Thursday, December 13, 2012

Tips: 3 Hari Potty Train!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alahai… Seorang rakan menelefon saya baru-baru ini dan bertanyakan tips untuk potty train anaknya. Saya dengan confident cakap yang saya telah buat satu entri tentang kejayaan Alisya dalam potty trainingnya dalam masa HANYA TIGA HARI…!!

Kawan saya pula beria-ia kata dia tak baca pun pasal entri yang saya maksudkan tu. Katanya dia hanya baca entri ini dan ini… Eh, ye ke?! Letak je telefon terus saya godek-godek entri yang dah publish… Eh memang tak de… Terus tekan draft post… cari punya cari akhirnya terjumpa dalam draft… Alahai… kenapalah saya tak publishkan entri ni? Padahal dah lengkap pun entrinya. Aduhai!

Untuk sahabatku Tinie. Inilah entri yang tak terpublish itu… Maaflah… serious tak perasan. Ingatkan dah publish

* * * * *
-Entri ini sepatutnya dipublish pada 29 September 2012, tapi tersimpan dalam draft sehinggalah kawan saya bertanyakan tips untuk potty training-

Seminggu sudah berlalu… Alhamdulillah, kini Alisya tidak lagi perlukan pampers di siang hari. Saya cuma pakaikan pampers padanya ketika berjalan dan di sebelah malam… Yey… memang sakan bertepuk tampar (baca sebagai Hi5) saya dan Alisya… 

Sepanjang seminggu ni memang Alisya berjaya untuk buang air di toilet. Bangga?! Mahunya tak bangga…? Ini juga salah satu kejayaan besar untuk saya dan Alisya… Siapa kata anak yang berusia 2 tahun tidak boleh kencing sendiri di toilet?! Alisya dah buktikan!! (^_^)

Saya nak share, persediaan saya sepanjang “potty training” pada Alisya. Saya mengaku ia bukan perkara mudah… Memang perlukan kekuatan fizikal dan mental dan saya cuba atasi dengan sebaik-baiknya. Untuk anda yang sudah sedia untuk mengajar anak-anak anda buang air di toilet, ini cara yang saya lakukan:

1. Sebelum menanggalkan pampers, berikan anak anda pendedahan awal tentang membuang air di toilet. Saya mulakan dengan Lagu Potty Training ini… Saya pasang, biarkan dia tonton, kemudian menyanyi dan menari bersama-sama… Lakukan berulang kali… Sehingga anak boleh menyanyi sendiri (dengan pelatnya)

2. Ketika mandi, ajar anak anda untuk mencangkung. Kemudian bunyikan “ssyyyhh… ssyyhhh...” berulang kali… Dalam beberapa kali anda lakukan, akan ada sekali dua yang mereka berjaya kencing. Berikan pujian apabila anak anda berjaya kencing ketika mandi.

3. Setelah anda yakin dan bersedia untuk berikan training, maka gulung semua karpet di ruang tamu, bilik atau di mana saja tempat anak anda suka bermain. (Saya tinggalkan satu tikar di ruang tamu, sebab tikar tu lebih ringan untuk di angkat atau dijemur jika Alisya terkencing di atasnya)

4. Sebagai permulaan, kerap bertanyakan pada anak anda sama ada mereka ingin ke toilet atau tidak. Untuk permulaan tanyakan setiap 10-15 minit… (anda boleh adjust masa bergantung kepada keadaan anak… apabila mereka semakin biasa anda boleh anjakkan kepada 20-30 minit… sampai ke tahap anda tak perlu tanya lagi.. tapi mereka dengan sendirinya akan cakap nak ke toilet)

5. Jangan marah jika anak anda terkencing di mana-mana (anda perlukan kesabaran yang tinggi… sangat-sangat perlu bersabar…) Tidak memakai pampers adalah pengalaman baru bagi anak tersebut… Apa yang saya lakukan, jika cukup tiga kali Alisya terkencing merata-rata, saya akan pakaikannya pampers… kerana saya tahu dia belum bersedia… dan anda boleh cuba lagi sebelah malam atau esoknya. Oh jangan terlalu memaksa, anak juga ada stressnya!

6. Rangsang semangatnya dengan membelikan seluar dalam yang comel-comel... biarkan anak anda sendiri yang memilih seluar dalam kesukaannya. Jadikan seluar dalam tu sebagai umpan agar anak anda tinggalkan pampers.

7. Jika anak anda tertidur di sebelah siang (ketika dalam training), pakaikan pampers padanya. Kerana mereka masih belum biasa. Lama kelamaan, mereka boleh tidur siang tanpa pampers.

8. Ini adalah perkara yang sangat penting… Setiap kali anak anda berjaya kencing di toilet… berikanlah pujian, ciuman, pelukan agar mereka rasa usaha mereka tu dihargai! Atau boleh juga berikan mereka ganjaran… mungkin aiskrim, permainan kesukaan mereka atau apa-apa saja ganjaran lain.

Untuk semua ibu yang membaca entri ini, anda perlu yakin bahawa anak anda mampu kencing di toilet jika anda memberikan mereka pendedahan awal… Jika anak anda masih belum boleh bercakap, gunakan bunyi atau pergerakan yang mudah ditiru agar mereka boleh menyampaikan mesej bahawa “Saya nak kencing” kepada anda. Jangan perkecilkan kemampuan anak anda, kena yakin bahawa mereka boleh berjaya dengan usaha dan didikan anda. Ayuh ibu, mama, mummy, umi, mak... kita boleh!! Chaiyok! (^_^)

Lain-lain artikel berkaitan:
1. Lagu "Potty Training"
2. Potty Train: Yey, Go Alisya!

 

18 comments:

  1. Wahhhh!!! Lg hebat! Adam dulu 4 hari. Itu pun dh rasa hebat. Sbb ramai yg cerita kurang berjaya. Tp rasanya bergantung kpd parents. Kalau tidak menekan dgn men stress kan anak, insya allah berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. yang penting kita kena banyak sabar... atau atas nasihat mereka yang lebih berpengalaman...

      "kalau ibu rajin, anak akan cepat belajar..."

      Delete
  2. great tips! :)

    kena beli seluar dalam cantik2 tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu... bila anak sendiri yang pilih, mereka lebih excited nak pakai...

      Delete
  3. oklah tu.. dalam masa 2 tahun, anak sy mula 3 tahun.. dah 4 tahun alhamdulillah.. tu pun mula ajar sbb xde size pampers yg sesuai dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... lagipun harga pampers sekarang macam tak munasabah pulak!! adeh...

      Delete
  4. tenkiu 4 the tips...anak sulung gie 2 tahun tapi tak buat lagi potty train..lepas dia membuang baru la bagitau...aduss...ajak masok toilet dia tak mo...huhu...nak start tak pakai pampers la nanti..tgk camane kan...bole save banyak nanti... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga bermanfaat utk gie... InsyaALLAH... mereka cepat belajar... cuma kita yg kena byk sabar.. mmg dpt save byk kalau anak x pakai pampers lg...

      Delete
  5. a'aa kak, budak umo 2 thn pun pandai kencing dekat tandas..

    macam anak saya si alisha tu, umo 2 thn + xpandai cakap betoi pun lagi tp dah tak pakai pampers.. yg pentig kita sbgai ibu ni tahu camne nak handle ank kita..

    skrg sy bg alisha guna pampers waktu nak tido n keluar jejalan je.. sama lah macam alisya akak.. hihii.. kira skrg sy dapatlah jimatkan duit, beli pampers aqilah plak.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul... mereka ni cepat belajar sebenarnya... cuma terpulang pada kita nak cepatkan mereka merasa pengalaman baru atau melambatkan... tu je...

      Delete
  6. bagusnya tip ni.. memang perlukan kesabaran kan kak.. saya nak print artikel ni nanti.. untuk rujukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dayana... nak juga datang singgah2 di blog akak ni... moga bermanfaat buat dayana dan lain-lain... ^_^

      Delete
  7. bestkan dh ajar ank xpakai pampes...jimat satu hal...silap jugak sy xajar akif awal awal dulu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... jimat la sikit... kalau tak tu sakit juga membeli pampers...

      Delete
  8. Alhamdulillah ank saya yg ke 3 & 4 tu bila kencing ke tandas, masalahnya, bila nak buang air besar diaorang demand pampers. Hari tu untuk si Haziq berjaya dah pujuk dia untuk buang di toilet tapi untuk seminggu aje, lepas tu dia buat semula nk buang di pampers. Tak reti dah nak pujuk macamana. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe... mereka masih lagi belajar... kadang2 alisya pun sama... demand pampers bila nak buang air besar...

      Delete
  9. Saya mencari2 tips dari blogger melayu berhubung potty training tapi tak jumpa2. Alang2 terbaca blog akak ni ternampak terus teruja. Ya Allah, terus saya minta hubby letakkan potty LH kat dlm bath tub (tandas kami sempit). Jadi nanti dia nak wee wee senang lah saya ajar. Esok nak cuba. Thanks kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah... moga catatan pengalaman akak ni dapat bantu bakar semangat Farah utk potty train awisy... Memang bukan mudah... tapi bagus untuk anak dan mommy jugak... good luck farah...

      Delete