Arwah ayah dalam kenangan |
Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Tanggal
19 Februari 2005 (Sabtu) bersamaan 10 Muharram 1426 (hari Assyura), ayah telah
kembali ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi...
Pemergian
ayah paling kami tidak sangka berikutan ayah tidak pernah sakit (melainkan
darah tinggi - yang hanya diperingkat permulaan). Ayah hanya mengadu sakit
dada (sekitar jam 12-1.30 pagi), tidak lama kemudian ayah tinggalkan kami semua
(jam 2.30 pagi)...
Sesungguhnya
kami semua (termasuk mereka yang mengenali ayah) begitu terkejut dengan
pemergiannya... Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa sedih dan tergamamnya kami
melihat susuk tubuh ayah terlantar di ruang tamu dengan diiringi bacaan Yassin
oleh mereka yang datang menziarah ayah untuk kali terakhir...
Sepanjang
malam kami berjaga dan memaklumkan berita sedih itu kepada saudara mara,
rakan dan sesiapa sahaja yang kami rasakan perlu diberitahu... kami juga
bergilir-gilir membacakan Yassin untuk ayah... (sementara abg Zaini membuat report di balai polis tentang pemergian ayah)...
Menyingkap
semula saat cemas sepanjang malam tersebut...
12.30
am - ayah mengetuk pintu bilik saya dan kak linda, minta minyak sapu kerana
mengadu sakit dada.
12.45
am - ayah asyik keluar masuk bilik air.
12.55
am - ayah sempat menawarkan air penenang untuk mak yang nampak cemas ketika itu.
1.00
am - mak mula mengejutkan kami semua kerana ayah mula sesak nafas.
1.05
am - kak linda mula menelefon jiran-jiran yang berdekatan - saya mula menelefon adik yang ketika itu masih berada di office... dan abg sulung saya yang ketika itu
baru tiba di Taiping, Perak
1.10
am - jiran-jiran mula mendapatkan lain-lain bantuan - menelefon ambulan dan doktor, sementara abg zaini mula mengajar ayah mengucap.
1.20
am - adik bongsu saya dan Azwan (jiran) mula memberikan CPR.
1.30
am - jiran-jiran dan sanak saudara mula memenuhi ruang rumah...
2.00
am- ayah semakin nazak...
2.05
am - saya berada di sisi mak (sambil memeluknya erat) sepanjang
ayah nazak kerana takut mak pengsan...
2.30
am - ayah meninggal dunia... Al-Fatihah...
2.45
am- ruang tamu dikosongkan...
2.47
am - muka dan badan ayah ditutupi dengan kain pelekat dan kain putih.
2.50
am - mayat ayah diturunkan dari bilik di tingkat atas... oleh adik beradik dan
jiran-jiran.
2.55
am - yassin mula dibacakan bergilir-gilir..
3.00
am - abg zaini melaporkan pemergian ayah di balai polis berdekatan.
Alhamdulillah
ayah pergi dengan tenang... Tiada sebarang masalah yang timbul sepanjang tempoh
pengurusan jenazah, semuanya teratur... Talkin selesai dibacakan oleh Imam
Besar Masjid Ar-Rahimah tepat jam 11.00 pagi... Al- Fatihah...
Sesungguhnya
maut/ajal itu pasti, cuma ketikanya tidak kita ketahui... sehingga kini pesan
Arwah masih terngiang di telinga...
"Tiada
HARTA yang ayah tinggalkan untuk kalian, melainkan ILMU yang kalian
miliki..."
Semoga
roh ayah dicucuri rahmat... Al-Fatihah... Amin...
*** Lagi 2 minggu saya nak bertunang... :-( ***
*** Lagi 2 minggu saya nak bertunang... :-( ***
tiada cerita "pemergian" ahli keluarga atau sanak saudara yang tidak menyedihkan, tapi ianya sememangnya akan terjadi, dan apakah kesannya kepada kita yang masih hidup ni, meresapkah rasa keinsafan di sudut sanubari kita atau pun masih lalaikah kita dengan godaan duniawi yang tiada berkesudahan.... Al-fatihah
ReplyDeletebetul... kita sentiasa terleka...
Delete