Friday, November 28, 2014

Rezeki Hari Jumaat.. :)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni Adam Faris ikut Pak Anjangnya pergi solat Jumaat. Bukan main excited dia nak pergi solat dengan Pak Anjang. Sebaik Pak Anjang start motor, dia dah kelam kabut masuk bilik air, ambil wuduk dan pakai seluar panjang serta kopiah "pinjam" milik Pak Anjang. 

Balik tu, Faris pegang duit RM1. Saya ingat Pak Anjang yang bagi, rupanya ada seorang pakcik yang berikan duit tu pada Faris ketika Faris duduk di tepi dinding masjid setelah mengerjakan solat Jumaat.

Abang saya cerita, katanya pakcik tu dah pun berjalan keluar dari masjid, tetapi kemudian masuk semula dan berikan Faris duit RM1. Masa pakcik tu menghulurkan duit pada Faris... abang saya cakap, "eh duit apa pula ni?" 

Pakcik tu cakap, "tak pe la... ambil je...". Tersenyum dan terus berlalu pergi. Terus abang saya tanya Faris, "Faris ada minta duit ke?" Faris jawab, "Tak de la... Ayies duduk je, lepas tu dia bagi seringgit".

Faris cerita pada saya rupanya, lepas habis solat tu katanya dia rasa haus. Terdetik dalam hati rasa macam nak beli air. Tapi tak bawa duit. Masa dia duduk tu dia terasa sangat nak minum air. Tiba-tiba pakcik tu bagi dia duit. 

Kalau ikutkan duit yang pakcik tu bagi, memang cukup untuk Faris beli sebungkus air. Itulah dinamakan rezeki. Dapat hari Jumaat pula tu. Alhamdulillah. Tapi Faris bila dapat duit tu, sayang pula nak guna, sebab tu dia bawa balik dan suruh saya simpan. Tau pula dia erti "sayang". (^_^)

Nota kaki: Faris memang agak rapat juga dengan abang saya, sebab masa dia baby lagi (masa saya duduk jauh dengan encik hubby), abang saya la tukang dodoikan Faris sampai tertidur...

9 comments:

  1. murah rezeki faris ye..pandai pulak dia tau sayang duit pemberian pakcik dari masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal... seronok pulak tu dpt duit... sabar je la..

      Delete
  2. Rezeki Faris.....mcm kat Mekah pulak....gitulah rezeki kalau Allah nak bagi, lebih lagi kat rumah Allah

    ReplyDelete
  3. pakcik tu macam dapat baca isi hati faris ye kak =)
    bab sayang duit, teringat afif
    berapa pun duit dia dapat, mesti masuk tabung
    dia kata nak beli ultraman, tapi sampai sekarang tak pernah guna,
    sayang punya pasal =)

    ReplyDelete
  4. alhamdulullah.
    Allah dgr apa yg dirasakan faris
    itulah rezeki tak diduga kan.
    bukan mudah anak anak nak mengerti erti "sayang" tu..
    smga faris mmbesar sbgai anak yg soleh aamiin

    ReplyDelete