Tuesday, September 25, 2012

Tips: 6 Kaedah Lain Hargai Blogger

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ada pelbagai cara lain bagi kita menghargai sesama blogger (bukan dengan hanya Saya Membaca Tampalan Ini (SMTI) ya... jangan salah faham. SMTI tu salah satu cara... :D ) Ni antara kaedah-kaedah lain bagi anda menghargai rakan-rakan blogger.  

1. Tinggalkan komen yang jujur pada entri-entri mereka - ramai daripada kita yang tidak suka meninggalkan komen pada sesuatu entri (satu, mungkin sebab malas nak baca entri yang panjang ... dua, mungkin tak berminat dengan post yang ditulis atau lain-lain sebab) kebanyakkan dari kita hanya suka meninggalkan komen di Shoutbox. Saya sendiri kurang percaya pada link yang ditinggalkan di shoutbox saya... Ini kerana ramai yang meninggalkan link paksaan iklan... (yang bila kita klik bukan satu iklan malah berlambak-lambak iklan secara automatik akan keluar.... Saya pasti ramai antara kita juga yang terkena...)  

2. Menjadi follower blog mereka - tak salahpun kalau kita jadi follower kepada blog-blog yang kita suka... Oh nak tahu rahsia saya? Dulu memang saya akan follow blog yang saya suka saja... Tapi sejak saya aktif berblog (bermula awal tahun 2012), saya menjadi follower kepada semua pemilik blog yang meninggalkan komen di mana-mana entri saya dan setiap hari saya akan semak blog yang saya follow untuk melihat entri baru mereka... Baikkan saya?! Hahaha...  

3. Senaraikan blog-blog favourite dalam Bloglist anda - untuk mana-mana blog yang anda sangat suka, bolehlah disenaraikan dalam bloglist anda... Secara tidak langsung anda boleh 'memantau' entri baru mereka dengan lebih cepat. Mungkin juga anda orang pertama yang meninggalkan komen pada entri baru mereka... ;-) dan seterusnya anda boleh menjadi pembaca tetap blog mereka... 


4. Klik pada iklan-iklan yang 'ditampal' di blog mereka - jika anda rasa anda bermurah hati, bolehlah klik pada iklan-iklan yang dimuatkan dalam blog mereka. Sebenarnya bila anda masuk ke blog mereka, secara tidak langsung anda telahpun menaikkan jumlah visit pada hari tersebut. Untung la kalau pemilik blog tu ada buffered earning (BE) yang singgah di blog mereka, sebab BE bergantung pada jumlah visitor pada hari tu, tanpa perlu diklik.

5. Membuat blog review atau linkkan post anda kepada blog mereka - jika anda merasakan sesebuah blog itu menarik untuk dikunjungi oleh blogger lain, boleh la anda buat satu blog review. Secara tidak langsung anda akan menjadi referral kepada blog tersebut. 

6. Menyertai contest atau giveaway (GA) yang dianjurkan oleh pemilik blog - dengan menyertai contest atau GA ini, anda secara tidak langsung menunjukkan sokongan kepada pemilik blog tersebut dan memeriahkan penyertaan contest tersebut.

Jika anda malas nak buat kaedah-kaedah di atas ni... boleh la anda tuliskan SMTI di entri mereka... Klik sini untuk cara mudah SMTI... 

22 comments:

  1. setuju2..mai pun guna kaedah tu untuk hargai blogger lain..kita sesama blogger haruslah saling support kan...

    ReplyDelete
  2. dulu pernah letak jugak shoutbox kat blog tapi sebab penuh dengan spam iklan dua posen terus buang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. shoutbox saya tu pun, tunggu masa je nak remove... mmg menyakitkan hati, link2 iklan tu... haish!

      Delete
  3. Saya bersetuju dengan pendapat Nora :-)
    Tips yang sangat berguna buat semua bloggers...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wilma... moga kita ada tolak ansur sesama kita... happy blogging!!

      Delete
  4. Setuju semua, dlu fie cukup cukup malas nak tinggal jejak dekat blog orang tak tahu kenapa. Malu ke malas. Haha. Tapi sekarang fie tinggal jejak dan follow terus.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. betul ke bohong?

      heheh... betul... tak tipu... :D

      Delete
  6. bella ada juga ikut tips2 seperti di atas

    ReplyDelete
  7. terima kasih di atas pengkongsian

    ReplyDelete
  8. a'aa betoi tu.. selain dari SMTI tu, tips2 ni pun bagus utk kita lakukan.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada cara lain juga... tapi ni la yg saya terpikir...

      Delete
  9. suka article kamu ni....happy blogging...

    ReplyDelete
  10. Like click untuk entri sis nora. Terima kasih atas penerangan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama khalilah.. moga bermanfaat buat kita semua... :D

      Delete
  11. Nice entry NK...Kalau kita hargai org lain, pasti depa akan hargai kita plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kita tak perlu berkira sangatkan? yang penting penghargaan...

      Delete