Sunday, December 15, 2019

Tanyalah Ustaz: Ujian Istidraj

Tanyalah Ustaz
Tasawuf: Ujian Istidraj
Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman

1. Allah memandang hamba-Nya dalam dua keadaan:
a) dengan pandangan kasih sayang
b) dengan pandangan kemurkaan

2. Istidraj adalah pemberian nikmat untuk azab yang tertangguh atau dalam erti kata lain, hukuman yang diberikan sedikit demi sedikit, tanpa disedari.

3. Beza ujian, azab dan istidraj:
a) Ujian - diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya dalam keadaan Allah menyayanginya. Ujian diberikan bagi mengekalkan kebaikan.
b) Azab - orang yang melakukan kejahatan, akan mendapat balasan.
c) Istidraj - orang yang diberi nikmat yang berpanjangan sehingga nanti azab akan datang dalam keadaan mereka tidak sedar.

4. Tanda-tanda istidraj:
a) dikurniakan pelbagai nikmat dunia, tetapi makin jauh daripada Allah
b) dikurniakan umur yang panjang, tetapi makin tergelincir dari landasan Allah
c) ditunda hukuman, tetapi tidak rasa apa-apa. Contoh, tinggal solat, tidak membaca Al-Quran, tidak berpuasa, tidak membayar zakat, tetapi perniagaannya makin maju, rumahnya makin besar, hartanya makin banyak.

5. Jenis-jenis istidraj:
a) kufur
b) munafik
c) golongan yang zalim
d) golongan yang fasik dan bermaksiat

6. Ujian adalah rahmat Allah. Jika seseorang itu diuji dengan miskin, sakit dan kesusahan yang lain, tapi tetap beriman pada Allah.

7. Istidraj adalah murka Allah. Apabila seseorang diberi kekayaan, harta yang banyak, duit yang melimpah, sihat tubuh badan, tetapi nikmat itu membuatkannya semakin jauh dari Allah.

8. Jika kita menerima nikmat yang diberikan oleh Allah, tetapi masih berterusan melakukan dosa dan maksiat, maka itu adalah kemurkaan Allah.

9. Apabila mendapat nikmat daripada Allah,  syukuri nikmat tersebut dengan cara mentaati segala perintah Allah, bukan dengan cara mengaitkan nikmat itu dengan perbuatan atau kebaikan yang pernah dilakukan.

10. Kesan-kesan isti⁷draj:
a) seseorang itu akan menangguhkan taubat
b) seseorang itu akan lebih banyak melakukan dosa
c) seseorang itu akan bertambah sesat dan jauh daripada Allah

11. Tip mengelakkan diri daripada istidraj:
a) setiap kali menerima nikmat dari Allah, segera bersyukur dan mentaati perintah-Nya
b) segera melakukan kebaikan di atas nikmat yang dikurniakan
c) menambah ilmu dengan membaca kisah-kisah umat terdahulu dan jadikan pengajaran pada diri
d) melazimi perkataan, "masyaAllah, lahaulawala quwataillahbillah," apabila diberikan nikmat.
e) sentiasa muhasabah diri untuk bersyukur dan mentaati perintah Allah

Biasakan menyebut 'Haza min fadhli robbi' yang bermaksud 'Ini adalah kurniaan dari Tuhanku'


********************


Manfaatkan cuti sekolah anak anda dengan koleksi Ebook dan Modul yang dihasilkan oleh Cikgu Fadli dan team. Dapatkan di link berikut: 

 Marvel Maths (RM80) 

 Modul Pantas Matematik (RM80)

 Sifirlicious (RM80) 

 Kombo Modul Pantas Matematik dan Sifirlicious (RM120) 

 Modul Pecutan UPSR (RM50) 

Klik t.me/celikmatematik untuk link pembelian.

3 comments:

  1. Diuji dengan kesenangan ni lagi perit dari diuji dengan kesusahan. Biarlah sakit di dunia, asalkan bahagia di sana

    ReplyDelete
  2. dah lama rasanya x singgah sini .. terima kasih atas perkongsian nora .. kena sentiasa bersyukur dengan nikmat dari NYA

    ReplyDelete
  3. aduhai :(
    menakutkan.
    moga kita-kita dilindungi lah ekk dari sikap yg buat Allah murka.

    ReplyDelete