Friday, February 01, 2013

Produk: Avent Newborn Starter Set

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dulu masa saya mengandungkan Alisya, saya memang dah plan dan buat banyak persediaan untuk fully breastfeed Alisya, walaupun masa tu saya bekerja dan saya tahu akan kekangan yang akan saya hadapi. Saya belajar dari rakan-rakan yang lain, baik dari rakan-rakan sekerja mahupun rakan-rakan maya.

Salah satu perkara yang perlu diambil kira adalah botol susu yang bersesuaian bagi memastikan penyusuan secara eksklusif boleh diteruskan. Ketika itu saya memilih untuk menggunakan botol susu jenama AVENT. 

Kelebihan botol susu AVENT ni adalah ia anti-kolik, yang mana susu tidak akan keluar melainkan dihisap oleh bayi, dan ini bagi mengelakkan bayi tersedak. So, saya tak risau bila Alisya menyusu dalam kereta ketika saya memandu (macam dalam gambar tu..., atau ketika dia sedang baring sambil menyusu...) Selain itu, bentuknya direka bagi mengelakkan bayi mengalami nipple confuse.

Oh ya... saya beli set permulaan AVENT ni... yang mengandungi 2 botol kecil (4oz) dan dua botol besar (9oz)... Yang kecil untuk Alisya dan yang besar untuk Faris... (^_^)


Nampak baik je... sekarang gaduh sokmo... hahaha



SOLD TO HARTINY

Avent Newborn Starter Set: A complete collection of Avent bottles, teats, a soother and bootle and teat brush.

Contains:
a) 2 Avent Feeding Bottle (125ml/4oz) with extra soft newborn teats.
b) 2 Avent Feeding Bottle (260ml/9oz) with extra soft flow teats.
c) 2 extra soft newborn teats
d) 1 newborn soother
e) 1 bottle and teat brush

For healthy, active feeding. Clinically proven to reduce colic.

A clinical trial demonstrated that at 2 weeks of age, babies fed with the Avent Bottle experienced less colic than babies fed with a conventional bottle.

Benefits and features:
a) Clinically proven to reduce colic.
b) Built-in Airflex Valve
c) Easy to combine breast and bottle feeding



16 comments:

  1. kalau saya suka guna botol susu pigeon yg puting peristatic (eh, betul ke tak ejaan tu.. dah lupa)

    yg avent ni pun bagus jugak, ramai juga kawan2 yg guna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nur... ada banyak pilihan kat pasaran tu... kita sebagai ibu kena la rajin buat research sikit + tgk juga anak kita... kadang2 mereka juga memilih...

      Delete
    2. betul! kadang2, anak yang memilih... kecik2 dah ada taste

      Delete
  2. Cikgu afa dua set...tp dayangnya firas xmo....simpanlah utk adik dia plak....huhu

    ReplyDelete
  3. Dedulumpun guna Avent tapi budak 2 orang ni sekarang tak nak dah guna Avent, sebab besar kot. Lagi pun saya beli tupperware punya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah brand apa pun yang penting anak2 kita serasi dengannya... (^_^)

      Delete
  4. Suka avent gak. Botol saja tak der ker kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ada... nanti akak tempek gambar lagi ya...

      Delete
  5. botol susu berjenama ni mmg bagus dr segi kualiti n safety..tp macam sy ni tak berapa mampu nak pakai avent.hehe..

    pakai yg biasa je asal free bpa sudah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sambar Avent ni dulu pun sebab harga promosi.. heheh so merasalah bagi anak2 pakai..

      Delete
  6. ooo macam tu.. bagus betoi yer.. xmenitik... kalau yg biasa tu, tonggeng pun dah tumpah.. hihii

    ReplyDelete
  7. saya pun suka jenama ni... mmg baik kualitinya...

    ReplyDelete