Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Indeks Pencemaran Udara (IPU). Show all posts
Showing posts with label Indeks Pencemaran Udara (IPU). Show all posts

Friday, June 21, 2013

Walaupun Jerebu...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Nampak tak semak samun tu... Inilah laman belakang rumah saya yang cukup cepat naik semaknya... Disebabkan sakit mata tengok semak ni maka saya redah juga mencabutnya petang semalam walaupun jerebu di tahap tidak sihat (IPU:150).
 

Dulu saya selalu buang rumput yang saya cabut tu... Tapi bila terbaca tentang rumput yang mereput boleh dijadikan tanah organik, maka saya sengaja letakkan di situ... Esok-esok saya buat lubang sikit agar rumput lebih cepat reput. 

Rasanya saya nak pindahkan pokok cili api dan pokok limau kasturi saya ke belakang ni... sebab tanah di belakang ni lebih subur dan tidak berbatu seperti di laman depan. Cuma yang saya risaukan... saya, jarang keluar ke laman belakang ni... Takut tak terjaga pula! Haih, nak seribu dayakan? Tak nak seribu dalih... Tak pe la... saya cuba...


Tak sampai 5 minit saya kemaskan belakang ni datanglah kucing-kucing tinggalkan "jejak mereka". Hai, sabar je la...

* * * 

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

Thursday, June 20, 2013

Jerebu Menyesak Dada...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jerebu di Singapura, Johor, Negeri Sembilan termasuklah Melaka ni, memang agak teruk... Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Melaka ni adalah pada tahap tidak sihat... Bau asap sepanjang masa terutamanya di sebelah malam, memang menyesakkan dada...

Dah dua tiga hari ni saya sakit kepala, sebab bau asap yang kuat. Baunya bukan setakat di luar rumah... tapi termasuklah dalam rumah.... Bayangkanlah! Macam bakar sampah dalam rumah pula! 

Risau saya tentunya pada AF (Adam Faris dan Alisya Farha)... Tapi bila saya tanya rasa pening tak? Jawabnya tak... Susah nafas tak? Jawabnya tak... Setakat ni saya tak dengar pula AF batuk atau sukar bernafas...Harapnya mereka kuat bertahan...

Disebabkan udara yang tak berapa nak bersih tu, saya tak bawa AF main basikal di luar... Dah berapa hari ni juga AF bising cakap dah lama tak main basikal... Kesian mereka... Tak pe la... nanti udara dah nyaman semula, bolehlah kita main basikal ya?!

Alisya memang tak pandai kayuh basikal lagi... Saya akan tarik basikal tu, sambil dia cuba-cuba kayuh... Kalau Mama dia kepenatan... dia akan tolak je basikal tu... Faris pun masih lagi dengan 4 roda... tak pandai lagi seimbangkan badan... Dah la jarang main basikal... Memang ambil masa la nak pandai kayuh dan seimbangkan badan... 




Tips ketika jerebu:
1. Menghadkan waktu berada di luar rumah atau kawasan terbuka untuk mengelakkan sesak nafas.
2. Memakai topeng muka agar tidak menghidu udara yang kotor.
3. Kerap membasuh muka, tangan dan kaki atau anggota badan yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Atau sebaiknya kerap mandi.
4. Minum air suam dengan kerap, agar tekak tidak kering.
5. Dapatkan rawatan segera jika, terasa sakit dada, sesak nafas atau batuk yang teruk. 
6. Keluar dari kawasan yang berjerebu bagi mengelakkan terkena penyakit.


Nota kaki: Sentiasa berdoa hujan turun agar kami dapat menikmati udara segar... 


* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...