Monday, March 04, 2013

Tips: Berlembutlah, Duhai Ibu...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dalam entri ini, saya ada menceritakan dua situasi yang membuatkan saya tergamam, mendengar dan melihat respon seorang ibu kepada anaknya. Dari dua situasi itu juga, saya simpulkan beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan (tips) bagi kita yang bergelar ibu bapa... Moga bermanfaat buat kita semua...

1. Latihlah diri agar dapat mengawal emosi dan tidak meninggikan suara kepada anak-anak - anak-anak yang sering dimarahi oleh kedua ibu bapanya akan mengalami trauma. Mereka  mungkin akan menjadi seorang yang pendiam atau mungkin juga seorang pemberontak.

2. Beri peluang kepada anak-anak untuk menjelaskan kesilapan yang telah mereka lakukan - komunikasi yang berkesan adalah komunikasi dua hala, di mana ibu membenarkan anak untuk membela diri (berdasarkan situasi satu). Even dalam apa jua keadaan, benarkan komunikasi dua hala ini berlaku.     

3. Anak-anak juga ada maruahnya, mereka akan rasa malu jika dimarahi di khalayak ramai - tegurlah anak-anak dengan cara berhemah... jangan malukan mereka di hadapan orang ramai. Jika perlu menegur mereka ketika itu juga, maka rendahkan suara.

4. Gunakan perkataan yang positif ketika berkomunikasi dengan anak-anak - perkataan yang positif akan membentuk peribadi, perkembangan dan suasana yang positif di kalangan anak-anak. 

5. Kesilapan anak-anak adalah pengalaman baru bagi mereka - setiap kali anak-anak melakukan kesalahan, explain apa silapnya dan perbetulkan... kerana itu adalah pengalaman baru buat mereka... Sama je macam kita orang dewasakan...?! Bak kata orang, pengalaman tu mendewasakan kita...

6. Amalkan sistem GANJARAN dan HUKUMAN - seawal anak-anak berusia 1 1/2 tahun, dedahkan mereka dengan sistem ganjaran dan hukuman. Jika mereka melakukan sesuatu yang baik seperti mengemas mainan, makan sayur, dan lain-lain berikan ganjaran (seperti memberi pujian atau membelikan sesuatu untuknya)... Jika mereka melakukan kesalahan, maka berilah hukuman (seperti menarik semula salah satu mainan kesayangannya).  

Memang bukan mudah untuk bersabar dengan karenah anak-anak. Namun jika kita benar-benar mahu melihat mereka membesar dengan baik, maka kita perlulah berusaha dari awal. Apa yang penting, sebagai ibu... ingatlah bahawa setiap perkataan yang keluar dari mulut kita (kepada anak-anak) adalah DOA... Maka tuturkanlah perkataan yang baik buat anak-anak syurga kita... 

Saya kongsikan dua doa moga Allah mengurniakan kesabaran yang tinggi kepada kita ketika menghadapi masalah atau kesulitan. Doa ini saya petik dari rancangan Semanis Kurma, TV9.

1. Surah Al-Imran, ayat 173: (bermula ayat hasbunallah... hingga akhir)

Maksudnya: "Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung."

2. Surah Al-Baqarah, ayat 250: (bermula ayat rabbana... hingga akhir)

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

Jom LIKE Tupperware Kiyter!

12 comments:

  1. Kadangkala sangat sukar rasanya mendidik diri sendiri untuk menjadi orang yang sabar...

    ReplyDelete
  2. Tips yg bagus tu....jugak bacakan surah yusuf :

    "Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

    Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

    Amalkan selepas solat......insyaallah!

    ReplyDelete
  3. tq for sharing k.nora. bukan senang nak didik anak kan.. slalu fikir betul ke cara aku didik dia ni.. =)

    ReplyDelete
  4. terima kasih nora kongsikan tips ni... anak² punya maruahkan.. apa yg saya perasan.. kalau sy marah anak sy jiwa dia makin memberontak.. jadi kita kenelah psikolongi lbh supaya mereka juga tak rasa mcm di marahi.. kt kene lbh berlembut...

    ReplyDelete
  5. bagus info ni...kita sebagai ibu kena tahu...
    dan kita perlu bersabar...tapi itu yang payah tapi kena cubakan...demi anak2 kiter...

    ReplyDelete
  6. Bagus tips akak..Saya tak berkahwin ni boleh lah baca dulu supaya senang nanti..hehe. Boleh juga share dengan mak. Terima kasih kak.

    ReplyDelete
  7. anak2 mmg byk menguji kesabaran.sy mmg sedaya upaya cuba bersabar tp sebagai manusia biasa kadang2 kita tersasar juga,kena cpt2 istighfar..:)

    ReplyDelete
  8. Tq Nora, bila saya tertinggikan suara kat anak2 maghrib semalam En Suami ada tegur "ingat sikit pesan sahabat U tentang berlembut dengan anak" . Mula2 musykil gak rupanya dia baca lebih dulu dari saya.

    ReplyDelete
  9. Good tips kak. Thanks for the doa. Saya salah seorang ibu yg susah nak kawal emosi. Nak kena amalkan ayat tu.

    ReplyDelete
  10. perkongsian untuk semua ibubapa ni...terbaik.

    ReplyDelete