Friday, February 25, 2011

Tip: Ghairah Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sesi motivasi pagi Jumaat (morning briefing) kali ini amat menarik! Hari ini adalah giliran Kak Adawiyah… topic yang diketengahkan adalah tentang keghairahan untuk bekerja… walaupun penyampaian Kak Ada sangat simple… tapi cukup membuatkan hari saya sepanjang hari ini amat bersemangat…! Thanks Kak Ada… :-)

Apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi "ghairah" apabila bekerja? Jom tengok tip-tip yang Kak Ada share hari ni... Tip-tip atau petua ini telah dikongsikan oleh Patricia Fripp (dipetik dari akhbar The Star, February 2007):

1. Pastikan anda mendapatkan sarapan yang mencukupi bagi membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan sepanjang pagi. - sebab tu org kata, jangan skip breakfast bagi membolehkan otak berfungsi & bekerja dengan baik... dan jangan pula anda makan berlebihan di waktu pagi... kalau tak... alamatnya mengantuk la sepanjang pagi bekerja...! :p  


2. Pakai pakaian yang kemas dan rapi sebagaimana hari pertama anda memulakan kerja dahulu. - pelikkan?!? dulu masa mula-mula kita masuk kerja, bukan main kemas lagi... baju baru, kasut baru, beg baru, pen pun baru... tapi makin lama bekerja... baju yang sama la kita dok ulang setiap minggu... sampai kadang-kadang orang pun perasan!! hahah.. so dah tau ni.. pakat cari baju baru la kita semua... 

3. Mulakan hari berinteraksi dengan orang yang sentiasa positif dalam hidup dan bersemangat pada kerja. Sekali sekala, bersarapanlah dengan mereka, pasti kita akan dapat rasa kelainannya. - cuba angkat tangan... siapa yang berani nak ajak boss-boss kita pi breakfast..?? hehehe mesti semua senyum je... hahaha... kita pakat-pakat try la nanti yea... :p

4. Datang kerja awal, supaya kita lebih cepat "menenangkan diri" dan mula memberikan tumpuan pada kerja. - hm, yang ni memang betul... bila datang lambat.. mula la terkejar-kejar... sampai apa yang patut dibuat... tak terbuat... (kebetulan datang awal hari ni... so ayat lebih kurang eksen skit.. hahahha) 

5. Lakukan tugasan kerja yang penting dan rumit terlebih dulu, supaya ia dapat segera dibereskan daripada senarai tugasan. Kejayaan melaksanakan tugasan yang sukar menjadikan kita lebih ceria dan fokus pada tugasan lain. - adalah lebih baik jika kita dapat senaraikan tugasan yang penting di dalam planner dan selesaikannya terlebih dahulu... hm... tapi kebanyakkan dari kita, memang suka buat kerja yang remeh terlebih dahulu dan kemudian baru terkial-kial nak buat kerja yang penting dan memaksa otak berfikir dua kali ganda dari biasa... dan biasanya masa tu la kita ada banyak lagi tugasan penting yang perlu diselesaikan! (ni bukan cakap orang lain... tapi cakap diri sendiri! huhuhu)

6. Pada akhir waktu pejabat, senaraikan apa yang anda capai sepanjang hari, apa perkara baru yang kita pelajari serta apa sumbangan kita pada tugas. Ini dapat menimbulkan rasa positif dan keyakinan diri. - betul... setiap kejayaan bermula dengan kejayaan yang kecil... bila kita tulis apa yang kita dah berjaya buat sepanjang hari bekerja tu... mesti kita akan rasa puas dan bersemangat untuk bekerja pada hari esok, lusa dan seterusnya!!!

Menarikkan tips ni?! Jom sama-sama kita praktikkan... Selamat bekerja!! :-) 


Nota kaki: Sangat berdebar menunggu giliran untuk memberi tazkirah/motivasi pagi kepada rakan-rakan sekerja! Bulan MAY... jauh lagi kotkan?!?! heheh ada siapa-siapa ada idea... nak buat morning briefing tajuk apa ye?!? hm...

No comments:

Post a Comment