Monday, April 30, 2012

E'wasih: Terasa Seperti di Rumah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Masuk-masuk je nampak ruangan ni...
Hari ni baru saya berkesempatan untuk post pengalaman saya menginap di homestay milik seorang rakan, di Cenderawasih, Kuantan. Awal bulan April lalu kami sekeluarga menziarah beberapa orang rakan di Kuantan... sambil bercuti-cuti (dulu masa tinggal Kuantan tak sempat nak bercuti :p)

Ok, apa yang saya nak ceritakan adalah tentang suasana di homestay tersebut, yang dinamakan E'wasih Homestay. Singkatan kepada Eiyta (pemilik homestay) Cenderawasih (nama kawasan homestay tu) So, jadilah E'wasih... :D

Ruang dapurnya...
Apa yang saya boleh katakan, apabila duduk di homestay tersebut, saya rasa seperti berada di rumah sendiri. Seronok sangat!! Di bahagian dapur, ada kemudahan seperti complimentary coffee and tea (tentunya bagus untuk saya si peminat coffee), pinggan mangkuk, ada dapur gas, kuali, garam dan beras juga!! Peti ais juga disediakan.. malah ada air sejuk :p (ini amat sesuai untuk en hubby dan Faris yang memang suka minum air sejuk) Semuanya lengkap... 

Cuma ada satu je yang saya rasa kurang... Kain lap kabinet tidak disediakan... so kalau tertumpah air kat atas kabinet dapur tu, kelam kabut juga la cari tisu... :p Apa yang lebih saya suka tentang dapurnya adalah kabinet dapur... (kalau la rumah sewa saya ni ada kabinet dapur... duduk berjam-jam di dapur pun tak pe... :p maklum la, kalau tak de kabinet dapur, susah sikit nak 'main masak-masak', barang pun nampak selerak kalau tak disusun kemas sentiasa...)


Selain kemudahan di dapur... homestay ini juga menyediakan mesin basuh dan ampaian... So, sangat sesuai bagi mereka yang berhajat untuk menginap lebih dari sehari... sebab baju boleh dibasuh dan dijemur seperti di rumah sendiri. Malah iron dan iron board turut disediakan... Makanya tak perlulah bawa baju banyak-banyakkan?!

Ruang dining
Ok habis cerita di bahagian dapur... beralih ke ruangan tamu dan dining... Susun atur di ruang tamu dan dining sangat kemas dan menarik... dengan warna-warna dinding yang ceria... Simple dan tidak padat dengan barang-barang... Begitu juga di setiap bilik... di susun dengan cantik dan kemas... Yang penting di setiap bilik ada aircond! Alisya dan Faris memang tidur lena la...

Oh ya... Ridset pun ada :p Saya memang sangat-sangat memerlukan Ridset ni... tak kisah la ada nyamuk ke tak, saya akan sembur untuk mengelakkan anak-anak kena gigitan nyamuk... dan lain-lain binatang yang terbang seperti pepatung, kumbang dan tebuan/lebah, sebab Faris adalah seorang insectophobia. Orang kata, mencegah tu lebih baik dari mengubatikan?!

Ruang tamu
Jika anda bercadang untuk bercuti di Kuantan, boleh la ke laman blog ini, bagi membuat reservation. Untuk cuti persekolahan bulan Jun 2012 ni... ada promosi tau! Harga lebih murah daripada biasa :p So, boleh la buat reservation... Sambil-sambil tu, tengok la gambar-gambar yang saya sempat snap... Untuk gambar-gambar lain.. boleh intai di blog rasmi homestay... 

Till the next post.... Daaa... Moga anda sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa... Amin... 

Salah satu ruang rehat
Oh tengok siapa yang tengah lena tu :p

Master bedroom...
Kami pilih untuk tidur di bilik no. 2, sebab Faris excited nak tidur di tingkat atas tu...

7 comments:

  1. wahhh...thank you k nora promote homestay saya..terharu rasanya...alhamdullilah setakat nie feedback customer semuanya ok. syukur sgt2...hari nie ada customer dr melaka tau..dtg kuantan utk cuti2 msia..hehr

    ReplyDelete
  2. my pleasure ita... alhamdulillah... :D

    ReplyDelete
  3. luasa juga..
    memang berbaloi..
    ehehhee

    ReplyDelete
  4. mie: mmg sangat2 berbaloi... rumah 2 tingkat tau!! :P

    azznie: boleh la buat reservation kalau nak bercuti ke Kuantan... :D

    ReplyDelete
  5. saya pun telah mnginap di ewasih homestay raya thn nie,3 hr 2 mlm ,mmg berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! saya nak ke kuantan lagi bulan ni... semestinya ewasih pilihan saya.. ehheeh

      *er cik yuzieta... ada komisen tak?* hahahah

      Delete