Wednesday, January 09, 2013

Limau Kasturi dan Pandan di Laman...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kalau masih ingat lagi dalam entri ini, bagaimana letihnya saya mencabut rumput di laman rumah... Ada juga terfikir kalau ada tanaman, tak la rasa penat sangat mencabut rumput... 

Dalam entri tu Dira ada meninggalkan komen dan mencadangkan saya membeli benih dari TanamSendiri

Sejak Dira cadangkan tu saya kerap juga berkunjung ke blog TanamSendiri... Tersangatlah excitednya saya melihat pokok-pokok yang di tanam Encik Iskandar... 

Sekarang ni pun saya sangat suka tengok laman rumah orang.. lebih-lebih lagi yang ada small garden sayur-sayuran... Rumah jiran-jiran saya di kawasan ni pun ada banyak tanaman sayuran...  Ah teruja!

Saya masih lagi dalam proses belajar nak menanam... buat masa ni saya tanam pokok pandan dan limau kasturi... orang kata pokok-pokok ni (termasuk pokok cili padi) senang nak hidup... so try tanam yang ni dulu la... Setiap hari saya akan check apa jadi dengan tanaman saya tu... hahaha... 

Sangat excited bila pokok limau tu berputik dan berbunga... Begitu juga bila daun pandan makin 'naik'... Memang seronok... Perasaannya lain sikit... So, sekarang ni tak la rasa letih sangat bila mencabut rumput tu... malah rasa happy je... (^_^)

Baru-baru ni kakak saya hantar SMS, memberitahu bahawa kangkung dan bendi yang di tanam di halaman rumahnya dah boleh dimasak... Wah, jealousnya saya... Lagi jealous bila dihantarnya gambar kangkung dan bendi yang dah dimasak... Adeh... terliur dibuatnya...!! Tak pe, insyaAllah tak lama lagi boleh la tanam sayur-sayuran pula... Eh, jom bercucuk tanam semua!! 



8 comments:

  1. seronokkan kak, menanam ni..saya pun suka menanam. suka tengok limau kasturi tu berbuah..cantik je. hehe..akak excited sampai check setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la... mmg excited... sebab tu check setiap hari... *buat malu je...*

      Delete
    2. X lah "memalukan" sebab rasanya ni semua bahang excited untuk mengetahui perkembangan bahan tanaman kita. Saya pun gitu gak, hehe. Tapi feel tu memang saya pun boleh bayangkan, teringat masa first time tanam cili, tengok pokok tu ada buah dia, alahai, senyum sampai ke telinga. Tapi masa tu tak aktif berblog so tak de lah nak snap2 gambar buat kenangan. So nak kena mulakan semula ni.

      Delete
  2. wah, rajinnya akak check yer.. hihii... saya ada gak tanam.. eh, bukan saya, hubby saya.. hehhe

    ReplyDelete
  3. memang seronok..aritu sy tanam serai tp kn xsempat idup sb g tarik sokmo huhuhu..

    ReplyDelete