Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Perbezaan Antara Ilmu dan Harta

*** Maaf, entri ini agak panjang ***

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya petik pesanan Saidina Ali r.a tentang perbezaan antara ilmu dan harta ini dari rancangan Bicara Kifayah, Astro Oasis. Moga bermanfaat buat kita semua... 

1) Ilmu adalah warisan para Nabi; harta adalah warisan Qarun dan Firaun

2) Ilmu menambah kawan; harta menambah musuh

3) Ilmu bertambah bila diberi; harta pula berkurangan apabila diberi

4) Ilmu kekal sepanjang zaman; harta rosak dimakan zaman

5) Ilmu melembutkan hati; harta mengeraskan hati

6) Ilmu minta disebar; harta minta dijaga

7) Orang berilmu disebut Al-Karim (mulia); orang berharta disebut bakhil

Betulkan?! Teringat pesan arwah ayah saya... Dulu masa orang lain sibuk mengejar ke PTPTN, saya ada juga suarakan hajat nak apply... Sebab saya rasa, sekurang-kurangnya saya dapat kurangkan beban ayah saya untuk menanggung saya dan kakak saya yang ketika itu sedang belajar. Terus ayah cakap, "Ayah boleh tanggung kalian (merujuk kepada semua adik beradik). Bagi orang lain yang lebih memerlukan untuk apply PTPTN tu... Ayah mampu..."

Mendengarkan jawapan tu saya tak berani tanya lagi (sebab arwah ayah saya garang). Saya tahu ayah mampu... cuma saya rasa seronok bila tengok kawan-kawan apply PTPTN tu... Sepanjang saya di UiTM, setiap bulan ayah masukkan RM650 ke akaun bank untuk keperluan belajar saya. Saya gunakan duit itu sebaik-baiknya. Sebab saya tahu kos pengajian kakak saya lebih tinggi berbanding saya... (sebab kakak saya belajar di kolej swasta...)

Walaupun saya mempunyai motor ketika belajar, saya hanya gunakan motor apabila saya pulang ke Gombak. Nak lagi jimat, saya tumpang motor kakak saya bila balik ke Gombak... (sebab kami belajar sama di Shah Alam). Bila ke kampus, saya lebih rela berjalan kaki, mendaki bukit untuk jimatkan kos. Bila makan pula, saya akan ambil makanan yang berat waktu lunch dan malam saya cuba berjimat (kadang-kadang kalau lapar sangat saya beli nasi lemak yang murah atau nasi berlauk yang kurang dari RM5). Itu sudah memadai untuk saya sepanjang 5 tahun pengajian (2 tahun Matrikulasi dan 3 tahun degree)

Saya bukan orang senang... saya tahu ayah berhempas pulas bekerja untuk menanggung kami 7 beradik dan mak yang tak bekerja (surirumah sepenuh masa)... Arwah mak pernah cerita, yang ayah akan bawa bekal ke pejabat... Kalau mak tak sempat masak di awal pagi... Ayah akan makan biskut kering cicah teh 'o' di pejabat. Situasi itu berlaku sehinggalah ayah dapat pangkat besar sebagai Electrical Chargeman berlesen besar di salah sebuah bank. 

Allahyarham ayah saya...
Abdul Karim; ketika majlis 

graduasi saya tahun 2003
Komunikasi antara saya dan arwah ayah jarang berlaku (walaupun saya sebenarnya anak kesayangan ayah) Sampailah satu hari... ketika saya balik dari Shah Alam untuk cuti hujung minggu, ayah buka bicara:

Ayah: Kau bawa motor pergi kuliah?

Saya: Tak... Nora jalan kaki je... Motor tu pakai untuk balik sini dengan beli barang kat bandar je... 

Ayah: Kau berjimat?

Saya: *Tersengih. Sambil angguk*

Ayah: Duit belanja ayah bagi tak cukup?

Saya: Cukup... Nora siap boleh saving lagi... (betul.. bila berjimat... memang saya boleh menyimpan)

Ayat berikut sangat menyentuh hati saya...
  
Ayah nak tanggung kau belajar dengan duit ayah sendiri... Ayah tak nak kau berhutang (merujuk kepada PTPTN... Oh rupanya ayah ingat saya bersedih sebab ayah tak bagi apply PTPTN... masa ni mata saya dah bergenang... selalu bila bercakap dengan ayah... akan penuh dengan nasihat sampai boleh buat saya menangis...) Ayah ni tak de harta nak tinggalkan kat kau... ilmu tu la hartanya... (masa ni air mata saya berjurai-jurai... saya nampak ayah juga menyeka air mata dengan lengan bajunya... dan kemudian terus beredar...)

Begitulah arwah ayah saya... makin lama... makin saya faham akan maksudnya... Walaupun ada harta yang ditinggalkan oleh arwah ayah... namun ilmu yang saya ada sekarang ni lebih bernilai, malah saya sempat kongsikan bersama anak didik saya selama 3 tahun... Kini proses menyebarkan ilmu tu berlaku di sini (blogging) dan juga saya gunakan untuk mendidik anak-anak saya...

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa saya (dan juga kedua ibu bapa mertua saya) dan moga roh mereka dicucuri rahmat... Al-Fatihah... Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...