Monday, February 04, 2013

Hadis Sahih: Larangan Meninggalkan Solat

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Satu lagi rancangan TV yang saya rasakan menarik untuk ditonton oleh saya, Faris dan Alisya, malah anda semua, iaitu rancangan RASUL YANG KATA di TV9. Ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis jam 8.00 pagi. bersiaran selama setengah jam.

Rancangan ini membincangkan tentang hadis-hadis sahih Rasulullah SAW dan hadis-hadis palsu ciptaan manusia. Yang menariknya, penerangan bagi setiap hadis sahih Rasulullah SAW, diterangkan dalam bentuk ilustrasi. Selain itu, diselitkan juga mind mapping yang mudah difahami.

Selingannya pula, adalah qasidah dan selawat serta zikir daripada adik-adik yang cilik... comel... comel semuanya... Secara tidak langsung menarik perhatian kanak-kanak yang menonton untuk rasa dekat dengan  hadis Rasulullah SAW. 

Alisya memang suka sangat tengok rancangan ni. Sekali pasang disuruhnya ulang sehinggalah dia puas hati... Selagi tak puas hati... Memang tak boleh tukar ke rancangan atau channel lain la... 

Anda boleh menonton rancangan di Tonton juga di YouTube. Dan boleh LIKE page Rasul Yang Kata, untuk melihat mind mapping hadis.

Hadis Sahih: Larangan Meninggalkan Solat

Daripada Anas bin Malik ra. Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang terlupa menunaikan solat atau tertidur daripada menunaikannya, maka kaffarahnya ialah menunaikan solat tersebut apabila mengingatinya." 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Penjelasan: Menunaikan solat itu hukumnya adalah WAJIB bagi setiap individu. Tidak kira dalam apa jua keadaan seperti sakit, terlupa, mahupun tertidur. Maka jika kita terlupa atau tertidur, bila teringat perlulah terus kita menqhada'nya. 

* * *

Jom tengok sebahagian dari rancangan Rasul Yang Kata ni... 
Hadis sahih: Jangan tergesa-gesa dalam menunaikan solat.
 

Jom LIKE Tupperware Kiyter!


24 comments:

  1. menarik jugak rancangan ni, saya tak pernah tengok lagi. walaupun masa rancangannya tak sesuai tapi still boleh tengok lagi dekat Youtube atau Tonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sekarang ni dah banyak sumber kita boleh rujuk... nak dengan tak nak je...

      Delete
  2. Suka kakak dgn N3 ini. Nampak simple tapi kadang kita tak sedar apa yg kita lakukan itu bukanlah baik sebenarnya. Sebaiknya tunaikanlah dgn tenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is caring kak... saya tahu rakan2 saya yang bekerja sure tak berkesempatan tgk rancangan yang menarik ni... so saya highlight! at least ada masa boleh la tgk di internet...

      Delete
  3. rancangan begini harap ada banyakle lagikan... memang bermanfaat untuk kita dan keluarga...

    ReplyDelete
  4. aida tak pernah tgk sebab jarang klik tv9.
    aida da like fb page nyer.
    tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida... rancangan di TV9 pun banyak yang best2... macam Halaqah musim baru ni pun best... suka ustaz Badlishah jadi moderator...

      Delete
  5. Kalau kita jaga solat InsyaAllah perbuatan perbuatan kita yang lain pun Allah akan jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kita ingat Allah... Allah akan ingat kita...

      Delete
  6. Tv9 dekat rumah saya tak nampak jelas..Tak dapat tengok..tengok dekat tonton je lah.betul, jaga hubungan dengan Allah. Solat tiang agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aini, sekarang ni semuanya di hujung jari... nak ngan tak nak je... (^_-)

      Delete
  7. rancangan tv9 mmg byk unsur dakwah..sellau tgok tanyalah ustaz n ustazah..rasul yg katani pun menarik juga..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... ada rancangan yang memang beri impak positif pada kita...

      Delete
  8. TQ sharing..
    Apapun SHOLAT Tiang agama..semoga kita tidak tergolong dlm kalangan org2 yg lalai..

    ReplyDelete
  9. OHhhh.. waktunya pun dah memang tak berkesempatan.. tapi dah tahu link nye ni. so Insya allah.... Tq Nora..

    ReplyDelete
  10. mcm best je kak.. 5tp umah sy ni, tv 9 xclear la pulak..

    ReplyDelete
  11. saya selau juga pasangkan rancangan ni pagi pagi dengar sambil buat kerja... tapi masa diorang bincang hal ni saya terlepas kot... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  12. bagus kak rancangan mcm ni..memnag bermanfaat pun untuk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... mmg bagus untuk semua peringkat umur...

      Delete