Monday, April 22, 2013

Isolation Room for Encik Hubby

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Encik hubby saya mengalami demam panas... Mungkin sebab menjaga dan bermalam dengan Faris di hospital baru-baru ni... Disebabkan tak tahan sangat dia sendiri minta saya hantarkan ke Hospital Pantai setelah ubat klinik yang diambil beberapa hari lepas hampir habis...

Suhu badannya ketika dirawat adalah 39 darjah celsius. Seperti dijangka, doktor mencadangkan agar masuk wad... Sebab dah beberapa hari demam dan batuk, serta muntah-muntah. Tapi dia agak keberatan untuk duduk di wad (mungkin terlalu memikirkan anak-anak buahnya yang membuat liputan sepanjang minggu PRU13 ni)

Saya yang risaukan kesihatannya, saya juga risau kesihatan anak-anak... Maklumlah, AF pun baru baik dari demam, saya takut kalau mereka berjangkit lagi...

Disebabkan Encik hubby tidak mahu masuk wad, doktor mencadangkan agar membuat ujian darah (takut-takut kalau ada denggi atau influenza) dan doktor juga mengambil sample kahak. Alhamdulillah semuanya negatif, kiranya memang demam panas je (sama macam Faris dulu)

Di rumah, saya tak bagi Encik hubby uruskan anak-anak, saya juga tak bagi anak-anak dekat dengan abahnya... Bila batuk saya minta dia tutup mulutnya dengan tuala... (sebab tak de mask... Kalau ada mask lebih praktikal)...

Tidur di ruang tamu pun lena juga :p
Sejak Encik hubby demam, bilik utama kami dijadikan bilik pengasingan (isolation room) untuknya... Saya dan AF, tidur di bilik kedua, dan malam ni kami tidur di ruang tamu (sebab pagi ni Faris sekolah, selalu kalau Faris tak bangun lagi, Encik hubby akan dukung Faris... dan bawa dia turun... Sebab saya tak larat nak angkat Faris yang beratnya hampir 30kg, so saya decide tidur di bawah je la...)

Ketika entri ini ditaip, saya baru buatkan Encik hubby air coklat panas, suruh dia makan ubat batuk dan sapukan Vicks (jam 3.30 pagi). Dia tak boleh tidur sebab batuk yang kuat dan muntah-muntah...  Saya pun tak boleh tidur bila dengar dia batuk...

Sekarang ni tak dengar bunyi batuknya lagi... Kadang-kadang je, dan tak sekuat tadi... Mungkin dia dah boleh tidur... Kesian dia... Moga Allah kurniakan kesihatan buatnya... Amin...


Nota kaki: Jika masih tak sembuh by Selasa, Mungkin kena masuk wad juga... Please get well soon, Mr hubby...



22 comments:

  1. eh..terukanya sampai muntah2.so far demam tak ada pulak macam itu..bahaya juga..apa2 pun harap suami akak cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faris masuk hospital baru2 ni pun sebab demam dan muntah2 juga... doktor kata sebab virus mikroplasma...

      Thanks nana...

      Delete
    2. oh yeke ke? macam mana virus tu boleh terwujud?huhu..kena google lepas nie..hehe..sama2. :)

      Delete
    3. mikroplasma ni dari habuk... tak la bahaya... tapi kalau dibiarkan berlarutan sel darah putih akan jadi byk dan akan bahayakan badan...

      Delete
  2. moning sis
    singgah isnin sini

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh. selalunya demam yang disertai batuk/selesema bukan denggi. takut juga jika denggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... sebab tu doktor suruh buat blood test sebelum bagi encik hubby balik...

      Delete
  4. musimlah badan x sihat, anak sy pun ngadu sakit tekak.. mcm nak demam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... betul masya... musim sekarang ni... cuaca pun panas semacam... kena bg minum air suam banyak tu... selalunya dari sakit tekak boleh jadi demam dan hilang selera makan...

      Delete
  5. sedapnyer dierang tu tidur...
    moga hubby cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  6. La siannya... semoga cepat sembuh.. Amin

    ReplyDelete
  7. Alahai, kesiannya... jangkit kat si abah pula.. moga cepat baik, amin amin amin!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ... sekiranya demam masih x kebah gak , saya sarankan bawa gi jumpa ustaz , dapatkan rawatan perubatan islam .

    ReplyDelete
  9. semoga suami akak cepat2 sembuh ye..

    ReplyDelete
  10. semoag en hubby cpt sembuh..suami sakit mesti la risau kan.sape tak syg suami kan?hehe

    ReplyDelete
  11. Siannya....hubby dah sembuh kot sekarang ni NK...

    ReplyDelete