sungguh, kita yang bernama manusia ini selalu terlupa mengapa Allah kurniakan mulut kepada kita.

Teringat pada salah satu ceramah Ustaz Wadi Annuar yang saya dengar, "Allah kurniakan kita mulut untuk apa? Supaya sentiasa berzikir dan membaca serta memahami ayat-ayatNya."

Kita sebenarnya tidak akan pernah perasan, apa jua perkataan yang keluar dari mulut kita setiap hari. Mungkin ada perkataan-perkataan kita yang akan menyebabkan hati seseorang terguris.

K.O.M.U.N.I.K.A.S.I

Nampak mudah tapi jika tidak kena cara dan tertibnya, mungkin mengakibatkan kemudaratan.

Ada beberapa tertib atau perkara yang boleh diambil kira sebelum dan ketika  berkomunikasi:

1. Fikir: fikir dan tapislah terlebih dahulu perkataan sebelum kita mulakan bicara. Percakapan atau soalan yang bertalu-talu akan menyebabkan kita sendiri tidak sedar akan perkataan-perkataan yang dituturkan, sama ada ia relevan atau akan menyakiti hati orang lain.

2. Face to face/private: jika merasakan sesuatu perkara yang hendak diperkatakan itu terlalu sensitif dan personal, maka bertanyalah secara face to face/private. Janganlah sengaja ditanyakan secara umum, kerana khuatir apa yang akan ditanya itu akan mendatangkan aib.

3. Bahasa tubuh: pekalah dengan bahasa tubuh orang yang sedang berbual dengan kita. Lihat sama ada dia selesa atau tidak selesa sepanjang perbualan. Jangan tanya perkara yang boleh menjadikan dia tidak selesa atau tidak suka.

4. Berhenti: berhentilah bercakap jika merasakan kita sudah tersasar jauh daripada apa yang sepatutnya. Jangan ditambah "pelbagai perasa" demi memuaskan hati kita sendiri.

5. Maaf: segeralah memohon maaf apabila tersedar bahawa percakapan kita telah mengguris hati seseorang. Maaf dan jangan ulangi lagi.

Dua perkara yang paling bahaya dalam komunikasi, iaitulah gurauan dan sindiran. Ia nampak remeh tapi meninggalkan kesan yang mendalam pada hati seseorang.

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau – kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja”


Lidah, sesungguhnya anggota yang paling sukar untuk dijaga.

14 comments:

  1. semakin menua ni i think diri da semakin berjaya mengawal sikit perkataan2 yg nak disebut. CT percaya.. kita adalah reflection kata2 kita jadi kalo baik bicara baikla kalo sebaliknya jadi sebaliknyala =)

    ReplyDelete
  2. betul...gurauan dan sindiran itu bahaya..kebanyakkan orang jadikan gurauan atau sindiran cara melepas apa yang terbuku dihati..

    ReplyDelete
  3. betul tu... sbb tu org selalu kata klu tgh marah lbh baik diam.... sbb takut kata2 yg keluar dr mlt bila tgh marah... mengguriskan hati org lain

    ReplyDelete
  4. Agreed kakak. Saya setuju bila marah, baik diam jika itu lebih baik. Sentiasa pupuk perasaan utk sentiasa bersangka baik Dan jika marah jangan terlalu lama.

    Teringat jumpa Kak Nora kat opis ari tu. Aceli nk borak panjang tp ada hal... Huhuhu

    ReplyDelete
  5. Agreed. Rasulullah pun ajar sama kan, sama ada diam atau berkata baik.. kadang tu nak je lepas, tapi tu la, diam lebih baik <3

    ReplyDelete
  6. Jaga Lidah Jaga Hati...
    Betul2...

    Done Follow...
    http://paanhealersblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. betul tu :)

    ejulz follow sini.. harap sudi follow blog ejulz yg x seberapa :)

    ReplyDelete
  8. Blogwalking here! Such a nice entry and reminder to myself also. 😍

    ReplyDelete
  9. agreed! tapi selalu payah kan..

    salam dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  10. Risau sangat andai gurauan kita terlanjur hingga menyakitkan hati orang lain padahal tak sengaja.. LZ kena berhati2 dalam hal ini.. Lisan juga melambangkan keperibadian kita..

    ReplyDelete
  11. Peringatan untuk diri saya sendiri...terima kasih atas ingatan dan perkongsian...

    Salam perkenalan linda.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Yelah NK.... kalau dah bercakap mmg susah nak berhenti lebih lebih lagi dengan kawan. Takut jugak gurau kita mengguris hati mereka tanpa kita sedar...

    ReplyDelete