Sunday, April 22, 2012

Sambut Hari Lahir Tanpa Ibu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari lahir saya telah seminggu berlalu... (Sila klik di sini untuk entri hari lahir saya...) Bila usia makin meningkat, dan ada masa yang terluang, saya terfikir, apa cara yang paling wajar untuk menyambut hari kelahiran tanpa ibu sebenarnya?!

Ada yang menyambutnya dengan meraikan bersama rakan-rakan di hotel atau restoran dan lain-lain, lalu mengetepikan kedua ibu bapa (lebih-lebih lagi ibu yang bertarung nyawa ketika melahirkan kita dulu). Padahal tidak salah jika kita menyambutnya bersama dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga bagi meraikan kelahiran kita.

Ada yang tertunggu-tunggu hadiah dari orang yang tersayang baik girlfriend/boyfriend, suami/isteri, rakan-rakan baik dan lain-lain... dan terlupa bahawa kita perlu menghargai ibu yang melahirkan kita... tak salah juga kalau kita yang menyambut hari lahir, memberikan hadiah kepada ibu kita bagi menghargai penat lelahnya melahirkan dan menjaga kita sehingga dewasa. 



Ini adalah dua perkara yang saya lakukan 7-8 tahun yang lalu (ketika arwah mak saya masih ada)... Setiap kali tibanya hari lahir saya, saya akan mencari hadiah untuk diberikan kepada mak saya... biarpun hadiah itu kecil tetapi mak tetap tersenyum riang menerimanya... (Hadiah tak penting... yang penting adalah ingatan seorang anak kepada ibunya...) dan kemudiannya kami sekeluarga  menyambutnya secara kecil-kecilan di rumah... Berbekalkan sebiji kek dan masakan mak... Memang sangat-sangat meriah... 

Saya sangat-sangat rindu akan waktu itu... kerana saya dapat peluk dan mencium ibu saya serta mengucapkan terima kasih kerana melahirkan saya... Itu dulu... beberapa tahun dulu... Jika waktu itu berulang, saya ingin memeluk ibu saya dengan erat... sambil mendengar degupan jantungnya yang selalunya menenangkan... :-( Sayang sekali moment itu tiada lagi...

Kepada mereka yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka setiap masa... kerana anda akan merindui mereka, apabila mereka tiada kelak... sangat-sangat merindui mereka... PERCAYALAH!

* * *

"Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sejak kecil... Lapangkanlah dan terangilah kubur mereka, jauhkanlah mereka dari azab kubur dan tempatkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang beriman... Amin" 

- Al-fatihah -

19 comments:

  1. happy belated birthday akak, maaf terlewat bg ucapan..tp saya doakan akak diberi kebahagiaan, kesihatan, kejayaan, kekayaan, keberkatan, keselamatan, n kehormatan dunia dan akhirat..aminnnn

    ReplyDelete
  2. Tq farah.... AMINNNNNNNN...... :D

    ReplyDelete
  3. xpenah sambut bday.. skali je dulu msa dpt kept upsr.. kesiankan ejulz.. hehe.. ejulz x gemar sgt balik kpg sambut bday ejulz sbb tiket k/terbang mahal sgt nak balik.. tp ejulz slalu balik sambut bday mak n bapak ejulz yang selang 1 hari je.. sambut skali je.. hehe

    ReplyDelete
  4. ejulz: tak kisah... asalkan kita selalu ingat akan mereka yang jauh dari kita... :D

    ReplyDelete
  5. hadiahkan al fatihan dan doa kepada arwah kerana ia adalah hadiah yg sgt berharga dari anak2 yg soleh/solehan. bekalan untuk arwah di sama.

    moga arwah ditempatkan bersama dengan org beriman. amin

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday :)

    p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
    Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

    ReplyDelete
  7. sy x cukop kuat gak klu tanpa ibu. huhu.. selamat hari2 di hari lahir ye kak... huhu

    ReplyDelete
  8. gnesop: insyaAllah... Amin...

    RahsiaSosialBookmarking: tq...

    zulhilmi: tq.. :D

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir :)

    akma singgah malam kat sini nak ajak awak utk join segmen ni.

    http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/04/segment-serious-follow-back.html

    Jangan lupa tinggalkan komen okay? :)

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir..moga akak mendapt kebahagian dunia dn akhirat..insyaAllah ^-^

    ReplyDelete
  11. daya pon tak pernah sambut bufday .
    time duduk hostel dulu pernah lahh . too pon dgn kawan-kawan . :')
    tp wajib wish bufday mak dgn ayah tiap tahun , wlpn tak sambut . :')

    ReplyDelete
  12. daya jamal: bagus la... wish pun mereka gembira sebenarnya...

    ReplyDelete
  13. terharu baca entry ni.. syukur lah ibu sy masih ada di samping sy..walaupun bapa sy dah tiada, insyaAllah sy akan ingat pesanan awk.. apapun selamat hari lahir..

    ReplyDelete
  14. Nasir hamzah: tq, & please take care of your mom...

    ReplyDelete