Monday, February 28, 2011

Show your support!

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,


Alhamdulillah, sempat juga saya nak update pasal Earth Hour ni... (sebenarnya takut diri sendiri pun terlupa!) So dikesempatan yang ada ni... tandakan diari, planner dan henpon anda... tidak lupa juga kepada blog-blog kesayangan anda, akan tarikh keramat ini 26 March 2011... Apa yang ada pada tarikh tersebut?!? Pada tarikh itulah SATU DUNIA telah sepakat untuk memadamkan lampu bermula dari 8.30 malam... Tak lama pun... hanya untuk SATU JAM...

Friday, February 25, 2011

Tip: Ghairah Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sesi motivasi pagi Jumaat (morning briefing) kali ini amat menarik! Hari ini adalah giliran Kak Adawiyah… topic yang diketengahkan adalah tentang keghairahan untuk bekerja… walaupun penyampaian Kak Ada sangat simple… tapi cukup membuatkan hari saya sepanjang hari ini amat bersemangat…! Thanks Kak Ada… :-)

Apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi "ghairah" apabila bekerja? Jom tengok tip-tip yang Kak Ada share hari ni... Tip-tip atau petua ini telah dikongsikan oleh Patricia Fripp (dipetik dari akhbar The Star, February 2007):

1. Pastikan anda mendapatkan sarapan yang mencukupi bagi membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan sepanjang pagi. - sebab tu org kata, jangan skip breakfast bagi membolehkan otak berfungsi & bekerja dengan baik... dan jangan pula anda makan berlebihan di waktu pagi... kalau tak... alamatnya mengantuk la sepanjang pagi bekerja...! :p  


Sunday, February 20, 2011

8 Tips Banyakkan Susu Ibu


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Menyusukan anak sepenuhnya memerlukan persediaan mental dan fizikal secara menyeluruh… nampak macam mudah… tapi komitmen dan pengorbanan adalah priority kepada menjayakan perkara ini… Pelikkan? Sekarang kita dah kembali semula kepada apa yang ibu kita lakukan dahulu… iaitu menyusukan anak sepenuhnya… ye la… macam mana kita boleh hidup? Dulu memang tiada susu formula dan kita bergantung sepenuhnya kepada susu ibu…
Alhamdulillah budaya menyusukan anak sepenuhnya kini telah semakin dipraktikkan oleh ibu-ibu moden sekarang… Baik suri rumah, mahupun ibu moden yang berkerjaya… (termasuk la saya…) Jika dulu saya ke tempat kerja dengan mengendong beg laptop, kini… saya mengendong beg menyusu (Spektra 3) pula… (di office ni mereka memanggil beg menyusu tu sebagai “kura-kura”… mungkin sebab ia kecil dan disandang di belakang badan…

Perkara yang paling hangat dibincangkan oleh ibu-ibu moden yang menyusukan anak ini adalah “masalah kurangnya kurangnya susu ibu”. Saya juga menghadapi masalah yang sama sebelum Alisya belum diperkenalkan dengan makanan pejal. 

Tulisan saya kali ini khas buat Neny, Anis dan ibu-ibu moden yang menghadapi masalah yang sama. Moga apa yang saya tuliskan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk terus menyusukan anak-anak anda sehingga 2 tahun.

Apabila bercakap tentang penyusuan eksklusif, anda perlu ingat 3B. Apa dia 3B tu? The breast, the baby dan the brain… Bagi meningkatkan penghasilan susu, payudara (breast) memerlukan rangsangan daripada hisapan bayi (baby). Dan untuk itu, message itu perlu sampai dan direalisasikan oleh otak (brain). Nampak macam mudah bukan? Tak apa, kita boleh amalkan 8 tips banyakkan susu ibu ini slowly: 
1. Kerap menyusukan bayi anda: Susukan bayi anda dua jam sekali. Jika bayi anda tidur lebih dari dua jam, kejutkannya dan susukan. Bagaimana hendak mengejutkan bayi anda? Klik di sini
2. Jangan tunggu sehingga breast anda penuh!: Kebiasaannya kita akan mengepam susu apabila kita rasakan breast membengkak. Itu bukan cara yang betul. Jika anda mengepam susu, masa yang paling maksimum bagi satu session adalah 3 jam. (bukan sehingga breast bengkak). Susu akan sentiasa ada untuk bayi anda, dan sebenarnya susu semakin banyak terhasil ketika anda menyusukannya atau mengepamnya. Semakin kerap anda mengepam atau menyusukan bayi anda, maka akan terhasillah susu yang segar dengan kerap.
3. "The law of supply and demand”: Mungkin ramai ibu yang tahu akan law ini… maka susukan bayi anda sekerap mungkin kerana susu akan lebih banyak terhasil jika ada demand. Sama la macam kita beli barang, kalau ramai orang suka, maka sesuatu barang itu akan dihasilkan dengan lebih banyak. So, skin-to-skin contact kena la kerap dan yang penting jangan putus asa. 
4. Susukan dengan lebih lama: Jangan limitkan penyusuan bayi anda (biarkan bayi anda sendiri yang melepaskan puting anda jika dia telah kenyang). Ini bagi memastikan bahawa bayi anda mendapat susu pekat yang hanya akan keluar dengan penyusuan yang lebih lama. Jika terlalu sekejap, bayi anda berkemungkinan hanya mendapat susu cair yang berfungsi untuk melegakan haus, dan bukannya mengenyangkan!
5. Baring dan susukan: Cara yang paling berkesan untuk menghasilkan lebih banyak susu adalah dengan menyusukan bayi anda sambil baring. Kaedah ini sangat santai dan rileks bagi anda dan bayi anda, yang secara tidak langsung akan merangsang penghasilan susu. 
6. Pengambilan herba: Terdapat banyak ubat yang berbentuk pil dan cecair yang dipanggil sebagai milk booster. Sedikit sebanyak ia dapat membantu… tapi ingat, apa yang lebih penting adalah penyusuan yang kerap.
7. Jangan berputus asa, berbuallah dengan mereka yang sama-sama menyusukan bayi: Jika pengeluran susu anda kurang, jangan cepat berputus asa. Pastikan anda berbual dengan rakan-rakan yang juga menyusukan bayi mereka. Sentiasa berfikiran positif dan berusaha!
8. Percaya!: Anda harus percaya, bahawa dengan menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin, maka semakin banyaklah susu yang akan dihasilkan. Anda harus PERCAYA!  
Rujukan di buat dari sini dan juga di sini

*Selamat menyusukan bayi comel anda!! ;-)

Sunday, February 13, 2011

Selamat Tinggal... Izreen

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Mengapa setiap pertemuan pasti ada perpisahan? Pelikkan? Tapi kalau xde perpisahan, bosanlah kehidupan.. Hm...

26hb Jan hari tu, kami mengadakan majlis perpisahan untuk Izreen... Izreen merupakan 'pelatih Bank Negara' (program lepasan IPT bg mengelakkan graduan m'anggur) yg dihantar ke jabatan IKIP diploma bg membantu m'uruskan akademic documentation.

Friday, February 11, 2011

AliSya, 9 BuLaN SuDAh...

Assalamualaikum & salam 1Msia,

Hari ni genap la Alisya sembilan bulan.... kejap je... pejam celik... pejam celik, dah pun sembilan bulan... Sangat seronok tengok dia membesar... begitu juga dengan abangnya, Faris (3 tahun 7 bulan)... Apa yang agaknya Alisya dah boleh buat yea?

Wednesday, February 09, 2011

ViEw yaNg BeRbeZa!

Assalamualaikum & slm 1Msia...


View yangg sangat-sangat berbeza sejak 7 bulan memerah susu di surau... Saya dapat lihat seekor burung kenyalang (kot??? sori sbb tak tau jenis2 burung... kena beli encyclopedia la pulak) dan seekor tupai yang sedang berehat di dahan pokok... Sangat rileks! :D Production untuk sesi itu pun agak banyak... Hehehe betul kot orang kata, kena rileks bila memerah..! ;-)

Nota kaki: Saya seronok dpt menyusukan anak saya!!! hehehe....

Saturday, February 05, 2011

Trilogi Cinta

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...




Agak lama juga saya tinggalkan aktiviti membaca novel yg dulu merupakan hobi saya... Kenapa ya? Mungkin krn desakan kerja.. Benar, saya tidak byk masa senggang skarang... Tuntutan kerja dan anak2 membataskan aktiviti yg satu ketika dulu menjadi kegemaran saya...