Thursday, November 27, 2014

Siapa Kata Anak Tak Memerhati?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi bercerita tentang kain baju. :p Tapi kali ni nak cerita tentang Faris dan Alisya. Masa saya melipat kain, kebanyakkan baju-baju kakak, abang dan adik saya, saya tak cam. Maklumlah jarang-jarang balik Gombak.

Bila saya tak cam kain baju kakak, abang dan adik saya... maka susahlah saya nak susun ikut tuan empunya baju. Kalau dah susun siap-siap, boleh la angkat terus letak di bilik mereka.

Lama dok menung baju siapa la yang saya tengah lipat ni... saya pun tanya Alisya dan Faris. "Ni siapa punya baju ni eh?" AF jawab serentak, "Poksu".

Ooo ok... Saya lipat dan letak di tempat adik saya. Lepas tu lipat pula yang lain... Tanya lagi, "Ni siapa punya pulak?" Alisya jawab, "Itu Mak Ngah punya la mama.." Saya jawab, "ok"... Yang jadi masalah tu kakak saya memang suka pakai baju adik saya. Kalau adik saya buat 5S pada almari baju dia... Memang kakak saya akan ambil baju-baju tu. Sebab elok lagi, sayang nak buang apatah lagi nak buat jadi kain buruk!

Saya: Yang ni pulak siapa punya ni?

Faris: Kenapa mama ni?! Tu baju Mak Ngah la... asik tak tahu je mama ni! (Sambil gelak-gelak)

Saya: (Tergelak) Manalah mama tau... Kalau mama tahu, mama tak tanyalah... Macam mana Faris tau ni baju Mak Ngah... Poksu... Pak Anjang?

Alisya: Tahu la... Semalam Alisya main lawan-lawan dengan Poksu, Alisya nampak la baju yang Poksu pakai tu...

Faris: Hah, memang la!

Alisya saya yang baru berusia 4 tahun ni, memang seorang pemerhati yang baik... malah seorang yang sangat teliti. Bayangkanlah, kalau baju saya berlubang sikit je pun... dia akan perasan! Ayat dia selalunya macam ni, "Kesian mama, baju mama dah koyak... nanti kita beli lain yea... tunggu gaji..."

Hehe comelkan Alisya saya! (^_^)

Tips Keibubapaan: 
Ibu bapa perlu menunjukkan sifat yang baik dan positif di hadapan anak-anak, kerana mereka akan mengikut atau istilah mudahnya "copy paste"  apa yang ibu bapa lakukan.  Jangan ingat mereka kecil dan tidak memerhati. Sebenarnya mereka adalah pemerhati yang baik! So, jaga tingkah laku agar anak-anak sentiasa di landasan yang betul.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


22 comments:

  1. Tunggu gaji tu yg tak boleh tahan hihi...
    Ini yg buat auntie senyum alahai anak sayang:)
    Bijak betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kan?! memang tak menahan...! dia copy paste ayat mama dia la, bila setiap kali minta dibelikan mainan, saya jawab "tunggu gaji!" :p

      Delete
  2. comey je 3 beranak ni hehe.. pandai anak2 akak.

    ReplyDelete
  3. budak yang fikiran masih belum diisi dengan masalah.

    jadi dia akan jana semua apa yang die nampak dengan mata.

    bagus alisya tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu RC... sbb tu dr umur sekecil Alisya ni kena ajar benda yang baik2 and tunjuk contoh yang baik...

      Delete
  4. Tak jemu saya baca dialog AF tu.... Selalu jer menggeletek hati...
    Ya, anak2 mmg pemerhati yang baik... Kita yg kena tunjukkan contoh yg baik buat mereka....
    Alahai,comel pula Alisya nak belikan baju utk mama bila gaji....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kan nur...comei je!!

      betul la nur... kita kena tunjukkan contoh yang baik pada mereka...rasa cepat sangat pula mereka ni membesar,..

      Delete
  5. Sama la. Kdg2 sy pn x ingt bj diaorg nnt dia org ckp la ni seluar siapa2 pny. Baju biasanya tahu je. Seluar la prob skt. Tp bdk2 ni mmg pemerhati yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sal ya... sebab tu kita kena tunjuk contoh yang baik juga pada mereka...

      Delete
  6. hihihi budak² mmg pemerhati yg baik ...

    ReplyDelete
  7. comel dan bijaknya alisya!

    mmg betul..budak2 ni cepat tangkap,memerhati n mengambil tahu dengan teliti melalui persekitaran, kadang2 tanpa kita sedar..sbb tu kena tunjuk contoh yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PK setuju sgt kita kena tunjuk contoh yang baik...

      Delete
  8. saya setuju bab ni, anak-anak memang mudah meniru
    aisyah saya juga cukup pandai memerhati
    kalau lipat baju ni, dia menolong dah tahu baju sape yang dia lipat tu =)

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Mereka memang pemerhati ☺

    ReplyDelete