Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 23 Ramadhan,
Puri ni adalah favorite saya kalau makan di kedai mamak. Kebetulan tengok rancangan Selera Rasa M&S di TV1 lalu, ada cara buat puri ni by step. Saya belum try buat lagi... tapi untuk rujukan masa akan datang saya nak letak dalam blog ni... Kalau ada sesiapa yang dah try boleh la share ya...
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
100 gm tepung atta
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar minyak sapi
Air secukupnya
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Campurkan tepung gandum, tepung atta, serbuk cili dan serbuk jintan manis.
2. Tambah garam dan minyak sapi.
3. Masukkan air, adun menjadi doh yang lembut.
4. Bahagi adunan sama besar.
5. Canai nipis dan goreng dalam minyak panas hingga keperangan.
6. Angkat dan tuskan.
*Boleh dibuat tanpa menggunakan serbuk cili dan serbuk jintan manis.
Selamat Mencuba.

Resipi dan gambar: Facebook Selera Rasa M&S
Nota kaki: Hari tu dalam rancangan yang sama Chef Lin masak nasi minyak... terliur saya dan encik hubby tengok... Sudahnya cari bahan, dan masak untuk buka puasa... makan dengan ayam masak merah... Sedapnya la... yum yum...
* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami.
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli
(atas barangan Tupperware, TupperChef, TupperClean, NatureCare, Nutrimetics, NanoNature)
dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain
seperti komisen bulanan, peluang melancong dan kereta.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^