Friday, August 03, 2012

Tip: Dekatkan Diri Dengan Anak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anak-anak adalah amanah. Mereka juga adalah ujian kepada setiap ibu bapa. Setiap pasangan suami isteri perlu bersama-sama ‘mencorakkan’ mereka dengan tabah dan sabar. Setiap anak mempunyai karenah yang berbeza, maka cara untuk mendidik mereka juga agak berbeza. Namun pastinya ada kaedah di mana mereka boleh dibentuk melalui acuan yang sama…

Anak-anak jika dididik dari kecil mereka akan lebih mudah dibentuk. Mendidik anak-anak kecil adalah berbeza dengan mendidik anak remaja. Kita juga sedia maklum, semakin meningkat remaja seseorang itu, maka hubungan antara ibu bapa dan anak remaja tadi berubah. Mungkin juga tidak seakrab ketika mereka kecil. Beberapa tip mendekatkan diri dengan anak remaja, yang saya petik dari rancangan Al-Kulliyah, bersama panel Tuan Haji Hushim Salleh, Perunding Motivasi dan Keluarga, bertarikh 23 Mac 2012. 

Moga bermanfaat buat kita semua yang bergelar ibu bapa...

1. Solat berjemaah: dengan cara ini anak-anak akan lebih menghormati ibu bapa. Sifat kepimpinan bapa akan lebih terserlah dan meningkatkan rasa yakin anak-anak kepadanya.

2. Lebihkan komunikasi yang menyentuh emosi dan peribadi anak-anak: bercakaplah dengan anak-anak anda tentang hati dan perasaannya… tanyakan apa yang disukainya, tidak disukainya… apa yang mengganggu emosinya, apa yang menguatkan peribadinya dan lain-lain. Ini bukanlah bermaksud anda bersifat ‘busy body’ tapi mengambil berat.




3. Makan malam bersama: waktu makan malam adalah waktu yang terbaik untuk bersama-sama dengan ahli keluarga. Sambil makan, ibu bapa boleh bersantai dengan anak-anak. Mungkin boleh bergurau bersama sambil menikmati makanan.

4. Jadi ibu bapa yang tegas tetapi lembut: ibu bapa perlu bersifat tegas apabila berdepan dengan anak-anak. Berikan panduan kepada anak-anak atas apa yang anda suka dan anda tidak suka mereka lakukan.

5. Lakukan aktiviti bersama: ibu bapa perlulah peka kepada minat anak-anak… jika ada masa terluang, maka isilah dengan aktiviti bersama. Atau anda boleh juga mengajak anak-anak anda bercucuk tanam bersama, melancong bersama atau menganjurkan hari keluarga bersama sanak saudara yang lain. 

Nota Kaki: Anak-anak adalah ujian bagi ibu bapa. Maka ibu bapa perlulah banyak bersabar. Moga dengan kesabaran itu akan menjadikan mereka anak-anak syurga.  

Untuk capaian berkaitan entri ini:
Tiga Punca Remaja Lari Dari Rumah 
Tip Tangani Stres di Kalangan Remaja

10 comments:

  1. Assalamualaikum..tips yg bgus..walaupun sy belum berkhwin tp xsalah utk mndapatkan info tambahan dan bekalan...tq share..
    salam ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam ayu... alhamdulillah... saya petik dari rancangan Al-Kulliyyah, yang saya tonton... moga bermanfaat untuk kita semua.... insyaAllah...

      Delete
  2. Bagus info ni..walaupon kite sedia maklum.kadang-kadang kite lupe akan perkara yg kecik mcm ni.. :)

    ReplyDelete
  3. betul kak.....anak2 cepat balajr, so kita kena ajar dn buat bnda2 baik spya mereka leh ikut...time kecik2 la bleh lentur...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! dr kecil la mereka senang nak terima apa yang kita ajar...

      Delete
  4. thanks ye.. kdg2 kita tau tapi tak apply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul... kita tahu... tapi tak apply... bendanya simple, tapi bagi efek besar kepada perkembangan anak2...

      Delete
  5. Sedang melepak kat pantai sambil mencari ilmu di rumah Nora. Bagus sangat ni Nora. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks MF... moga bermanfaat buat kita semua... :D

      Delete