Friday, April 19, 2013

Adab Menziarahi Orang Sakit

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
 
Berikut adalah adab-adab ketika menziarahi mereka yang sakit, saya petik informasi ini dari rancangan Bicara Kifayah (Astro Oasis):

1. Menyegerakan untuk menziarah - apabila mendapat tahu seseorang itu jatuh sakit, maka hendaklah segera menziarahinya...

2. Memendekkan atau memanjangkan waktu ziarah, mengikut keadaan - pendekkan waktu ziarah jika pesakit nampak tidak bermaya atau terlalu ramai yang menziarahinya pada satu-satu ketika. Panjangkan waktu ziarah, jika diminta oleh pesakit atau ketika pesakit nampak bersemangat.

3. Mendoakan pesakit agar segera sembuh - doakanlah pesakit agar segera sembuh dari sakit yang ditanggungnya. Moga dengan doa itu akan menguatkan semangat pesakit untuk sembuh.

4. Sunat bertanyakan hal si pesakit kepada keluarganya - jika tidak mampu untuk menziarahi pesakit atas kesempitan masa dan jarak, bolehlah menghubungi ahli keluarga pesakit dan bertanyakan keadaanya. Tanyakan pada ahli keluarganya jika mereka memerlukan apa-apa bantuan.

5. Sunat orang menziarah duduk di kepala pesakit - apabila menziarahi pesakit, pilihlah untuk duduk/berdiri di sisi kepalanya.

6. Mengingatkan pesakit dengan ucapan La ilaha ilallah, sekiranya pesakit dalam keadaan nazak.

* Jika orang yang diziarahi sakit tenat, dikehendaki membacakan kepadanya surah Yassin - jika ajalnya belum sampai, maka in sha Allah dia akan segera sembuh. Sebaliknya jika ajalnya telah sampai, maka akan memudahkan rohnya untuk keluar dari jasad.


Nota kaki: Moga Allah memberi keizinan kepada saya dan keluarga untuk menziarah Mak Chu dan Pak Chu di Kuantan lepas PRU13 ni... (sebab sekarang Encik hubby sangat sibuk dengan liputan PRU13).



14 comments:

  1. Tq Nora untuk ingatan ini. Ada baca tapi dah lama dulu, so biasalah bila dah baca ni maka jika tak diingatkan akan terus tersimpan disuatu sudut dalam bahagian kepala ni... :)

    ReplyDelete
  2. Sama2 MF... ingatan utk saya juga MF... kalau boleh bila dpt tahu siapa sakit... mmg terus rasa nak menjenguk...sbb menziarah org sakit umpama ibadah kepada Allah...

    ReplyDelete
  3. setuju semua diatas...

    ada setengah tu datang ziarah pastu duduk berjam2 bawa cerita lain,mengumpat hal lain sesama dorang. Ada plk yang gelak ketawa ntah apa2 ...

    kalu kat hospital sampai nurse jeling2...tak hormat pesakit dan keluarganya, walaupun dah kenal lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh betul la bunda... hari tu masa Faris warded mmg ada yg buat macam yg bunda tulis ni... sabar je la... dah la bilik 4 org... tak respect pun pesakit katil lain... haih...

      Delete
  4. salam nora karim
    Info yg padat dan bermanfaat.tq sis

    ReplyDelete
  5. bagus info ni, semoga Pak Chu dan Mak Chu dikurniakan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  6. thank kak utk ingatan ni..kadang2 kita ni datang melawat org sakit macam apa ja perangai..huhu..

    ReplyDelete
  7. terima kasih sbb share ye kak... melawat org sakit pun buatkan kita yg sihat ni insaf...

    ReplyDelete
  8. insyallahhh.. mmg macam tu lah yg seelok²nya... tak dapat ziarah, bertanyakan kabar...

    ReplyDelete
  9. pernah baca dah,tq kerana remind..semoga beroleh manfaat...

    ReplyDelete