Tuesday, March 15, 2005

Sekitar Majlis Pertunangan...

Setelah selesai disarungkan cincin...

Mak... nampak pucat...

Ahli keluarga sebelah pihak lelaki...

Ahli keluarga sebelah pihak perempuan... berdiri dari kiri:
Angah, Pak Usu (Zakaria), Nora, Abg Zaini, Pak Ngah Amad, Mak Lang, Ashrap.
Dr dpn kiri: Nani, Ayu, Kak Pura, Mak Usu Tipah, Linda (pangku Arfan) & Iskandar.

Bersama tunang tersayang... Kamarul Irwan Alias

Lagi gambar bersama...

Dan lagi..... :p

Alhamdulillah... pada 13 March 2005 lalu, majlis pertunangan kami diteruskan juga... semuanya berjalan dengan lancar... walaupun dalam keadaan yang nampak suram... Keadaan mak... alhamdulillah mak nampak tenang... dan tak sabar menunggu kehadiran rombongan pihak lelaki...

Walaupun kehadiran rombongan pihak lelaki sedikit lewat (jam 4 lebih), namun perbincangan dari kedua-dua belah pihak akhirnya mencapai kata sepakat sejam lebih kemudian...

Majlis kemudiannya disusuli dengan majlis doa selamat dan arwah (ayah dan abang)...

Dulang hantaran 5 - sirih junjung, kek, buah-buahan, kain dan cincin dari pihak lelaki berbalas 7 - sirih junjung, kek choclate moist, kek dam, buah-buahan, potpuri, coklat dan agar-agar... dari pihak perempuan...

Pertunangan diikat selama setahun... InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan diijab kabulkan pada tahun depan 2006...

Doakan kami panjang jodoh dan akan disatukan kemudian... AMIN...

*Sedih bila terkenangkan arwah ayah, yang tidak dapat bersama dalam majlis ni... dulu semasa hayat arwah... dialah yg bersungguh merancang segalanya... :-( Al-Fatihah buat ayah... *

Entri berkaitan: Ayah Pergi Dengan Tenang

2 comments:

  1. saya terbaca entri ni..tak apa kan?huhu..muka mcm farish..bt no wonder la anak bapa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... lama dah entri ni... kami kurus masa ni hahaha... ha ah ramai org kata faris ikut muka abah dia...

      Delete