Tuesday, January 22, 2013

Kesan Positif "Anak Mak"

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kupasan informasi dalam rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Fadzilah Kamsah telah membuka mata saya tentang fenomena "Anak Mak"... Oh ya, istilah "Anak Mak" biasanya dilabelkan kepada seorang lelaki yang manja tak bertempat, mengada-ngada, dan tak pandai berdikari. Mungkin kategori yang tu masih lagi ada pada segelintir "Anak Mak" di luar sana...

Tapi... apa yang dibincangkan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah bersama dua panelnya amat menarik perhatian saya, iaitu sudut atau kesan positif... bila lelaki digelar "Anak Mak"? Oh sebelum terlupa, salah seorang panel jemputannya adalah Fizo Omar, yang juga dilabelkan sebagai "Anak Mak".

Mengikut kajian yang dilakukan, kesan positif yang ada pada mereka yang digelar "Anak Mak" adalah seperti berikut:

Klik gambar untuk sumber
1. Mereka lebih penyayang dan lebih hormat kepada golongan wanita - dikatakan bahawa lelaki yang digelar "Anak Mak" ni merupakan seorang yang penyayang dan sangat-sangat menghormati dan menghargai golongan wanita. Pada mereka, golongan wanita perlu sentiasa dijaga dan diberi perhatian.

2. Mereka lebih bertanggungjawab - tanggungjawab ini dikaitkan dengan family first. Dalam apa juga keadaan mereka akan mengutamakan ibu dan ahli keluarga yang lain.

3. Mereka mudah membantu bereskan kerja-kerja rumah -  mereka tidak akan kekok malah suka membantu dalam membereskan kerja-kerja rumah seperti memasak, mencuci pinggan dan lain-lain. Pendek kata tak perlu suruh, mereka dengan rela hati membantu.

4. Mereka mengikut sunnah Rasulullah SAW - lelaki yang digelar "Anak Mak" ni telah melakukan sunnah Rasulullah SAW yang mana mengutamakan ibu, seperti mana hadis ini:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: 
Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” 
Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” 
Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” 
[HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad] 

5. Mak akan sayang pada pilihan anaknya - sesiapa yang menjadi isteri kepada lelaki yang digelar "Anak Mak" ni tak perlu risau tentang mak mertua tak suka... kerana isteri tu juga akan disayangi oleh ibu mertua. Biasanya "Anak Mak" akan sentiasa berbincang dengan ibunya tentang wanita-wanita yang nak dijadikan isterinya. Jika ada yang tak berkenan di mata ibunya, maka "Anak Mak" ni redha dan cuba mencari yang lain... Pada si "Anak Mak" ni, yang penting adalah membahagiakan ibunya... (sweetkan...?!)

Info tambahan: Rezeki setiap anak (tak kira lelaki atau perempuan) akan bertambah murah apabila bersalam dan mencium ibunya sebelum pergi kerja, kerana ibu akan sentiasa mendoakan dan merestui apa yang kita lakukan... Kalau tak duduk serumah dengan ibu, maka telefonlah setiap hari... Setiap doa malah kata-kata ibu tiada hijabnya... InsyaAllah... Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu...



27 comments:

  1. moga firas selamanya akan jadi anak omak ,bertuah isterinya esok2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronokkan kalau anak lelaki manja2 ngan ibunya...hehehe

      Delete
  2. rasanya kebanyakan kalau lelaki mesti anak mak..kalau pempuan pulak anak ayah..

    ReplyDelete
  3. Hihi... baru nk update pasal ni ♥♥
    Nice sharing.

    ReplyDelete
  4. Rindu dekat akak..hehehe.lama tak update..saya tunggu.. tapi kalau perempuan paling takut kahwin dengan anak mak.. Bukan saya..hehe..saya sokong orang yang pentingkan keluarga. Tak ada keluarga, mak ayah tak adalah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biasanya gitu la aini... tapi sebenarnya beruntung kawin ngan anak mak ni... :D

      Delete
  5. sy xde ank lelaki la...ank2 dara sy sumer ank ayah...manja dgn ayh dia...
    Anwy..gud info ..tq coz share kn bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ena, tambah lah lagi.. kot2 dpt "anak mak" lepas ni :)

      Delete
    2. hehehe ena teruskan usaha... heheheh

      Delete
  6. Yang dia jemput seorang wife dan seorang lelaki tak silap fie. Anak mak nie dia akan lembut dengan perempuan. hehe

    ReplyDelete
  7. Salam Nora, pernah gak terbaca segmen berkaitan topik ni. Mintak2 begitulah anak Ummi si Haziq tu. :)

    ReplyDelete
  8. moga anak saya akan jd anak omak juga hihi

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing kak. Bley tunjuk kat member saya ni. Dia slalu complain yg suami dia anak mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. hehe untungnya kawan fiza tu... dia terpilih as menantu oleh ibu suaminya...

      Delete
  10. bila baca dari no 1 hingga 4 macam kena dgn hubby saya... yg no 5 tu tak pasti, hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. confirm la tu kak nur... sure menantu kesayangan ni.. hehehe untung la...

      Delete
  11. Hehe...agak2 kena gak lah ke lima2 info tu kt Ijat...whateva yg no 5 tu yg penting....hehehe.

    Bella Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... bella Ana menantu pilihan ni.. hehehe tahniah!! (^_^)

      Delete
  12. suami saya "Anak Mak"..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. pndg dr sudut positif siapa yg ank mak ni.. psl menantu cam btul jr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... selalu kita rasa anak mak ni negatif je kan...?

      Delete