Monday, February 10, 2020

8 Tip Agar Pinggan Mangkuk Tidak Berlonggok Dalam Singki


Melihat pinggan mangkuk yang berlonggok di dalam singki sedikit sebanyak mengundang rasa marah dan stres.

Lebih-lebih lagi, apabila setiap isi rumah hanya mengharapkan si ibu untuk menyelesaikan tugasan itu.

Mencuci pinggan mangkuk sebenarnya bukan tugas hakiki si ibu. Setiap penghuni dalam rumah, perlu ada rasa tanggungjawab pada pinggan mangkuk yang tidak dicuci atau sekurang-kurangnya bertanggungjawab pada pinggan mangkuk sendiri.

Perkara-perkara di bawah, mungkin boleh menyelesaikan masalah singki dipenuhi pinggan mangkuk yang kotor.

1. Pasang singki bersaiz standard kerana ia lebih mudah untuk diurus. Jika memasang singki yang besar dan dalam, potensi untuk pinggan mangkuk berlonggok dan tidak dibasuh adalah lebih tinggi.

2. Didik setiap ahli rumah untuk mencuci sendiri setiap cawan, gelas, pinggan dan sudu yang mereka gunakan. Latih anak untuk mencuci pinggan seawal usia mereka dua tahun. Ya, dua tahun! Eh, tapi bukan pinggan kaca tau. Mula-mula, pasti kebersihannya tidak menepati piawaian. Tetapi dengan tunjuk ajar yang kerap, mereka akan dapat mencuci dengan baik. Dengan rutin mencuci pinggan sendiri ni sebenarnya, kita sedang mengajar anak-anak tentang nilai tanggungjawab dan kerjasama. Oh, jangan lupa, didik pasangan kita juga, perkara yang sama.

Ni masa Faris 6 tahun... still tak ditelangkupkan
pinggan yang dah basuh. Tapi sekarang dah pandai... 

3. Buat jadual atau giliran mencuci pinggan mangkuk selepas makan, bagi anak-anak yang telah berusia tujuh tahun ke atas, termasuk suami. Kaedah 'take turn' ini insya-Allah menimbulkan rasa ihsan, terutamanya kepada ibu yang telah melakukan tugas memasak.

4. Cuci periuk, kuali, tapisan, sudip, senduk dan segala peralatan yang digunakan, sepanjang proses memasak. Maknanya sambil tunggu ayam yang digoreng atau sambil tunggu sup mendidih, cuci peralatan memasak yang telah digunakan. Dengan cara ni, apabila kita siap memasak dan lap dapur, singki pun dah bersih.

5. Atau guna saja satu kuali ketika memasak. Ya faham, jika kita gunakan lebih dari satu kuali, jimat masa memasak. Tetapi, penambahan peralatan, akan menjadikan kerja-kerja mencuci jadi berganda. Tapi tetap tak salah kalau nak guna lebih dari satu kuali. Semua atas skill mengemas dan mencuci masing-masing.

6. Hadkan jumlah pinggan mangkuk di rumah, mengikut jumlah penghuninya. Semakin banyak pinggan bersih di rak, maka makin tinggi potensi untuk penghuni rumah melonggokkan pinggan mangkuk yang kotor.

7. Mengikut kata orang tua, singki yang ditinggalkan kotor sepanjang malam akan mengundang jin ke dalam rumah. Wallahua'lam... tapi kalau bukan jin pun, dah tentu cicak, lalat, lipas, semut malah tikus juga akan bertandang. Penyakit pun sudi menjenguk. Jadi pastikan singki telah dibersih sebelum masuk tidur.

8. Kata orang tua lagi, pinggan yang kotor dan tidak dibersihkan menjadi sebab rezeki susah nak masuk ke dalam rumah. Orang lama-lama ni memang cakap berlapik, penuh hikmah. Tinggal kitalah, sama ada nak ikut atau tak.

Nota tambahan:
a) sentiasa cuci dan bersihkan bekas pencuci  pinggan mangkuk.

b) tukar span pencuci sekerapnya. Jangan biarkan span sehingga hitam atau lunyai. Span sebenarnya lebih banyak mengumpul kuman dan bakteria, yang boleh mengundang penyakit.

Nora Karim
Sendiri pakai, sendiri cuci. 🤪
Jemput Follow saya juga di Telegram t.me/dialoguda



Marvel Maths: sesuai untuk anak-anak yang takut dengan subjek Matematik, terutamanya nombor besar. 

Sifirlicious: Memuatkan 9 kaedah mahir sifir. Bukan semua anak boleh menghafal, jadi ajar mereka BINA SIFIR. 

Modul Pantas Matematik: Merangkumi topik Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ketiga-tiga topik ini sangat penting dalam Matematik. 

Pecutan UPSR: Calon UPSR akan diajar cara mudah menjawab Kertas 1 dan cara 'mencuri markah' dalam Kertas 2. 

Mathzier: Tuisyen online Matematik Tahun 4, 5 dan 6 bersama Cikgu Fadli. Langgan setiap bulan atau pilih topik yang anak lemah. 

Klik t.me/celikmatematik untuk link pembelian.

5 comments:

  1. anak2 mmg patut diajar utk cuci pinggan baik lelaki mahu pun perempuan... kalau x sampai bila2 pun jd x biasa basuh pinggan sendiri

    ReplyDelete
  2. aida amalkan tiap kali semasa masak, sambil2 tu terus cuci pinggan.
    then anak2 wajib cuci pinggan sendiri! if not ibu mengaum.
    before tidur mlm, cek dapur dulu. da bersih?

    ReplyDelete
  3. Saya suka sambil masak, terus cuci pinggan. Cuma paling malas nak buang sampah malam-malam.. Ah!

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak dengar pasal pinggan berlonggok dlm sinki punca rezeki susah

    Ruby pun ada juga suruh anak² lelaki 10 dgn 8 tahun belajar kemas dan basuh pinggan

    ReplyDelete