Monday, August 06, 2012

First time AF naik LRT!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ni la mesin tokennya...
Pejam celik, pejam celik... dah pun 17 Ramadhan... Apa khabar agaknya  rakan-rakan blogger sekalian? Moga semuanya sentiasa di bawah lindunganNya... InsyaAllah...

Alhamdulillah, misi hari ni berjaya membawa kedua-dua AF saya (bukan akademi fantasia, tapi Adam Faris dan Alisya Farha :p) ke Jalan TAR (Tunku Abdul Rahman) untuk mencari baju raya. 

Memandangkan hari ni Selangor cuti umum (Nuzul Quran) so kami beranggapan bahawa sekitar bandar Kuala Lumpur akan dilanda kesesakan lalu lintas... Maka encik hubby mencadangkan agar kami ke KL dengan menaiki LRT.

AF tak pernah naik LRT so saya agak gelisah memikirkan bagaimana reaksi mereka. Oh ya saya sendiri pun dah lama tak naik kenderaan awam sejak beli kereta... So apa yang berlaku pada sistem kemudahan awam tu memang saya tak tahu... 




Ni la token tu...
Jika dulunya tiket dibeli dikaunter, tapi sekarang token dibeli dari mesin... (jakun sekejap tengok kecanggihan mesin tu :p)

Pada mulanya AF nampak sangat excited nak naik LRT… Alisya ok… dia nampak seronok dalam gerabak LRT tu… tapi si Faris… dia pegang tangan dan bahu kiri saya dengan kuat… muka pucat… tangan sejuk... Bila tanya langsung tak nak jawab… (takut sangat agaknya…) sampai la ke destinasinya… (kami naik dari Sentul ke Masjid Jamek)

Bila turun dari LRT tu baru la dia cakap, "Ayies tak nak naik keretapi... Ayies takut..." Kesian pula si Faris ni... serba serbinya takut... 

Tapi masa perjalanan balik, Faris nampak dah ok sikit... Mula-mula masa naik dia pegang saya... tapi beberapa minit kemudian dia seronok pula... then dia cakap:

"Keretapi ni tak bunyi mama... tak macam tadi tu" (wah, Faris bersuara!!)

"Ye ke? Faris takut tak?" pancing saya.

"Tak... tak takut..." balasnya...

Oooo baru la saya faham... dia takut naik LRT yang tadi tu sebab bila gerabak berlaga dengan rel tu bunyinya agak kuat... berbanding dengan LRT yang balik ni... tak de bunyi pun... 

Mungkin sebab LRT yang kami naik untuk perjalanan balik ni LRT baru, sebab ia nampak baru berbanding yang kami naik masa perjalanan ke KL tadi...  

Bila sampai je di stesen Sentul, Faris kata nak naik keretapi lagi... :D So, oklah... dia tak takut dah... Sampai kat rumah sibuk AF ceritakan pengalaman naik LRT pada Mak Ngahnya...

Oh... inilah mereka dalam kereta, masa perjalanan balik ke rumah... KEPENATAN!! 



Nota kaki: oh ya... sepanjang pencarian, hanya jumpa baju-baju AF... Nampak gayanya baju mama dan abah kena cari di Melaka je la... 

12 comments:

  1. Jauhnya shopping baju raya :)seronokla AFkn..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jauhkan? macam la kat Melaka tak de :P saja tukar angin.. :p

      Delete
  2. huhu..dah tentulah jalan tar sesak dgn umat manusia. naek LRT je senang.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. disebabkan naik LRT... maka beli apa yg patut je... pastu sampi umah nyesal tak beli tu... tak beli ni... hahahha yg penting untuk anak2 dah settle...

      Delete
  4. jalan TAR mmg sesak kan...naik LRT mudah sikit heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... mmg sesak betul... mujur naik lrt je...

      Delete
  5. naik lrt je senang kan..tak payah bersesak sesak..:)

    ReplyDelete
  6. Bella Ana

    Ijat pun g shoping KL cuti Nuzul arituh....dia g ngn adik ipar...kebetulan balik Raub. An tak join, tak rajin nak gendung kembor, anip n nani. Sakan Ijat shoping baju dia n anak2...baju ana....hmm sendiri shopingla di Kuantan..tapi mmg ramai sungguh org kat Jalan Tar n Sogo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... memang ye la Ana... sangat ramai la umat manusia kat jalan TAR ngan SOGO tu... kalau ikut hati tak moh gak shopping kat sana... tapi tu la... kat situ je dpt cari saiz yang betul faris & alisya...

      Selamat Hari Raya Bella Ana... :D Rindu la....!!

      Delete