Sunday, February 20, 2011

8 Tips Banyakkan Susu Ibu


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Menyusukan anak sepenuhnya memerlukan persediaan mental dan fizikal secara menyeluruh… nampak macam mudah… tapi komitmen dan pengorbanan adalah priority kepada menjayakan perkara ini… Pelikkan? Sekarang kita dah kembali semula kepada apa yang ibu kita lakukan dahulu… iaitu menyusukan anak sepenuhnya… ye la… macam mana kita boleh hidup? Dulu memang tiada susu formula dan kita bergantung sepenuhnya kepada susu ibu…
Alhamdulillah budaya menyusukan anak sepenuhnya kini telah semakin dipraktikkan oleh ibu-ibu moden sekarang… Baik suri rumah, mahupun ibu moden yang berkerjaya… (termasuk la saya…) Jika dulu saya ke tempat kerja dengan mengendong beg laptop, kini… saya mengendong beg menyusu (Spektra 3) pula… (di office ni mereka memanggil beg menyusu tu sebagai “kura-kura”… mungkin sebab ia kecil dan disandang di belakang badan…

Perkara yang paling hangat dibincangkan oleh ibu-ibu moden yang menyusukan anak ini adalah “masalah kurangnya kurangnya susu ibu”. Saya juga menghadapi masalah yang sama sebelum Alisya belum diperkenalkan dengan makanan pejal. 

Tulisan saya kali ini khas buat Neny, Anis dan ibu-ibu moden yang menghadapi masalah yang sama. Moga apa yang saya tuliskan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk terus menyusukan anak-anak anda sehingga 2 tahun.

Apabila bercakap tentang penyusuan eksklusif, anda perlu ingat 3B. Apa dia 3B tu? The breast, the baby dan the brain… Bagi meningkatkan penghasilan susu, payudara (breast) memerlukan rangsangan daripada hisapan bayi (baby). Dan untuk itu, message itu perlu sampai dan direalisasikan oleh otak (brain). Nampak macam mudah bukan? Tak apa, kita boleh amalkan 8 tips banyakkan susu ibu ini slowly: 
1. Kerap menyusukan bayi anda: Susukan bayi anda dua jam sekali. Jika bayi anda tidur lebih dari dua jam, kejutkannya dan susukan. Bagaimana hendak mengejutkan bayi anda? Klik di sini
2. Jangan tunggu sehingga breast anda penuh!: Kebiasaannya kita akan mengepam susu apabila kita rasakan breast membengkak. Itu bukan cara yang betul. Jika anda mengepam susu, masa yang paling maksimum bagi satu session adalah 3 jam. (bukan sehingga breast bengkak). Susu akan sentiasa ada untuk bayi anda, dan sebenarnya susu semakin banyak terhasil ketika anda menyusukannya atau mengepamnya. Semakin kerap anda mengepam atau menyusukan bayi anda, maka akan terhasillah susu yang segar dengan kerap.
3. "The law of supply and demand”: Mungkin ramai ibu yang tahu akan law ini… maka susukan bayi anda sekerap mungkin kerana susu akan lebih banyak terhasil jika ada demand. Sama la macam kita beli barang, kalau ramai orang suka, maka sesuatu barang itu akan dihasilkan dengan lebih banyak. So, skin-to-skin contact kena la kerap dan yang penting jangan putus asa. 
4. Susukan dengan lebih lama: Jangan limitkan penyusuan bayi anda (biarkan bayi anda sendiri yang melepaskan puting anda jika dia telah kenyang). Ini bagi memastikan bahawa bayi anda mendapat susu pekat yang hanya akan keluar dengan penyusuan yang lebih lama. Jika terlalu sekejap, bayi anda berkemungkinan hanya mendapat susu cair yang berfungsi untuk melegakan haus, dan bukannya mengenyangkan!
5. Baring dan susukan: Cara yang paling berkesan untuk menghasilkan lebih banyak susu adalah dengan menyusukan bayi anda sambil baring. Kaedah ini sangat santai dan rileks bagi anda dan bayi anda, yang secara tidak langsung akan merangsang penghasilan susu. 
6. Pengambilan herba: Terdapat banyak ubat yang berbentuk pil dan cecair yang dipanggil sebagai milk booster. Sedikit sebanyak ia dapat membantu… tapi ingat, apa yang lebih penting adalah penyusuan yang kerap.
7. Jangan berputus asa, berbuallah dengan mereka yang sama-sama menyusukan bayi: Jika pengeluran susu anda kurang, jangan cepat berputus asa. Pastikan anda berbual dengan rakan-rakan yang juga menyusukan bayi mereka. Sentiasa berfikiran positif dan berusaha!
8. Percaya!: Anda harus percaya, bahawa dengan menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin, maka semakin banyaklah susu yang akan dihasilkan. Anda harus PERCAYA!  
Rujukan di buat dari sini dan juga di sini

*Selamat menyusukan bayi comel anda!! ;-)

No comments:

Post a Comment