Wednesday, January 16, 2019

Tulis Planner, Urus Tekanan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


"Aku beli planner baru ni, tapi tak pakai pun. Masa beli bukan main 'excited'. Bila dah ada depan mata, tak tahu nak tulis apa. Rugi je, dahlah mahal juga harganya," adu seorang rakan. 

"Kenapa tak tulis ?" tanya saya.

"Entahlah, dia punya isi tu macam tak ngam dengan apa yang aku nak tulis. Ada 'mood tracker' la... 'cash flow' la... bajet itu ini. Benda-benda tu bukan kita pakai sangat pun," jawabnya seolah kesal membeli planner.

Ramai sebenarnya yang beli planner. 

Tapi kosong sampai ke hujung tahun. 

Betul juga, sebab planner yang dah siap bercetak ni, kadang-kadang apa yang kita tak nak, ada dalam tu. Tapi kalau saya, saya gunakan je semua, ubah ikut kesesuaian saya.

Hari ni dah 16 Januari. 

Pada mereka yang dah ada planner tapi tak pasti nak gunakan macam mana, sempat lagi nak isi. 

Jom saya kongsi bagaimana saya menggunakan planner yang telah siap bercetak:

1. Pen: saya gunakan pen berwarna biru (catatan semasa), hitam (saya gunakan untuk 'tick' saja) dan merah (catatan penting). Contohnya: jika Faris atau Alisya perlu membawa barang untuk keperluan subjek tertentu minggu berikutnya, saya akan gunakan pen berwarna merah.



2. 'Correction tape': dulu zaman saya guna 'liquid paper', sekarang 'correction tape'. Ini wajib ada, mana tahu tersilap tarikh ke salah tulis ke. Saya gunakannya juga untuk 'adjust' apa yang saya nak ada dalam planner saya. Contoh: saya tak perlukan 'cash flow box', dan saya tukarkan kepada 'FB/Blog Update'.


3. Klip kertas: saya gunakan klip kertas untuk menandakan paparan bulanan (monthly view). Mudah dan cepat kalau saya perlu tandakan apa-apa yang penting pada bulan dan tarikh tertentu. Tak perlulah nak selak-selak setiap kali nak ke paparan bulan lain.


4. 'Washi tape': saya gunakan 'washi tape' untuk perkara berulang dalam minggu tersebut. Contoh: Ujian pertengahan tahun sekolah, lima hari bermula 13 Mei - 17 Mei, maka saya akan lekat 'washi tape' sepanjang minggu tersebut. Dengan 'washi tape' anda tak perlu tulis 'ujian pertengahan tahun' berulang kali.



5. Pelekat dan 'sticky notes': kalau jumpa pelekat-pelekat comel dekat kedai buku, saya akan beli dan gunakan bila perlu. Sajalah nak naikkan 'mood' menconteng dalam planner. 'Sticky notes' pula, saya gunakan jika tidak cukup ruang tetapi ada maklumat tambahan pada satu-satu tarikh yang sama.



6. 'Brush marker': saya gunakan untuk 'highlight'kan perkara-perkara yang penting macam tarikh-tarikh kelas tambahan Faris. Boleh juga digunakan untuk mewarna lukisan yang disediakan dalam planner ini.



7. Gam dan gunting: Saya gunakan gam dan gunting untuk melekatkan memo yang saya terima dari sekolah. Memo tersebut akan dilekatkan di antara minggu perkara (event) itu akan berlaku. Jadi saya boleh rujuk terus.

Dan perkara yang paling penting, balut planner anda. Planner yang dibalut kemas, insyaAllah tidak mudah rosak. Maklumlah kita nak pakai setahunkan.

Apa kelebihan menulis planner?
1. Mengatur aktiviti harian 
2. Mengurus masa 
3. Meningkatkan produktiviti 
4. Mengurus tekanan 
5. Habit dan ibadah tracking
6. Buat kenang-kenangan


Nora Karim
Planner, pembantu kanan saya. 

12 comments:

  1. last year diy planner. skrg pun ada lg🤣 tak tersentuh pun. semua apa apa save kat phone

    ReplyDelete
  2. kita pun banyak planner org bagi free..xterguna gak..hehe

    ReplyDelete
  3. Wow.. Terima kasih untuk perkongsian.. Pada Sha ini sangat-sangat membantu.. Sha memang ada beli Planner dan juga dihadiahkan Planner (buku fizikal) tapi masih lagi beli Planner dalam bentuk PDF dan print yang Sha nak guna je.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. cayalah kak! harap2 penuh smpi hujung tahun... sy thn ni x buat planner tp lbh kpd list perbelanjaan harian, duit keluar msk dan simpan segala resit mesit hahahaha. sblm ni x penah buat tp thn ni baru dapat hidayah heheh

    ReplyDelete
  5. Ada jugak...Insya Allah tahun ni nak guna sepenuhnya ruang dalam planner

    ReplyDelete
  6. pernah beli planner beberapa kali awal2 je rajin lps tu sunyi... n skrg dh tak pernah beli lg...
    jiwa pemalas ni dh tak serajin dulu, masa ke sekolah menengah dulu suka menulis .. ada diary skrg ni... ke laut

    ReplyDelete
  7. Menarik saya tengok planner ni ..tahniah dapat atur perancangan melalui planner ini

    ReplyDelete
  8. waa..hebatnya..planner saya huduh je. malu nak share. salah potong je. hehe

    ReplyDelete
  9. Cantiknya.. jeles dengan org blh istiqamah buat planner ni. Saya bertahan awal2 tahun je.pastu ntah kemana.. tahun ni punya planner jd diari pulak, bnyk tulis apa y dah dibuat, bukan yang di plan. Huhu

    ReplyDelete
  10. setiap tahun beli planner dan sangat berguna.

    ReplyDelete
  11. aida ada planner dah. da beli end of last year.
    masih kosong!!! ha ha ha ha :)
    sgt la tak reti nak isi planner.
    time keje, planner semua isi tentang hal2 keje.
    now tak keje, mcm xde pe nak diisi :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  12. suka tengok orang yang organized planner. comel2 cantik n kemas..
    tapi suka tengok jele.. nak buat tu tatau hehe..

    ReplyDelete